Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Semalam sudah mula kembali rutin persekolahan. Ahad malam sempat buat roti putih, jadi pagi Isnin, angah bersama en suami sempat sarapan dengan "homemade roti" yang dibakar.
Sebenarnya roti tu tidak begitu menjadi di bahagian bawah, mungkin kerana oven (padahal salah sendiri). Jadi bila saya cuba sekali lagi, saya akan berkongsi resipinya.
Bila mencuba resipi di internet, kadang-kdang hasilnya terus menjadi. Kadang-kadang ianya tidak memuaskan hati. Jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi. Jika rasanya memang salah resipi, cari resipi lain :)
Kadang-kadang, ada suri rumah yang takut untuk buat bisnes makanan.
Antara sebabnya ialah "saya tak pandai masak" atau "saya tak tahu lah nak masak macam mana menu tu".
Tapi kalau di rumah, kita masak untuk keluarga dan keluarga kata ok. Jadi tentulah kita boleh masak. Untuk mula bisnes makanan janganlah masak berjenis-jenis lauk-pauk.
Ambil satu menu dan cari resipi yang sedap. Macam mana nak tahu resipi tu sedap?
Kalau resipi tu jumpa di internet mesti ramai yang komen di situ yang resipi tu sedap atau bila mereka komen di situ, resipi itu memang menjadi.
Guna resipi itu dan bagi keluarga rasa dulu. Jika mereka kata sedap, buat sampel dan bagi pada orang lain pula rasa dan sambil promo. Akan ada yang memberi komen-komen pada produk kita tetapi kita harus berfikiran terbuka. Semua komen itu kita gunakan untuk menambahbaik produk kita. Kita perlu pegang pada prinsip, "masak makanan yang disukai pelanggan bukan yang disukai oleh diri sendiri". Usah jadi tukang masak yang syok sendiri :) Yang nak makan pelanggan kita, bukan kita.
Apa pun, semuanya perlu mula. Selagi kita tidak cuba dan mula, kita tidak tahu bisnes itu ok atau tidak. Belum cuba belum tahu.
=============================================
Mengapa perlu ada BLOG?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.
Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my bersama guru Zaila Mohamad
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bersama Guru Monalita Mansor dan Mazlia Murat.
5. Kelas akaun wahm/soho - kelas online dan offline
6. Kelas penulisan ebook pertama - kelas online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html
Siapa yang boleh sertai ABDR?
✔Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
✔Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
✔Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.
Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
=>> Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
=>> Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
=>> Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
=>> Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
=>> Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
=>> Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
=>> Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.
Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Aishah Hussein
Guru Online ABDR
Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
No comments:
Post a Comment