Wednesday, April 9, 2014

Hargai nikmat setelah diambil

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.


Semalam bekalan air kembali pulih.  Balik dari rawatan terapi terus buka kedai dobi. Lumrah kita sebagai manusia, hanya apabila tiada baru kita mensyukuri nikmat.  Jika dulu bekalan air memanjang tiada gangguan tetapi bila bekalan air diputuskan, barulah kita hargai air itu.

Kalau tidak tu, air mineral dalam botol tak habis lagi sudah dicampakkan ke tong sampah.  Tetapi sekarang, setitik air juga amat bernilai.  Akan saya siramkan titisan air terakhir ke pokok sayur yang hampir kekeringan.

Dua hari ini, projek menakung air ke dalam tong-tong air.  Moga selepas ini kita lebih bersiap menghadapi gangguan air :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...