Sunday, December 29, 2013

Tempat solat tak perlu cantik, asal bersih dan nyaman

Teks: Aishah Hussein

Pagi tadi pergi ke Bukit Raja Shopping Centre.  Sudah lama juga tidak ke situ.  Sampai waktu solat Zohor, kami terus menuju ke surau.  Sewaktu lalu di lorong ke surau, kelihatan dinding juga sudah cantik.  Dalam surau juga sudah cantik dan kemas.  Tidak lagi bau karpet masam. Alhamdulillah.

Satu lagi surau yang saya rasa memang cantik dan bersih ialah surau di Space U8, Shah Alam.  Walaupun pengunjung di situ tidak begitu ramai kecuali jika ada program tetapi surau yang dibina memang sangat menarik.  Dengan pancuran air yang keluar dari tepi-tepi dinding memang menyamankan.

Sebenarnya bukanlah hiasan yang cantik-cantik yang kita perlukan untuk surau tetapi kebersihan dan bau yang nyaman untuk mengadap yang Maha Esa.  Tetapi jika surau dibina dengan lantai yang cantik dan tempat wudhu juga sudah dihiasi batu-batu yang cantik, maka syukur alhamdulillah di atas bonus yang diberikan.

Satu lagi tempat yang saya cukup terseksa apabila keluar berjalan-jalan adalah tandas awam.   Boleh bilang dengan jari berapa banyak tandas awam terutamanya di stesyen minyak yang bersih dan tidak berbau.  Sedih sangat apabila ia berlaku di negara-negara Islam.

Moga suatu hari nanti, masyarakat kita akan lebih perihatin tentang kebersihan tempat-tempat awam begini.

* maaf kerana tiada gambar yang sempat diambil.  Inshaallah jika ada kesempatan di lain hari, saya akan cuba ambil gambar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Saya mencari rakan-rakan yang berminat untuk bisnes secara online, hanya dari rumah sahaja.

Hanya dengan RM200, membina platform untuk menjual produk digital. Tidak perlu ke pejabat pos untuk buat penghantaran. Sangat sesuai untuk suri rumah yang duduk di rumah ataupun yang masih bekerja tetapi ingin bisnes secara sambilan.

Hanya perlu ada laptop atau komputer dan talian internet. Yang penting ada minat dan kesungguhan.

PM saya di facebook: aishah.hussein7

Bagi yang berminat untuk sertai kelas-kelas online.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...