Saturday, July 6, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Teks: Aishah Hussein

Sudah lama saya tidak merasa sesejuk ini.  Berada di Cameron Highland bersama keluarga tercinta. Kali terakhir saya ke sini tanpa along, jadi ambil peluang yang ada membawa along untuk ke sini.  Seperti yang dijanji bawa mereka makan aiskrim strawberri, skon bersama jam strawberi dan juga muffin strawberi. Pendek kata semuanya strawberi.  Dah sejuk makan aiskrim, minum teh panas pula, memang nyaman betul.

Cuaca panas dan hujan renyai-renyai sahaja, tetapi suhu semakin sejuk lewat malam.  Hari ini sehari lagi di sini, moga dapat manfaatkan peluang yang ada bersama ahli keluarga.  Gambar semua tak dapt nak upload lagi.  Nanti saya upload bila sudah transfer dari kamera dan handphone.

Walaupun bercuti, tetapi bisnes dan pendaftaran kelas berjalan seperti biasa.  Terima kasih Allah kerana memberi saya peluang untuk memiliki gajet-gajet yang banyak membantu.

Semalam mendaftar seorang lagi pelajar kelas asas blog dan penulisan.  Moga beliau dapat berkongsi kepakaran dan minat beliau dan memberi manfaat kepada pembaca-pembaca blog di luar sana.

Kami di Akademi bekerja dari Rumah ingin membantu wanita di luar sana untuk menambah ilmu berkaitan dengan membina blog, penulisan dan bisnes secara online.

Daftar melalui https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7  atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com untuk sertai 
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage ( jika tiada produk,kami sediakan)
Semua kelas adalah kelas online.

Thursday, July 4, 2013

Ganjaran akhirat diutamakan

Teks: Aishah Hussein

Semalam, diberi peluang untuk berjumpa rakan-rakan lama di pejabat.  Sudah lama sebenarnya mereka nak belanja makan, almaklum dapat kenaikan gaji tempoh hari.  Tahniah buat rakan-rakan yang mendapat kenaikan pangkat.

Tahun ini tahun pertama tiada bonus tiada kenaikan gaji buat saya.  Sedih memanglah sedih, kerja sudah menghampiri 22 tahun tetapi "tak dapat apa" itu yang rakan saya ungkapkan semalam.  Beliau ceritakan syarikat di mana isterinya bekerja memberikan jam tangan kepada semua pekerja kerana syarikatnya sudah beroperasi selama 20 tahun.  Pengiktirafan buat syarikat tetapi ganjaran dikongsi kepada pekerja.  Bukan jam tangan tulis cap nama syarikat tetapi jam jenama swatch.  Kakitangan bukan 10 orang tetapi beratus kakitangan.  Tetapi "kita yang setia hingga hujung nyawa dengan syarikat, payung sekaki pun tak diberi".  Sambil gelak-gelak kami berborak tentang syarikat lama saya.

Itulah sebenarnya yang banyak terjadi kepada syarikat-syarikat besar yang terlalu berkira untuk memberi ganjaran kepada kakitangan, sehingga kakitangan yang berpuluh tahun bekerja tidak rasa mereka dihargai.  Sedangkan mereka sudah lama dan masih lagi berkhidmat.

Tetapi kerana kita berpegang kepada rezeki di tangan Allah.  Kerja biar ikhlas dan ganjaran yang setimpal akan diberikan, mungkin bukan di dunia.  Harapkan ganjaran yang lebih hebat di sana nanti.

Buat rakan-rakan yang masih berjuang di "situ" doa saya buat kalian, moga keikhlasan kalian bekerja akan membuka hati bos di sana untuk memberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang kalian usahakan.


Sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah.
Pendaftaran masih dibuka, 11 kelas berlangsung serentak.
Kami menawarkan kelas berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, kami sedia membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013, berbaki 6 bulan lagi.
Hubungi saya: noraisah.hussein@gmail.com
atau pm di Aishah Hussein
 

Wednesday, July 3, 2013

Berniaga untuk membantu

Teks: Aishah Hussein

Rezeki tidak akan datang bergolek.  Semuanya kena usaha, tetapi sebelum usaha rujuklah kepada CEO kita dulu.  Hantar proposal dan mohonlah petunjuk yang mana satu pilihan terbaik untuk diusahakan. Dengan cara itu kita tidak akan banyak buang masa.  Buat keputusan dan boleh teruskan perjalanan kita dengan tenang.

Memang akan ada liku-liku di dalam perjalanan tetapi kita akan mampu menempuhnya dengan jiwa yang tenang kerana pilihan itu adalah pilihan Allah.   Capailah keredhaan Allah dan tentunya kita akan redha di atas ujianNYA.

Bersyukur di atas rezeki yang diberikan Allah, walaupun tak banyak tetapi sentiasa ada setiap hari.  Ya setiap hari, walaupun RM3 saya terima dengan tangan yang terbuka.  Niat saya menjual juga untuk gembirakan hati pelanggan.  Setiap pelanggan yang datang untuk membeli atau menempah tentu tujuan dia adalah untuk selesaikan masalah mereka.

Contohnya, apabila ada pelanggan ingin menempah brownies, sudah tentulah mereka menempah untuk selesaikan masalah untuk menyediakan juadah untuk majlis mereka.  Bukankah itu bermakna kita membantu orang lain menyelesaikan masalah.

Moga dengan niat kita berniaga untuk membantu orang lain akan memberi keberkatan kepada rezeki yang kita cari setiap hari.


Bagi suri rumah yang ingin membina blog dan fan page bagi tujuan mempromosikan bisnes online boleh hubungi saya di https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7

Bagi yang ing kongsi kepakaran boleh daftar di kelas asas blog dan penulisan.

Monday, July 1, 2013

Redha keluarga, WAHM berjaya

Teks: Aishah Hussein

Tinggal lebih kurang 1 minggu lagi kita akan berjumpa Ramadhan.  Semenjak 2,3 hari ini memang asyik Ramadhan sahaja yang saya sebut.  Setiap kali Syaaban tiba, saya akan tertanya-tanya sempat ke saya akan berjumpa Ramadhan.  Moga dipanjangkan usia kita agar kita semua dapat melakukan ibadat dengan lebih sempurna pada tahun ini.

Tahun ini saya merasa sangat bersyukur kerana cita-cita saya untuk berhenti kerja sudah tercapai.  Alhamdulillah juga, ketika saya sibuk menyiapkan tugasan dan urusan bisnes online, Along berada bersama saya membantu tugasan di rumah sehingga bulan September.  Setidak-tidaknya meringankan juga tugas Angah yang akan menduduki PMR dari membantu saya.  Sokongan dari en suami dan anak-anak memang sangat-sangat diperlukan bagi suri rumah yang ingin bekerja dari rumah.  Tanpa doa dan redha mereka, semuanya tidak akan berjalan lancar.

Walaupun masih baru lagi di dalam bidang ini, saya rasa banyak betul yang saya belajar dari mentor saya, Pn Masayu dan juga dari rakan-rakan di Akademi bekerja dari Rumah.  Semakin banyak saya tahu, semakin saya ingin berkongsi dengan suri rumah yang masih tercari-cari di mana hendak bermula.  Moga saya dapat membantu lebih ramai ibu-ibu di luar sana.

Bagi yang ingin mengetahui cara untuk membina blog dan fan page untuk bisnes online, jangan malu-malu untuk hubungi saya di https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7


Bagi yang ingin berongsi kepakaran, boleh mendaftar di kelas blog dan penulisan.

Hubungi saya untuk analisa minat dan kemahiran. Selepas itu boleh terus daftar di mana-mana kelas online yang kalian minat.

Bagi yang belum mahu mendaftar, boleh sahaja membeli ebook di atas.
Harga masih harga promosi RM100. 





Saturday, June 29, 2013

Ramadhan - bulan penuh berkat

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google


Selamat berhujung minggu semua.  Semakin hampir Ramadhan, ramai kenalan yang membuat kenduri doa selamat, bak kata arwah orang tua saya, kenduri memegang puasa.  Hari ini keluarga sebelah en suami juga akan mengadakan kenduri di rumah saya.  Setahun sekali sudah menjadi satu kemestian buat kami adik-beradik ipar duai berkumpul untuk kenduri tahlil dan mengambil peluang untuk bertanya khabar  dengan yang lama sudah tidak berjumpa.  Walaupun kerap juga ada kenduri-kenduri kecil yang lain tapi sebelum Ramadhan ia sudah menjadi kenduri yang mesti diadakan.
Bulan Ramadhan adalah bulan 1000 Rahmat.  Jika kita seimbangkan dunia dan akhirat in shaa allah, Rahmat itu milik kita.  Jika diusahakan kedua-duanya milik kita.
Lagi tentang idea bisnes makanan di bulan Ramadhan.  Antara idea bisnes makanan yang saya rasa sangat memberi kelegaan dan sangat-sangat membantu suri rumah yang sibuk bekerja ialah menyediakan  juadah berbuka di bulan Ramadhan.    Sasaran pelanggan adalah pekerja-pekerja bujang ataupun suri rumah yang bekerja yang memang terkejar-kejar untuk menyediakan juadah berbuka di bulan puasa.  Walaupun diberi pelepasan untuk balik awal di bulan Ramadhan, tetapi dek kerana tuntutan kerja yang perlu diselesaikan dan juga keadaan trafik lalulintas, mereka terpaksa juga pergi ke bazar-bazar Ramadhan untuk membeli lauk-lauk ataupun kuih-muih.  Tetapi dengan keaadan harga di bazaar Ramadhan yang makin meningkat dan rasa juadah yang belum tentu sedap, suri rumah lebih percaya untuk membeli dari rakan-rakan yang rapat yang mereka sedia tahu memang sedap dan terjamin kebersihannya.
Ambil peluang ini dengan memberi pilihan kepada rakan-rakan di pejabat untuk membeli lauk-pauk atau pencuci mulut yang sedap dengan harga yang berpatutan.  Tukar-tukar menu setiap hari agar pelanggan tidak bosan.  Bulan Ramadhan hanya 30 hari dan hari bekerja pun hanya ebih kurang 20 hari sahaja, jadi kita sudah boleh sediakan pilihan menu sebelum bulan Ramadhan dan mula emel dan hantar flyer ke pejabat.  Dari situ kita sudah boleh agak berapa ramai pelanggan yang berminat dan sudah boleh bajet berapa modal yang diperlukan.  Mula berniaga pada hari puasa ke-3.  Kenapa hari ke-3? Kebiasaannya, anak-anak di perantaun akan bercuti untuk berpuasa di kampung pada hari puasa pertama kerana ingin berpuasa bersama ibubapa dan keluarga.  Jadi pada hari ke-3 puasa, anda sudah boleh mula menghantar tempahan kepada pelanggan di pejabat.
Pilihan menu boleh diberikan seawal 2 atau 3 hari sebelum 1 Ramadhan.  Berikan masa sehari untuk pelanggan fikir dan memilih.  Anda perlu follow-up pelanggan, telefon atau emel dan ambil terus tempahan kerana anda bukan berniaga di bazaar Ramadhan yang perlu masak berjenis-jenis lauk yang tidak tentu berapa pelanggannya.  Anda hanya perlu masak sebanyak mana tempahan sahaja.  Cara ini lebih menjimatkan dan memudahkan anda.
Cari idea bisnes yang menyelesaikan masalah orang, di samping mencari rezeki ia akan memberi pahala kerana membantu orang lain.  Tapi hati mesti niat untuk membantu bukan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain seperti mengenakan harga yang terlalu tinggi.  Hilang nak dapat pahala, rezeki yang kita dapat pun tidak berkat.





Pakej Wahm Soho - Bisnes dari Rumah tinggal 2 hari lagi harga promosi RM100.
Beli 2 ebook dapat 1 percuma.



Akan menyusul Julai ini, Pakej Wahm Soho-Bisnes Makanan (Harga RM125)




Friday, June 28, 2013

Ramadhan membuka peluang ibadat dan bisnes

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google


Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma.  Bulan yang penuh dengan amalan dan tidak lupa juga penuh dengan pelbagai bisnes.  Ada yang mengejar ibadat sahaja dan ada yang mengejar bisnes sahaja. Tetapi  walau sesibuk mana kalian menjalankan bisnes, ibadat jangan ditinggalkan.  Ramadhan datang hanya sekali, tahun depan belum tentu lagi kita bertemu dengan Ramadhan. 
 Bagi yang ingin mencari duit poket tambahan dan ada kemahiran untuk membuat biskut-biskut raya, kalian sudah boleh mula membuat biskut-biskut contoh untuk dihantar ke pejabat-pejabat.  2 minggu sebelum Ramadhan sudah boleh mengedar kerana bila sudah bulan puasa pelanggan sudah tidak boleh mencuba sampel yang diberi.   Walaupun sampel itu boleh dicuba selepas waktu berbuka nanti, tetapi bimbang jika dalam proses membawa balik ke rumah, sampel biskut sudah hancur dan kita mungkin akan kehilangan pelanggan kerana dia sudah tidak berminat untuk mencuba lagi sampel kita yang tidak sempurna itu.
Bungkuskan dalam paket yang kecil untuk setiap jenis dan labelkan nama biskut dan harga supaya senang untuk pelanggan memilih dan menempah. 


 Lebih mudah dan selamat jika kita boleh sediakan sampel di dalam balang-balang plastik.  Dengan itu biskut kita juga tidak mudah lemau dan pelanggan juga mudah melihat dan menilai biskut kita.  Beli botol-botol kecil (banyak dijual di kedai bakeri dan pasaraya-pasaraya) dan isi setiap jenis di dalam satu balang.  Jangan dicampur beberapa jenis biskut ke dalam satu baling dengan niat berjimat.  Biskut anda menyerap rasa dari biskut-biskut yang berlainan jenis dan pelanggan tentu sekali tidak akan berminat untuk membeli biskut anda.










Thursday, June 27, 2013

Tiada ruginya kembalikan amalan pemakanan Sunnah dalam hidup

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Terima kasih Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada kami untuk terus menikmati udaraMU.  Walaupun jerebu, masih lagi bersyukur kerana masih punya oksigen untuk bernafas.  Tekak juga sudah rasa perit-perit.  Kalau nak berkurung dalam rumah, masih banyak urusan di luar yang perlu dilakukan.  Tapi, tidak mengapa asal anak-anak semua sihat.

Sejak mengamalkan pemakanan sunnah, memang sudah jarang kena jangkitan selsema atau demam.  Kalau dulu, bila anak-anak selsema, ibu juga turut akan selsema.  Dalam 1 tahun, memang beberapa kali melawat doktor di klinik.  Kalau dulu saya ada peruntukan RM3000 setahun dari syarikat tempat saya bekerja untuk perubatan pesakit luar.  Jadi, bila nak berhenti kerja, risau juga tentang ini.

Alhamdulillah aturan Allah itu sangat cantik.  Ketika penyakit osteoarthritis menyerang berkali-kali, saya sudah mula mencari alternatif.  Saya sudah mula masukkan amalan memakan habbatus sauda setiap hari.  Fikir saya, jika ia tidak membantu lutut saya, paling kurang saya sudah dapat pahala kerana mengamalkan pemakanan sunnah.

Rupa-rupanya,  ia memberi lebih banyak khasiat kepada saya.  Niat asal untuk memberi kekuatan kepada lutut, tetapi amalan sunnah rupanya menambah baik antibodi badan saya.  Satu lagi kejutan yang saya terima adalah  dari laporan ujian darah.

Setiap  tahun saya akan membuat ujian darah menyeluruh.  Saya mengidap penyakit endometriosis, jadi bacaan CA125 iaitu untuk bahagian rahim adalah tinggi( CA-125 salah satu ujian khusus bagi mengesan barah di rahim.  Bacaannya akan meningkat bukan sahaja jika kanser wujud tetapi juga jika wujud beberapa keadaan yang tidak merbahaya seperti endometriosis dan penyakit yang berkaitan dengan ovari ataupun kehamilan).{Pembaca bole  google tentang CA125 untuk informasi lebih lanjut}

Pada awal tahun ini, ketika doktor membacakan laporan, beliau mengatakan "alhamdulillah semuanya ok, bacaan semua normal".  Saya katakan kepada doktor, " mmm bukankah bacaan CA125 saya tahun lepas tinggi (ala-ala poyo la pulak)".  Doktor terus menyemak laporan tahun lepas.  "Ya, betul. Alhamudulillah tahun ni ok pula.  You ada amalkan ubat apa-apa ke?"  Terus-terang saya katakan kepada doktor, saya tidak mengambil apa-apa ubat.  Apa yang saya tahu, saya cuma ambil habbatus sauda sahaja.  Doktor pun terus bagi lampu hijau untuk terus amalkan dengan habbatus sauda.

Itu antara khasiat yang saya sendiri alami.  Kini saya dan keluarga masih terus amalkan dengan harapan saya mendapat pahala dan juga manfaaat dari amalan sunnah.  Dan saya juga akan menambah dengan amalan minyak zaiton pula untuk menmbah baik keadaan lutut saya yang masih lagi sakit pada waktu-waktu tertentu.

Masih lagi berlangsung untuk 4 hari lagi, harga promosi RM100.

Untuk promosi Julai 2013, harga akan kembali ke harga asal RM125.  Tetapi dengan setiap pembelian, kalian akan mendapat buku Jana RM dari Rumah secara percuma, tetapi sehingga stok masih ada.  Saya difahamkan oleh penulis Pn Masayu Ahmad, buku sudah hampir habis.  Jadi cepat-cepat pm saya untuk pembelian

https://www.facebook.com/messages/BukuOnline4U
atau terus bayar di sini http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Wednesday, June 26, 2013

Menjana Pendapatan dari Rumah

Teks: Aishah Hussein

Walaupun saya baru sahaja bergelar WAHM selama lebih kurang 3 bulan, tetapi saya sudah banyak belajar benda baru hal-hal berkaitan bisnes online.  Kalau dulu sebelum berhenti kerja, saya tertanya-tanya apa yang boleh saya buat untuk menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah.

Ketika itu, saya belum berjumpa buku-buku panduan seperti ebook Super WAHM Super Mom dan buku Jana RM dari Rumah.  Namun, saya bersyukur kerana saya dipertemukan dengan Pn Masayu Ahmad yang banyak memberi tunjuk ajar.

Bagi suri rumah yang bercadang untuk berhenti kerja, jangan berhenti dahulu.  Baca dulu rangkaian buku-buku berkaitan dengan bisnes dari rumah atau bisnes online.  Bisnes ini juga boleh dimulakan dahulu ketika masih bekerja, bila telah selesa baru hantar surat perletakan jawatan (walaupun saya melakukan sebaliknya :-) ).

Banyak benda yang boleh diusahakan untuk menjana pendapatan.
Antaranya:
1. Menjual produk - simpan stok dan menjual, ini jika memiliki wang lebih untuk modal.
2. Bisnes Dropship - tidak perlu menyimpan stok dan modal.  Hanya promo.

Bisnes menggunakan kepakaran dalam bidang yang diminati
3. Bisnes Makanan dari Rumah
4. Bisnes Menjahit dari Rumah
5. Guru Online dan banyak lagi

Alhamdulillah, walaupun buat permulaan income saya tidak sebanyak waktu bekerja, tetapi saya bahagia berada bersama keluarga.


Jika kalian ingin bekerja dari rumah atau menjana pendapatan tambahan boleh hubungi saya untuk ketahui cara-caranya.  Atau boleh miliki pakej ebook di bawah:

Pakej Wahm Soho - Bekerja dari rumah

1. Ebook asas blog dan penulisan - RM50

2. Ebook super wahm super mom - RM25
3. Ebook panduan mula butik online dan offline - RM50
Promosi sehingga 30 Jun, kalian boleh dapatkan hanya dengan harga RM100

Untuk promosi Julai, dengan harga RM125, buku Jana RM dari Rumah akan diberi percuma kepada setiap pembeli, selagi stok masih ada.  Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook-ebook ini.

pm kami sekarang https://www.facebook.com/messages/BukuOnline4U 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...