Monday, April 7, 2014

Betulkan niat, bisnes berkat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Dua hari berhujung minggu.  Hari ini sudah mula minggu yang baru.  Tiada apa yang beza cuma matlmat kita aje berbeza setiap hari.  Pastinya kita matlamat ita ingin jadi lebih baik dari semalam.  Jika bisnes, hari ini ingin dapat untung lebih banyak dari semalam. Jika ibadat, tnetulah kita ingin lakukan ibadat hari ini lebih baik dari ibadat yang semalam.
Setiap hari harus menulis matlamat kita.  Ia juga sebagai checklist untuk kita semak, matlmat yang mana kita masih belum capai.  Esoknya usaha lagi.

Jumaat lepas menunaikan hajat rakan lama yang menempah brownies.  Seronok bukan dapat duit(bukan untung banyak pun) tetapi sebab dapat membantu orang.  Saya mengambil tempahan sebab suka-suka.  Saya bukan pakar tetapi atau chef tetapi saya suka mencuba resipi-resipi masakan barat terutamanya dessert barat. Suka kerana untuk beli di luar belum tentu kehalalannya.  Jadi seeloknya kita buat sendiri.  

Kalau kuih Melayu tempatan ni saya tidak begitu mahir.(alasan aje sebenarnya, kalau dibuat berulang kali memang pandai juga jadinya).  Mungkin tahun ini akan cuba untuk memahirkan diri membuat kuih tempatan sebab sudah ada permintaan dari si Along.

Sekarang sudah ramai kaum bumiputera yang sudah mahir untuk hasilkan kek-kek yang cantik dan sedap.  Masih ingat lagi ketika kecil, saya dan rakan-rakan akan berjalan kaki pergi ke bakeri di tepi jalan menghala ke arah Bukit Setongkol.  Kedai milik seorang auntie berbangsa Cina.  Dulu-dulu mana ada kedai bakeri bumiputra.  Di kedai ini ada jual sejenis biskut, saya rasa harganya dalam 15 sen satu plastik bersaiz sebesar tapak tangan(dah tua tak ingat lagi).  Biskut itu sebenarnya adalah lebihan kek yang dipotong bahagian tepinya.  Ia kemudian dibakar dan dijadikan seperti biskut.  Memang sedap, entah halal entah kan tidak.  Astaghfirullah.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, betapa mudahnya orang kita untuk mula bisnes makanan. Semua bahan halal sangat mudah didapati.  Cari di google semua info ada.  Hendak beli di mana, apa yang halal dan apa yang tidak.  Bukan seperti zaman dahulu. Bisnes niat untuk bantu ummah menyediakan makanan dari sumber yang halal, lagi berkat bisnes kita.  Keluarga pembeli makan pula dengan penuh rasa seronok dan gembira, dapat lagi pahala untuk kita.  Bantu pula rakan-rakan suri rumah untuk belajar memasak, tambah lagi pahala kita.  Allahuakbar.  Nak cari pendapatan dengan penuh keberkatan sangat mudah.  Cuma yang penting perlu ikhlas dan mulakan dengan niat yang betul.

Saya ucapkan syabas kepada rakan-rakan yang sudah pun menjalankan bisnes dalam bidang masakan.  Moga bisnes kalian semua bertambah berlipat kali ganda untuk hari-hari seterusnya.
Saya tidak mampu membuat bisnes atas sebab-sebab kesihatan.  Apa yang saya mampu adalah membantu suri yang ingin mempromosikan bisnes makanan mereka secara online.  tetapi tidak terhad kepada bidang masakan sahaja.  Apa juga bisnes kalian, inshaallah dengan jaringan dari Akademi Bekerja di Rumah, kita boleh lakukan bersama.

Ini antara kelas-kelas dan servis yang ditawarkan.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my bersama guru Zaila Mohamad
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bersama Guru Monalita Mansor dan Mazlia Murat.
5. Kelas akaun wahm/soho - kelas online dan offline
6. Kelas penulisan ebook pertama - kelas online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Apabila sudah sedia, hubungi saya:
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Jika belum bersedia boleh mula baca 2 ebook ini sebagai persediaan
Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian.
Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.


Harga biasa RM100 untuk 2 ebook.
Harga promosi sekarang, RM50.
Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.
Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

PM kami cepat-cepat sebelum PROMOSI ini berakhir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...