Alhamdulillah.
Pagi tadi selesaikan urusan di luar. Ambil kesempatan untuk "mengeteh" dengan sahabat. Bekalan air tiada lagi hari ini.
Saya kongsikan di sini ulasan kelas asas blog dari seorang peserta.
Sumber : http://shehren-shahadan.blogspot.com/2014/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html
Salam. Alhamdulillah. Apa khabar pembaca semua yang di sayangi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya selalu.
Syukur pada Allah entri kali ini saya di beri peluang oleh Puan Guru saya berkongsi apa yang saya perolehi selama berada di akademi ini.
Nak di ceritakan terlalu banyak, terlalu panjang. Jadi saya meringkaskan sebaik mungkin ye.
Peluang hanya datang sekali. Keinginan mencari sumber alternatif pendapatan tambahan menemukan laman web Puan Masayu pengasas akademi ini. Dari situ saya membaca dan menyusun tindakan untuk langkah saya selanjutnya.
Dari tiada blog dari tiada teknik berniaga sehingga rancak berniaga semua saya dapat apabila menyertai akademi ini. Menarik guru pembimbing begitu komited dengan tugas mereka. Walaupun ianya online tapi saya merasakan hubungan antara kami sangat rapat. Cikgu Zaila sentiasa memperhati tindakan saya serta menegur sekiranya terdapat kesilapan. Yang bestnya kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat. Saling menyokong membantu sesama sendiri. Apabila saya rasa down Cikgu akan menyuntik semangat dan motivasi berterusan untuk saya meneruskan langkah. Terima kasih Cikgu.
Akhir ulasan, melalui akademi ini saya berharap lebih ramai para suri menyertai akademi ini. Semoga akademi ini dapat menjadi pemangkin untuk para suri bekerja dari rumah, memperoleh pendapatan tanpa mengabaikan keluarga tercinta. Tidak di lupakan juga untuk kaum adam yang ingin turut menyertai akademi ini.
Sekian. Terima kasih
Akademi Bekerja Di Rumah the best.
=======================================
Berikut beberapa saranan sebelum anda bermula wahm atau soho sepenuh masa.
* Mengenalpasti akaun aktif dan akaun pasif
* Menyimpan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 tahun awal
(selepas berhenti kerja). Simpanan ini anda tentukan sejak anda bekerja dan meletakkan tarikh sekian-sekian untuk berhenti kerja dan memulakan wahm atau soho.
* Membuat penyelarasan semula, contohnya, suami akan menampung akaun aktif manakala isteri akan menjana pendapatan pasif.
* Melakukan kerja sambilan untuk menjana pendapatan aktif, manakala sepenuh masa untuk pendapatan pasif.
* Membuat dua tabungan, satu tabungan persediaan 3 tahun kecemasan (sebelum berhenti kerja), dan satu lagi tabung modal permulaan sebelum berhenti kerja.
* Sangat penting mendapatkan seberapa banyak informasi berkaitan pengurusan kewangan sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja
dan memulakan soho secara sepenuh masa.
* Sekiranya kewangan kembali tidak stabil, anda boleh kembali bekerja untuk menampung semula akaun aktif dan rancang semula pengurusan kewangan. Tidak ada istilah terlewat dalam melakukan perubahan. Bukan berapa banyak kita menjana pendapatan, tetapi bagaimana cekap kita menguruskan kewangan.
Baca lagi dalam Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.
Hanya RM50
PM saya sekarang untuk pembelian.
http://buku-online4u.blogspot.com/2014/03/promosi-terbaru-ebook-asas-blog-ebook.html
No comments:
Post a Comment