Saturday, April 19, 2014

Rezeki ini Allah yang punya

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas rezeki dan nikmatMU.
Tanpa kita sedari, setiap hari ada rezeki yang kita dapat cuma yang kita nampak hanya rezeki RM sedangkan setiap nafas yang kita sedut adalah juga rezeki.
Wahai Allah jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas pemberianMU. Moga kami juga merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur di atas rezeki yang banyak.

Pagi ini ngeteh dengan housemate semasa di universiti.  Bukan senang dapat jumpa begini.  Masing-masing sudah berkeluarga jadi hujung minggu selalunya adalah hari untuk keluarga.

Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan salah seorang Pengurus Online ABDR yang berjaya menjana pendapatan pertama beliau.

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Alhamdulillah. 
Semalam adalah hari ke-10 saya menyertai Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Semalam juga Allah murahkan rezeki. Mendapat 2 orang pelajar yang mendaftar di ABDR melalui saya. Tapi saya bukanlah 'cikgu online' yang mengajar. Masih belum berkelayakan lagi, dan buat masa ni saya belum bersedia untuk menjadi tenaga pengajar.

Rezeki pertama... RM100.

Hanya mengadap laptop dan handphone sahaja. Itu pun handphone asyik berebut dengan anak. Kegembiraan dikongsikan dengan suami. Terus whatsapp beliau beritahu! Dia macam tak percaya. Sebab tu saya selalu bercerita kat dia, apa yang saya buat dan rancang. Untuk mendapatkan sokongan dan mengelakkan kecurigaan.

Mungkin saya ni orang kampung. Katalah saya kolot. Namun, saya masih mengutamakan restu suami dan ibu saya semestinya. Kerana keberkatan rezeki yang saya cari adalah penting untuk kesejahteraan dunia akhirat. Rezeki walaupun sedikit, asalkan berkat in shaa Allah, kita akan merasa cukup dan gembira. Kerana rezeki tu dalam pelbagai bentuk, bukannya nilai berapa RM yang kita dapat dan ada!

So, kepada yang ingin bekerja dari rumah sepenuhnya. Ayu sudi berkongsi tentang ABDR dan bagaimana ABDR dapat membantu kita menjana wang dari rumah. Oh yer, seorang pelajar tersebut adalah silent reader blog saya, dan lagi sorang kawan yang saya kenal melalui online jugak dalam tahun 2011. Semoga kalian berdua dapat menimba ilmu dari ABDR dan dipermudahkan urusan menambah pendapatan.

Bagi yang ingin menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online, semuanya perlu usaha dan komited.  Tetapi perlu ingat rezeki semuanya Allah yang berikan.  Jika kita dekat yang Maha Kaya, tidak mungkin kita akan jatuh miskin.

=================================================

Produk Baru - Set Nasi Mandy
Set ini mengandungi
-Beras Basmathi super long
-Rempah serbuk & tumis
Boleh makan 1 keluarga, 5 hingga 6 orang.

Ada dua pilihan.
1.Nasi Mandy Kambing Yaman
2. Nasi Mandy Ayam Saudi

Harga RM85-5 pek (kotak) sudah termasuk pos
1 kotak (set beras dan rempah)

Jika ada yang hendak mencuba set nasi Mandy ni boleh hubungi saya.
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...