Sunday, December 22, 2013

Minum petang ala-ala barat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Pagi Ahad yang cerah setelah hujan lebat malam tadi.  Petang sudah redup memberi sedikit suasana nyaman di luar.

Untuk minum petang, buatkan Muffin Chocolate Chip untuk keluarga.  Baru aje keluar oven, belum sempat sejuk sudah dibawa lari si adik. Katanya satu untuk adik satu untuk ayah.  Rupa-rupanya mereka di atas sudah terliur.  Bau muffin dibakar naik sampai ke atas.




Resipi yang saya gunakan berlainan sedikit dari yang saya berikan sebelum ini.  Resipi ini masih mengekalkan  kelembapan tetapi ia lebih lembut.

Muffin Chocolate Chip II
Bahan-bahan:
A.
1 3/4 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder  
3/4-1 cawan gula castor (gunakan 3/4 cawan jika suka kurang manis)

B.
250ml susu (lebih kurang 1 cawan)
1 cawan minyak sayur
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

C.
100-150g coklat chip 

Cara-caranya:
1.  Ayak tepung, baking powder dan baking soda.
2.  Masukkan gula dan  setengah dari jumlah chocolate chip.  Bakinya untuk hiasan nanti.
3.  Di dalam mangkuk lain, satukan minyak, susu, esen vanilla dan telur.  Pukul
     bagi rata sahaja.
5.  Tuang bahan-bahan basah ke dalam bahan-bahan kering dan gaul rata
     menggunakan senduk.
6.  Isikan adunan muffin sehingga 3/4 penuh ketinggian mangkuk kertas yang disusun di dalam 
    muffin tray dan  taburkan coklat chip di atas adunan.
7. Bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit.  Perlu diingatkan suhu dan masa
    untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.

Jika menggunakan cawan kerta yang bersaiz 10, resipi akan menghasilkan lebih kurang 12 biji muffin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...