Alhamdulillah.
Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar sudah setahun berlalu saya melibatkan diri dengan bisnes online. Rasa macam baru sahaja semalam saya mencari-cari peluang untuk menjana pendapatan secara online. Matlamat untuk bisnes dari rumah semakin kuat apabila mendapat "lampu hijau " dari "CEO". Semuanya disusun oleh Allah dengan mudah.
Pertemuan saya dengan sifu saya, Pn Masayu Ahmad di alam maya tahun lepas adalah ketika saya mencari cara menjana wang dari rumah. Setelah membaca ebook beliau Janawang dari Rumah, saya dilorongkan oleh Allah untuk menjadi agen dropship produk buku dan produk sunnah kepada Puan Masayu. Sememangnya petunjuk dari Allah itu memang cantik aturannya. Ketika Puan Masayu menawarkan kelas blog dan ebook (hanya untuk 5 orang ketika itu), saya terus mendaftar dan menjadi pelajar kedua ketika itu.
Siapa sangka pula lepas itu saya ditawarkan oleh sifu untuk menjadi guru online.
Dulu, masa kecil pernah bercita-cita hendak menjadi cikgu. Siapa sangka di usia yang lewat begini saya masih dapat mencapai cita-cita menjadi cikgu, cikgu kelas asas blog :)
Saya bersyukur di atas ilmu yang saya kutip sepanjang saya menjadi pelajar dan tenaga pengajar. Ada satu kepuasan apabila saya dapat membimbing setiap peserta sehingga berjaya membina kedai online mereka. Bersyukur kerana saya dapat membantu suri rumah yang memang memerlukan bimbingan untuk menjana pendapatan hanya dari rumah.
Hanya mereka yang mempunyai minat dan kesungguhan sahaja yang akan bertahan dan berjaya. Tanpa ilmu dan usaha, kita tidak akan ke mana.
==============================================
Mengapa perlu ada BLOG?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.
Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my bersama guru Zaila Mohamad
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bersama Guru Monalita Mansor dan Mazlia Murat.
5. Kelas akaun wahm/soho - kelas online dan offline
6. Kelas penulisan ebook pertama - kelas online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html
Siapa yang boleh sertai ABDR?
✔Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
✔Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
✔Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.
Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
=>> Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
=>> Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
=>> Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
=>> Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
=>> Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
=>> Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
=>> Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.
Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Aishah Hussein
Guru Online ABDR
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Aishah Hussein
Guru Online ABDR
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
No comments:
Post a Comment