Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Diberikan peluang oleh Allah untuk menggunakan akaun paypal yang telah saya buat dari tahun lepas lagi. Kalau dulu saya hanya guna untuk membayar tetapi kini menerima pembayaran dari pelanggan.
Ilmu memasukkan sistem paypal ke dalam website ini saya belajar ketika hadir ke program HEARTS tahun lepas. Cuma saya rasa pembeli dari Malaysia lebih suka menggunakan pemindahan wang secara online dari menggunakan paypal.
Apakah kelebihan paypal?
Pada pandangan saya Paypal lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai pelanggan dari luar negara. Pelanggan luar negara selalunya suka menggunakan pembelian menggunakan kad kredit, jadi dengan menggunakan paypal, sekuriti dan keselamatan segala informasi kad kredit mereka lebih terjamin.
Satu lagi sebab ialah apabila membuat pindahan wang melalui bank, cajnya adalah lebih mahal berbanding caj paypal terutamanya yang membeli produk luar dari negara mereka. Itu menurut kata pelanggan saya semalam.
Apa keburukan paypal?
Saya tidak katakan keburukan cuma ada beberapa tidak kesesuaian untuk mereka yang membuat bisnes hanya dalam Malaysia.
Dari jumlah yang dibayar oleh pembeli, kita akan dikenakan bayaran proses. Jadi adalah lebih baik kalian tambahkan caj ke atas harga produk jika pembeli ingin membayar menggunakan paypal. Kalau tidak, nilai keuntungan yang kalian sepatutnya dapat akan susut sedikit dari nilai keuntungan yang dianggarkan.
Satu yang tidak disukai oleh pengusaha bisnes ialah tidak dapat mengeluarkan wang yang dibayar sesuka hati.
Apabila pelanggan membuat bayaran kepada kita melalui paypal, duit yang dibayar ada kemungkinan lebih baik dibiarkan di situ dahulu sehingga cukup atau melebihi RM400. Ini adalah kerana syarat yang diletakkan oleh paypal bagi pengeluaran wang ke bank di Malaysia:
- sekiranya jumlah wang kurang dari RM400, kita akan dikenakan caj pengeluaran tetapi andai lebih dari RM400 tiada caj akan dikenakan.
Tetapi jika kalian memang menggunakan paypal sebagai tempat bayaran ia tidak menjadi masalah kerana semua bayaran sudah tentu masuk ke situ. Kumpul duit semua di situ dan keluarkan apabila hujung bulan sahaja. Kebaikannya kita akan menjadi lebih disiplin. Duit bisnes kita tidak akan terusik.
Ok nanti saya akan sambung lagi cerita tentang PAYPAL. Mata sudah mengantuk pula.
Saya juga masih belajar. Setiap pengalaman baru adalah ilmu bagi saya dan saya kongsikan kepada mereka yang ingin tahu .
No comments:
Post a Comment