Thursday, May 15, 2014

Potluck dan reunion

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.
Selasa lepas, saya dan beberapa rakan satu universiti membuat perjumpaan.  Ada yang sudah bertahun tidak berjumpa, ada yang pernah berjumpa beberapa bulan lepas. Untuk memudahkan semua pihak, kami membuat keputusan untuk buat "potluck".  Jadi masing-masing membawa sedikit juadah.  Tuan rumah hanya sediakan BBQ dan nasi goreng memandangkan perjumpaan diadakan waktu makan tengahari.

Saya pula hanya bawa "Baked Macaroni"(resipinya ada di sini) dan "Cream Puff"(yang ini atas permintaan sahabat).  Apa yang penting sebenarnya bukan makanan (walaupun makan banyak hari tu) tetapi momen bersama rakan-rakan itu yang lebih utama.  Bukan senang untuk berkumpul.  Merancang untuk berjumpa ini juga mengambil masa setahun.  Moga selepas ini dapat berkumpul di dalam kumpulan yang lebih besar, inshaallah.

Momi dan auntie


Tim BBQ
Ibu-ibu dan bapa-bapa semua hendak bergossip.  Anak-anak yang bakar ayam dan sosej di luar.


Maaf lah, ayam BBQ saya pun masuk dalam foto. Ayam tu memang sedap, resipi semua disediakan oleh anak bujang tuan rumah.



2 comments:

  1. betul yang penting bukan makanan tetapi ikatan persahabatan dan kekeluargaan yang paling penting. Tapi menu memang mengancam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih azrinna nur sudi singgah di blog akak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...