Alhamdulillah.
Terima kasih di atas ucapan 'selamat hari lahir' yang saya terima dari semua sahabat-sahabat, adik, kakak semua semalam dan juga hari ini.
Saya panjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana memberi peluang kepada saya untuk tiba ke hari ini dan berpeluang mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan sekali lagi. Tiada apa yang saya minta lagi melainkan keberkatan umur. Hidup bersama keluarga di dalam rahmatNya.
Adakah Allah akan panjangkan umur saya sehingga ke tahun hadapan.
Adakah ini Ramadhan terakhir saya?
Jawapannya hanya ada pada DIA.
Tugas saya hanya lakukan yang terbaik pada masa sekarang semoga saya mendapat yang terbaik di sana nanti. Doakan saya.
Terima kasih Allah atas segala pelajaran yang Engkau berikan kepadaku selama ini kerana tanpa semua itu, aku bukan lah yang sekarang.
Syukur juga saya masih mampu mengemaskini blog saya sehingga ke hari ini. Bertemu rakan-rakan di luar hanya di alam maya.
Apa yang seronoknya ada blog?
Tidaklah seronok macam budak-budak dapat mainan. Tetapi seronok apabila kita terima emel, dapat panggilan dan whatsapp dari suri di luar sana yang mencari-cari ilmu dan perkongsian tentang bekerja dari rumah. Seronok bukan sebab syok tidak tentu pasal. Seronok sebab apa yang kita tulis dapat memberi ilmu dan juga dapat membantu kekusutan para pembaca yang contohnya dalam dilema hendak berhenti kerja atau tidak. Syukur kerana apa yang saya kongsikan di blog memberi impak yang positif. Moga Allah memelihara niat saya menulis di blog untuk membantu suri di luar sana untuk mula bekerja di rumah. Mudah-mudahan ia menjadi penyelamat saya di alam sana nanti.
Antara yang selalu masuk di emel dan whatsapp:
"Saya pernah berhenti kerja tetapi atas faktor kewangan saya terpaksa kembali bekerja untuk membantu suami. Boleh puan bantu saya bagaimana hendak mula bisnes online?"
Ada antara mereka yang hendak mula bisnes online tetapi tidak tahu hendak mula di mana. Ada yang sudah ada blog tetapi blog tiada viewer dan terus bersawang.
Ada yang sudah berhenti kerja tetapi terpaksa kembali bekerja kerana bisnes tidak menguntungkan. Tidak mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Nasihat saya, apa-apa juga keputusan yang hendak dibuat, rujuk kepada "CEO" kita dulu. Setelah itu, berdoa agar ditunjukkan jalan yang mana sesuai untuk kita ikut. Tidak semestinya apa yang orang lain jual laku, kita jual juga akan laku. Kita perlu ada ilmu. Perlu ada guru untuk belajar.
Bagi suri bekerja, mulakan secara sambilan dahulu. Penuhkan tabung simpanan. Andai berlaku krisis kewangan kita sudah ada tabung sandaran.
=====================================
4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, dll
Kami juga alu-alukan kalian menjadi Pengurus Online Akademi
* hanya promosi produk digital ebook
* memperkenalkan kelas online /bengkel anjuran akademi.
* semuanya atas talian
* hanya promosi dan nikmati komisen
* 2 dalam 1 - dapat ilmu blog dan dapat jana income.
* yuran pendaftaran hanya sekali sahaja. Tidak ada yuran berkali-kali.
* jana income dari RM50-100 untung bersih
macam mana nak daftar?
Kelas-kelas ini dijalankan atas talian sahaja, di group kelas fb, masa belajar sangat fleksibel. Semuanya atas talian sahaja. Juga uruskan penghantaran produk diuruskan 100% oleh pasukan akademi. Tiada cod. Kalian hanya belajar hasilkan blog dan mempromosi produk jualan.
PM ke inbox saya apabila sudah sedia.
Atau Klik sini untuk pendaftaran
http://buku-online4u.blogspot.com/p/borang-tempahan.html
No comments:
Post a Comment