Tuesday, December 24, 2013

Bahagia asal dapat bersama

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Hujan renyai-renyai di bumi Shah Alam membawa seribu rahmat.

Pagi ini sempat buat rawatan Ceragem.  Sambil-sambil membantu protege mula di kelas asas blog.  Kelas hanya secara online.  Walau pergi bercuti masih dapat jawab semua soalan protege, asalkan ada talian internet.  Itu kelebihan kelas online.

Esok cuti Krismas.  Mungkin ramai yang pergi bercuti.  Inshaallah saya juga akan turut serta bergerak ke Perak hari ini untuk menghadiri perkahwinan.  Moga dipermudahkan perjalanan saya dan segala urusan.

Percutian tidak mewah. Tidak juga dapat cuti lama.  Tetapi asal dapat bersama dengan keluarga sudah cukup buat kita bahagia. 

Sama juga kehidupan sebagai SAHM atau WAHM.  Walau bekerja di rumah sahaja dan hidup tidak bergaya seperti waktu kerja di pejabat, namun kehidupan lebih tenang dan bahagia kerana dapat berada bersama anak dan keluarga di waktu mereka memerlukan.

Moga Allah lebih memberkati dan merahmati hidup keluarga kami dan kalian di luar sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...