Wednesday, April 30, 2014

Niat blogging

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah setahun ber "blogging".  Ada suka ada duka. Eh ada ke duka ya?  Alhamdulilah tiada duka.  Apa yang kita tulis di blog biarlah yang positif.  Walaupun ada kedukaan di hati, tukarkan ia menjadi motivasi kepada pembaca.

Apa yang seronoknya ada blog?
Tidaklah seronok macam budak-budak dapat mainan.  Tetapi seronok apabila kita terima emel, dapat panggilan dan whatsapp dari suri di luar sana yang mencari-cari ilmu dan perkongsian tentang bekerja dari rumah.  Seronok bukan sebab syok tidak tentu pasal.  Seronok sebab apa yang kita tulis dapat memberi ilmu dan juga dapat membantu kekusutan para pembaca yang contohnya dalam dilema hendak berhenti kerja atau tidak.  Syukur kerana apa yang saya kongsikan di blog memberi impak yang positif.  Moga Allah memelihara niat saya menulis di blog untuk membantu suri di luar sana untuk mula bekerja di rumah.  Mudah-mudahan ia menjadi penyelamat saya di alam sana nanti.

Antara yang selalu masuk di emel dan whatsapp:
"Saya pernah berhenti kerja tetapi atas faktor kewangan saya terpaksa kembali bekerja untuk membantu suami. Boleh puan bantu saya bagaimana hendak mula bisnes online?"

Ada antara mereka yang hendak mula bisnes online tetapi tidak tahu hendak mula di mana.

Ada yang sudah berhenti kerja tetapi terpaksa kembali bekerja kerana bisnes tidak menguntungkan.  Tidak mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Nasihat saya, apa-apa juga keputusan yang hendak dibuat, rujuk kepada "CEO" kita dulu.  Setelah itu, berdoa agar ditunjukkan jalan yang mana sesuai untuk kita ikut.  Tidak semestinya apa yang orang lain jual laku, kita jual juga akan laku.  Kita perlu ada ilmu.  Perlu ada guru untuk belajar.

Bagi suri bekerja, mulakan secara sambilan dahulu.  Penuhkan tabung simpanan.  Andai berlaku krisis kewangan kita sudah ada tabung sandaran.

Berikut adalah lima persediaan asas sebelum menghantar notis berhenti kerja, atau sudah tekad mahu mempunyai pejabat di rumah.

1. Rancang dan penyelarasan kewangan

2. Kenalpasti atau analisa 5w 1 h

3. Kenalpasti kerja atau bisnes

4. Mula secara sambilan sebelum sepenuh masa

5. Buat persediaan 1 hingga 3 tahun sebelum hantar notis perletakan jawatan
Rujuk: Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes


Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...