Saturday, May 3, 2014

Kenduri dan kenduri

Teks:  Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Dua hari hujung minggu ini inshaallah akan memenuhi undangan kenduri kahwin.  Kini kenduri kahwin tidak perlu tunggu cuti penggal persekolahan.  Bukan apa, nanti jenuh hendak berebut dengan jiran-jiran yang lain untuk tarikh kenduri.  Minggu ini pun memang cuti panjang bagi sesetengah negeri.
Seronoknya bila dapat bercuti :)

Ulasan Kelas asas blog
Kita nak mulakan sesuatu mesti ada mentor, betulkan? Bukan anak-anak saja perlu ada guru, kita pun perlu berguru untuk berniaga. Tambahan pula mahu kaya, berjaya dan berkat.

Saya? Selalu baca post FB kak Masayu Ahmad, berbulan-bulan mengikutinya. Tapi tidak pernah terlintas membeli ebook untuk santapan atau ilmu bagi saya memulakan bisnes.

Ada juga terfikir, macamana nak buat blog? blog bisnes yang arwah bina langsung saya tidak tahu password tambahan no. telefon di daftarkan juga tidak aktif. Terpinga-pinga mahu mula dari mana?. Hasil kajian dan tindak balas pelanggan alamaya  suka melawati blog bisnes arwah dulu.

Saya fikir positif, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha sendiri, sebagaimana arwah mengusahakan empayar bisnes kami sekeluarga.

Akhirnya, saya beli ebook janapendapatan dari rumah. Saya study ebook itu dengan penuh semangat dan harapan baru. Sehinggalah rakan kerja dahulu menegur saya. "Kak Na kusyuknya study apa tu? Tersengih-sengih saya jawap "tambah ilmu di dada dan minda". (Siuasi sebelum berhenti kerja - penghujung tahun 2013)

Pertengahan Januari 2014, Alhamdulillah akhirnya saya mendaftar pelajari asas bina blog bersama Puan Normi Yusof. Walaupun masih bertatih, sekurangnya saya telah cuba dan akan cuba laksanakan.

Yang pasti, mengikuti kelas secara online ini amat bagus bagi saya yang banyak komitmen sebagai ibu tunggal ini. Selalu tentang MASA yang kita akan bangkitkan, terutamanya sayalah tu.

 Pembelajaran saya secara alamaya dengan masa kita uruskan, segala persoalan, pertanyaan yang kadang-kadang saya sendiri pusing apatah lagi guru online saya Puan Normi. Semua di ajar oleh guru online amat memuaskan dan sabar mengajar kita.

Masa selesai tugasan? Semuanya atas daya usaha kita sendiri, jika kita fokus maka jangka pendeklah kita tamat belajar. Begitu juga, sebaliknya.

Jangan fikir terasa beban dengan duit yang kita modalkan. Bagaimana mahu berniaga jika tidak mahu keluar modal. Belajar juga adalah modal bagi kita, kerana kita perlu ilmu. Bukan hanya, modal dikeluarkan untuk dapatkan bahan mentah atau produk. Ingat pesanan saya itu.

Sejak saya berjinak-jinak dengan blog, maka ramailah kenalan alamaya saya. Berkongsi pendapat dan ruang serta peluang berniaga. Dulu saya ingat berhenti kerja, tiada rakan-rakan akan besama kita. Rupanya salah sama sekali, kenalan saya makin ramai bukan sahaja alamaya tetapi alam nyata. Hebatkan kita, bonda-bonda sekalian.

Amat sesuai bagi bonda-bonda suri umah yang mahu maju dan berkerjaya dari rumah. Penting sekali fikir positif. Allah SWT sentiasa bersama kita.
Sumber: http://nurshaznashamsudin.blogspot.com/2014/04/busines-online-vs-alamayabagaimana.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...