Friday, July 11, 2014

Kuat spiritual di bulan Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah.  Walau secara logik akal, kita sepatutnya rasa penat kerana tidak makan dan minum tetapi rata-rata ramai yang lebih kuat di bulan Ramadhan.

Cuba kita fikirkan.  Suri-suri ada yang bangkit seawal pukul 3 pagi untuk Qiam kemudian menyediakan hidangan sahur buat keluarga.  Ada juga umat Islam yang lain bangun seawal itu untuk buat persediaaan awal bagi bisnes mereka.  Di siang hari pula, sibuk dengan urusan dan tugasan lain.  Jika diikutkan logik, mahu kepenatan bila tiba malam tetapi kita masih mampu lagi untuk mengerjakan solat Terawih dan witir.  Kata ustaz yang memberi tazkirah tempoh hari, kalau bulan biasa tazkirah sampai pukul 9 malam, semua sudah gelisah tetapi kalau bulan Ramadhan solat Terawih dan tazkirah semua selesai sehingga pukul 11 malam pun kita masih rileks.

Apabila kita sudah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut, hati kita akan redha dan tenang, walau mata sudah mengantuk sebenarnya :)

Begitu juga dengan penduduk di Gaza.  Walau pada pandangan Yahudi, umat Islam di sana lemah pada bulan Ramadhan tetapi hakikatnya mereka lebih kuat spiritual.

Marilah sama-sama kita berdoa agar penduduk Gaza selamat dari kekejaman kaum Yahudi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...