Monday, December 16, 2013

Protege Kelas Asas Blog melangkah ke fasa 2

Alhamdulillah seorang lagi protege saya, Suhaila Rahim telah berjaya siapkan blog mengikut piawaian akademi.  Dengan itu beliau kini sudah bersedia untuk melangkah ke fasa 2 iaitu menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah.

Suhaila mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk selesaikan semua tugasan. Katanya, "macam lari pecutan 100m nak selesaikan tugasan terakhir" :) mana tidaknya, bergelut dengan tugas seorang SAHM dan beberapa dugaan dengan line internet.



Suhaila Rahim adalah antara pelajar saya yang fokus dan komited dengan tugasan kelas. Ketika ada masalah dengan talian internet, whatsapp adalah penghubung kami. Walau beliau sibuk melayan anak yang masih kecil, beliau masih dapat siapkan blog lengkap dengan entri dan pautan untuk menarik trafik ke blog beliau.

Syukur, kini blog beliau sudah duduk di tangga 10 teratas bagi carian "Panduan Melabur untuk Suri Rumah.

Saya doakan agar semua peserta di akademi terus dengan momentum menulis dan melangkah terus bersama akademi untuk menjana pendapatan dari rumah.

Saya juga berdoa agar diberi peluang untuk membantu suri rumah di luar sana yang ingin belajar membina platform sebagai persediaan untuk menjana pendapatan dari rumah sahaja.  Tidak perlu keluar untuk membuat penghantaran produk.

---------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan
Teks: Suhaila Rahim
Sumber:  http://suhailarahim.blogspot.com/2013/12/ulasan-kelas-belajar-asas-blog.html

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan untuk menamatkan 44 entri yang ditetapkan dalam kelas Online. Syukur kerana perjalanan yang berdingkit-dingkit ini sampai juga ke matlamat yang ditetapkan walaupun mengambil masa dua bulan. Terima kasih pada Cikgu Online saya, kak Aishah Hussein yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk terus mencapai matlamat walaupun agak merangkak di awal perjalanan kelas. Namun saya rasa gembira mengikuti kelas ini kerana masa kelas yang fleksibel dan pengajaran guru yang mudah difahami dan kesediaan guru yang mahu berkongsi pelabagai ilmu dalam blog.

Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam penulisan di blog. Tetapi saya suka melayari pelbagai blog untuk mencari pelbagai maklumat yang saya inginkan. Kecanggihan IT sekarang, semua perkara boleh dicapai di internet. Pakcik 'Google' sedia menanti pelbagai persoalan yang terlintas difikiran. Cuma terpulang pada diri sendiri untuk mencari yang baik atau sebaliknya. Dalam pada itu, terdetik juga dalam hati alangkah baiknya jika saya memiliki satu blog sendiri sebagai ruang untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki.

Namun pada mulanya, pertemuan saya dengan blog Puan Masayu bukan lebih kepada untuk membuat blog. Saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan dengan konsep mengajak untuk suri rumah untuk 'bekerja dari rumah'. Saya merasakan tawaran itu sesuatu yang lain daripada yang lain yang pernah saya tahu, walaupun kita sedia maklum dengan bermacam-macam tawaran di internet. Syukur, Allah mempertemukan saya dengan peluang ini. Keinginan untuk mencari peluang unttuk bekerja dari rumah, di beri sekali peluang untuk belajar dan memiliki blog. Selepas membaca entri dalam blog tersebut saya terus dapatkan Puan Masayu dan Kak Aishah di facebook. Alhamdulilah mendapat balasan mesej daripada Kak Aishah tentang pakej bagaimana untuk bermula dengan kelas Online.

Secara jujur saya bukan insan yang pandai menulis dan hanya 'silent reader' di facebook. Tetapi semangat yang kak Aishah bagi untuk terus berkongsi menaikkan keinginan saya supaya rajin menulis. Setiap hari saya paksa diri sendiri untuk berfikir entri-entri yang bermanfaat untuk saya kongsikan di blog. Setiap hari saya positifkan diri walaupun dengan kekangan intenet yang perlahan dan perlu menaip sambil menyusu baby dipangkuan, saya kena teruskan juga. Saya seperti merasakan balik 'mood' semasa bekerja sepenuh masa dahulu. Kalau dulu kena fikir yang berkaitan dengan kerja dan lebih kepada 'manfaat untuk boss', tapi kali ini saya berfikir untuk manfaat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Dan yang paling saya seronok sebab kerja saya tiada had masa dan boleh bekerja bila-bila masa. Oleh itu saya usahakan entri-entri yang boleh memberi ilmu, walaupun bukan untuk di manfaat sekarang tapi mungkin diperlukan oleh orang lain pada masa hadapan. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi. In shaa Allah..

Kepada mereka yang tercari-cari platfom untuk bekerja dari rumah ini, sertailah kami sebagai peluang menambah pendapatan di samping niat untuk menimba dan berkongsi ilmu. Selain itu dengan menyertai kelas ini kita boleh mengenali rakan-rakan baru yang berlainan bidang dan dalam masa yang kita juga berjemaah dalam membantu antara satu sama lain.

Wassalam

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka. Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Guru Online Bertugas:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...