Tuesday, November 26, 2013

Produk yang boleh disejuk bekukan

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Bagi yang mencari idea kuih apa yang boleh dibuat bisnes produk sejuk beku.  Antara makanan tradisional yang kini sudah ada dijual dalam bentuk sejuk beku adalah:

1. Pulut panggang
2. Kuih Koci
3. Cucur Badak
4. Pegedil
5. Satar
6. Karipap
7. Pau
8. Donut
9. Kuih Puteri Ayu
10. Roti Canai
11. Popia
12. Murtabak



Untuk menyediakan produk sejuk beku ini, perlu tahu cara menyediakan, cara pemnyimpanan dan cara pengendalian produk agar produk mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak.

Banyak kelas yang ditawarkan oleh bakeri-bakeri di luar sana.  Boleh juga lihat di sini untuk senarai kelas memasak.

Sumber foto: http://www.azizahcheros.com.my/
---------------------------------------------------------------------------------------
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
SUDAH TERBIT
Dapatkan segera dengan harga RM50 SAHAJA

atau PM saya Aishah Hussein


EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Monday, November 25, 2013

Kepercayaan antara teras utama bisnes berkembang

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.

Ketika menghadiri kenduri kahwin di Kedah baru-baru ini, saya sempat singgah di rumah audara kepada en suami.  Suami sudah pun pencen.  Hanya tinggal berdua di rumah, anak-anak dua orang dan sudah berkahwin serta tinggal berjauhan.  Isteri beliau memang seorang suri rumah.

Dalam tahun ini mereka berdua sudah mula membuat bisnes di rumah, bisnes karipap pusing sejuk beku.  Menurut mereka, bisnes ini sebenarnya meraka sudah buat sewaktu mereka muda dahulu tetapi terpaksa berhenti kerana isteri ada masalah kesihatan.  Ketika itu harga karipap hanya 10 sen dan mereka menjual 3 biji dalam satu plastik.  Itu adalah sekitar tahun 80-an.

Kini mereka mula kembali membuat karipap tersebut bagi mengisi masa lapang.  Harga karipap dijual dengan harga 35 sen sebiji dan menurut mereka lagi tempahan selalunya mencecah 80 biji ke 100 biji sekali oder.

Usik suami saya, "bisnes ni kalau buat jual online lagi laku keras".  Kata pasangan itu, mereka tidak mahu meluaskan secara online kerana bimbang tidak dapat menampung dengan oder yang lebih banyak.  Hanya jual di sekitar taman perumahan sahaja.  Promosi juga hanya di sekitar situ sahaja.

Apa yang menarik ialah sokongan dari si suami membantu si isteri di dapur.  Setiap hari si suami akan membantu isteri mengupas kentang secara manual.  Isteri akan membuat kerja-kerja memasak.

Tanya saya, "kenapa tidak upah pembantu? Apabila bisnes semakin maju nanti cepat sikit kerja."

Jawab isteri, (ini saya tulis dalam ayat saya sendiri) "Susah kami nak menjaga mutu dan kualiti produk nanti bila ada pembantu.  Cara mereka isi inti karipap dan mencantum kulit pun sudah tidak menepati kehendak mereka.  Hasilnya nanti karipap tidak jadi cantik seperti yang mereka buat.  Belum masuk bab mengelim tepi karipap. Akhirnya nanti mereka sendiri juga yang akan membuat semua kerja.  Kerja menjadi lagi lambat kerana asyik memantau kerja pembantu."

Sebagai pengeluar produk, memang akan ada sifat susah untuk percaya kepada orang bawahan.  Tetapi jika mahu bisnes berkembang, tugasan harus diberi kepada pembantu atau pekerja.  Ia bukan setakat memberi arahan tetapi mengajar dan memantau sehingga pekerja tersebut sudah boleh berdikari dan membuat tugasan yang menepati piawaian yang kita tetapkan.  Jika kita susah memberi kepercayaan kepada orang bawahan selagi itu juga kita akan hanya menjadi tukang buat.  Semua kerja kita yang buat, dari membeli barang, potong bahan, masak, berkemas dan menghantar tempahan.  Lama-kelamaan kita akan jadi penat dan sampai satu masa kita akan cepat putus asa kerana semua perkara kita yang harus selesaikan.


Sedangkan seorang pengeluar produk boleh berkembang menjadi seorang bos dan mula memikirkan untuk meluaskan pemasaran produk.  Tugas memantau pekerja dan produk sudah boleh diserahkan kepada pembantu yang sudah dilatih mengikut piawaian yang diingini.

Konsep yang sama juga sering berlaku apabila bekerja di pejabat.  Apabila seorang bos tidak mahu mengagihkan tugas kepada orang bawahan, maka sampai bila-bila orang bawahan tidak akan pandai membuat kerja.  Dan selama itu juga lah mereka tidak ada peluang untuk naik menjadi bos.  Dan bos itu juga sampai bila-bila akan membuat semua kerja sedangkan sebagai seorang bos harus bijak melakukan pengagihan tugas di kalangan pekerja bawahan.  Apa yang penting sepatutnya adalah menyiapkan sesuatu projek dalam masa yang ditetapkan. Tetapi kerana terlalu bimbang orang bawahan tidak dapat menjalankan tugas seperti yang dia buat, kerja yang sepatutnya boleh siap cepat menjadi lambat.

Kepercayaan sebenarnya adalah antara teras utama untuk kita kembangkan bisnes.  Niatkan mengajar orang bawahan kerana Allah dan moga dengan ilmu yang kita berikan itu akan meluaskan rezeki kita dan juga rezeki pekerja kita.  Inshaallah.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Oder ebook Panduan 44 hari Pantang Tradisional & Moden, hanya RM30 November ini.
PM saya Aishah Hussein atau klik sini untuk pembelian http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html


Sunday, November 24, 2013

Kematian itu pasti, waktu nya belum pasti

Teks: Aishah Hussein

Bismillah.
Hari ini hari spring cleaning. Bantuan Allah berikan melalui keluarga mengemas dan mengelap lantai. Kepenatan seorang suri rumah hilang apabila ada sokongan dan bantuan dari ahli keluarga. Sebagai upah masak nasi ayam untuk mereka :)  Usai makan tengah hari mandi bersihkan diri, sambil-sambil mencuci tandas.  Semasa membuat kerja rumah memang tidak terasa penat tetapi selesai mandi dan duduk di sofa baru terasa longlai.  Tumit pun terasa berdenyut-denyut, kaki juga sudah lenguh.  Terasa lega bila tangan kecil adik memicit-micit kaki.

Untuk minum petang tadi, keropok goreng masih ada lagi.  Buat air teh tarik (si adik dah banyak kali sebut nak minum teh tarik) cicah dengan biskut kering.  Angah makan keropok dengan sos cili Mudim.  Sambil minum sambil melafazkan kesyukuran di hati kerana masih dapat minum petang bersama keluarga.  Walaupun ada yang berjauhan tetapi masih dapat dihubungi(ALong baru sahaja whatsapp bagi tahu sudah selesai exam).

Pukul 1 pagi tadi, terima panggilan dari keluarga en suami memberi khabar yang anak sepupu mereka baru sahaja meninggal dunia, lebih kurang pada pukul 11 malam tadi.  Innalillah.  Baru berumur 30-an meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak kecil.  Meninggal dunia di tempat kerja. Kematian itu pasti tetapi bila masa nya, hanya Allah yang tahu.  Muda atau tua bukan tanda pengukur untuk ke garisan penamat.  Bila tiba masa nya kita akan terus dipanggil.  Sementara masih hidup, buatlah ibadat seolah-olah esok kita akan mati.


Wahai ALLAH, berikanlah kekuatan kepada ku untuk terus istiqomah dalam menjalankan ibadatku kepada MU.  Izinkan bibirku menitip pujian kepadaMU selagi hayat di kandung badan.  Izinkan airmata keinsafan mengalir di pipi ini agar ia dapat menyejukkan bahang api dari nerakaMU.  ALLAH, ALLAH, ALLAH Ya Rabbal A'lamin.

----------------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka untuk 4 modul berikut:
1. Klas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.

Kelas online ini sesuai bagi suri rumah yang ingin belajar tetapi sibuk dan ada anak kecil yang tidak boleh ditinggalkan. 

Bagi yang yang ingin belajar "secara face to face" boleh PM untuk belajar secara offline.
Pilih kelas mana yang kalian mahu turut serta. PM saya Aishah Husseinuntuk keterangan selanjutnya


Boleh juga beli ebook Asas blog jika tidak berminat untuk hadir ke kelas.


Harga ebook hanya RM50.  Klik sini untuk bayaran http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Friday, November 22, 2013

Mahizan Nani - Ulasan Kelas asas blog Bisnes

Teks: Mahizan Nani
Sumber:  http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

      Perkenalan saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.

       Tanpa berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian saya.

        Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

           Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

             Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

             Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

            Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil  satu hari nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.

Tuesday, November 19, 2013

Cuti panjang bermula

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Alhamdulillah hari ini kembali menulis. Kepenatan melanda setelah pulang dari kenduri di Kedah. Badan yang sudah separuh abad tidak mampu lagi untuk duduk lama di dalam kereta.  Kami bertolak sesudah Subuh ke Kedah.  Pulang ke Kuala Lumpur pada petang nya.  Walaupun hanya en suami yang memandu(kesian dia), tetapi saya yang tidak memandu juga terasa penat kerana kaki tidak dapat berlunjur.


Hari ini kembali kepada rutin harian.  Cuti sekolah kali ini saya tidak akan bercuti ke mana-mana.  Hanya hadir ke kenduri saudara-mara sahaja.  Bulan Disember juga inshaallah akan ke Kedah lagi untuk menghadiri kenduri kahwin.  Anak-anak juga faham dengan keadaan ekonomi keluarga yang perlu dikukuhkan dahulu.  Mujur anak-anak tidak pernah bising untuk bercuti ke hotel atau ke mana-mana.

Cuti hujung tahun ini adalah kali yang pertama saya berada di rumah bersama mereka sepenuh masa.  Syukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak walaupun hanya di rumah.  Kita sebagai ibu harus bijak merancang masa agar anak-anak tidak hanya habiskan masa dengan bermain game dan menonton tv sahaja.

Bagi yang mampu boleh hantar anak-anak ke program motivasi.  Cari program yang mendidik jiwa mereka agar lebih dekat dengan Allah.  Bukan setakat seronok bersukan dan aktiviti lasak sahaja tetapi seronok juga dengan pengisian agama.

Bagi yang tidak mampu seperti saya, boleh didik jiwa mereka dengan cara lain.  Jika masih ada nenek dan datuk di kampung, boleh bawa mereka ke kampung dan ajar mereka membantu nenek dan atuk.  Bagi yang sudah tiada, ajar mereka berkemas di rumah sendiri, bermula dengan bilik sendiri.  Seorang ustazah yang pernah saya hadiri kuliah pernah berkata, untuk bersihkan hati anak-anak, suruh mereka membuat kerja-kerja seperti mencuci tong sampah atau membersihkan tandas.  Dengan cara itu kita dapat merendahkan ego mereka dan secara tidak langsung mampu membersihkan hati mereka.  Pada permulaannya memang mereka akan bising tetapi lama-kelamaan apabila sudah biasa, mereka dengan sendiri sudah tidak lagi akan mengeluh atau rasa geli untuk membuat tugas itu.  Kerja-kerja yang lebih senang dari itu juga mereka akan lakukan tanpa mengeluh.

Dulu angah saya memang susah betul bila hendak menyuruh buang sampah tetapi sekarang tugas itu memang menjadi tugas dia tanpa perlu disuruh lagi.  Malah banyak lagi tugas-tugas lain seperti menjemur dan melipat kain yang dia akan buat tanpa mengeluh.  Kadang-kadang tanpa disuruh dia akan melipat kain yang sudah menggunung.  Terima kasih kepada Allah kerana memberi bantuan kepada saya melalui anak-anak.

Friday, November 15, 2013

Berkebun menjimatkan wang

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, seawal pukul 4am lagi hujan sudah turun.  Pagi ini bergerak lebih awal ke tempat rawatan Ceragem supaya sempat encik suami dan angah solat Jumaat.  Sekembali ke rumah terus melawat kebun kecil di depan rumah.

Pokok bawang yang saya tanam 2 minggu lepas sebenarnya sudah tumbuh tinggi tetapi dua tiga hari ini sibuk tidak sempat untuk mencabut.  Sepatutnya saya hanya memotong daunnya sahaja tetapi kali ini saya cabut dengan bawangnya sekali.  Sejak cuaca asyik hujan, pokok bawang cepat busuk buah nya.


Menanam pokok bawang untuk daun bawang tidak susah sangat.  Tetapi sangat menjimatkan wang jika kita tanam nya sendiri.  Memang masih mampu beli di pasar tetapi kadang-kadang kita hanya guna sedikit sahaja, selebihnya nanti layu dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah.

Untuk menanam pokok bawang hanya perlukan bawang merah atau bawang besar.  Jika hendak jimat, boleh beli bawang-bawang yang longgok yang sudah ada tunas yang tumbuh.  Bawang yang longgok ini harga nya lebih murah.

Bawang-bawang itu dibuang kulit dan boleh terus tanam di dalam pasu.  Jika yang sudah bertunas, potong sikit bahagian bawah/akar dan tanam terus ke dalam tanah.  Jika tiada tunas potong serong bahagian atas supaya ia lebih cepat bertunas.

Bagi bawang besar pula, buang kulit luar dan buang lapisan bawang yang sudah tidak elok atau busuk.  Potong bahagian bawah dan tanam dengan bahagian akar nya berada di dalam tanah.  Menyiram pokok bawang juga tidak boleh banyak air kerana ia boleh membuatkan bahagian bawang menjadi busuk.  Letakkan pasu atau bekas bawang tersebut di bawah cahaya matahari.

Selepas 2 minggu sudah boleh dituai daun bawang sahaja tanpa perlu mencabut bawang nya.  Boleh tuai sebanyak 3 kali selepas itu daun bawang yang tumbuh tidak besar.  Selepas itu boleh dituai dengan bawang nya sekali.

Bukankah ini dapat menjimatkan duit belanja dapur kita?

Rujukan: http://www.tanamsendiri.com/

Wednesday, November 13, 2013

Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk

Teks: Aishah Hussein

Ahamdulillah cuaca pagi ini redup tetapi masih bersyukur di atas apa juga pemberian DIA.

Terima kasih Allah di atas segala rezeki yang KAU berikan.  Rezeki yang Allah berikan walau datang dalam bentuk wang ringgit tetapi yang paling manusia hargai adalah rezeki kesihatan.  Walau duit berkepuk tetapi jika terbaring di katil kesakitan, tidak membahagiakan juga.

Setiap hari doakan agar kita diberi rezeki yang berkat supaya rezeki itu walau datang dalam jumlah yang sedikit tetapi masih mampu digunakan untuk kebaikan dan amal ibadat.  Mampu digunakan untuk membantu ibubapa dan keluarga.  Mampu membayar zakat dan memberi kepada yang lebih berhak.

Saya juga manusia yang mudah lupa.  Allah telah mengingatkan saya kepada rezeki yang Allah pernah berikan dahulu iaitu kesihatan kepada kedua kaki.  Tetapi kini syukur Allah memberi saya penyakit osteoarthritis kepada kedua lutut saya dan juga plantar fasciitis kepada tumit saya. walaupun penyakit adalah satu ujian tetapi juga ia memberi rezeki kepada pesakit jika dia mampu untuk lebih dekat dengan Allah.  Semasa masih bekerja, saya masih mampu untuk ke hospital kerana ditanggung sepenuhnya oleh insuran syarikat tetapi kini setelah berhenti kerja semua perbelanjaan terpaksa ditanggung sendiri. Apa yang ada hanyalah mampu berdoa agar ditunjukkan jalan rawatan yang serasi dan percuma untuk terus memberi kesembuhan kepada saya.

Alhamdulillah kini saya dilorongkan oleh Allah untuk mencuba rawatan katil Ceragem yang memberikan perkhidmatan percuma kepada pesakit.  PERCUMA?  Saya sendiri tidak percaya waktu mula-mula mendengar dari biras saya.  Mesti nak suruh kita beli.  Harga katil tersebut adalah dalam lingkungan 10K.  Memang tidak mampu, jadi syarikat Ceragem menawarkan kepada kita untuk menggunakan secara percuma sampai bila-bila.

Apa yang menarik ialah cara mereka memasarkan produk mereka.  Untuk memperkenalkan produk, mereka memberi kepada masyarakat yang datang dengan pelbagai penyakit.  Alhamdulillah ramai yang sembuh dari penyakit mereka terutamanya yang mengidap ketumbuhan, darah tinggi dan kencing manis.  Dari sini promo dari mulut ke mulut berlaku dan semakin ramai orang yang datang untuk menggunakan katil mereka.  Di situ disediakan lebih kurang 30 katil.  Dalam sehari lebih kurang 300 orang yang akan datang ke situ.  Jadi dari 300 orang yang datang akan membawa cerita tentang kebaikan katil tersebut.  Promosi secara percuma yang mereka gunakan ini memang sangat-sangat berkesan kerana yang memasarkan produk mereka adalah orang yang mendapat kebaikan dari produk ini.  Testimoni yang memang betul-betul bukan rekaan semata-mata.

Untuk membeli juga, boleh membayar secara ansuran.  Bayar sedikit-sedikit, RM2 pun mereka terima.  Mereka faham yang datang bukan semua dari golongan berada.

Saya baru melakukan rawatan masuk hari ketiga.  Mudah-mudahan saya juga mendapat manfaat dari menggunakan servis yang mereka tawarkan ini.  Sekiranya ada perubahan, saya akan kongsikan kebaikan nya di entri lain.



Tuesday, November 12, 2013

Latih dan latih menulis, istiqomah dalam usaha

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Seperti biasa menyemak blog pelajar dan saya mencuba nasib menyemak andai ada blog pelajar yang sudah menduduki dalam 10 carian teratas dalam carian google.

Alhamdulillah, blog Suhaila Rahim sudah memasuki carta 10 teratas.  Beliau menulis tentang Panduan Melabur Untuk Suri Rumah.  Di dalam kelas, selalu ditekankan agar pelajar konsisten menulis di blog.  Mereka juga perlu menulis entri yang berkaitan dengan tajuk dan label yang telah diberikan mengikut analisa yang mereka jawab.

Menulis setiap hari, lama-kelamaan idea akan meluncur di hujung jari.  Itu yang sifu beritahu saya semasa saya mula-mula menulis.



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.

Mengapa perlu analisa? Tiga soalan dari lapan soalan penting adalah, pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran. Ini salah satu momentum dan isi gali utama menjadikan blog kita ada matlamat pengisian. Setiap orang tidak sama untuk jawapan analisa, itulah sebab selepas khatam ebook asas blog, pelajar akan mula dibimbing berdasarkan jawapan analisa untuk tugasan seterusnya.

Bagi yang ingin berkongsi kepakaran melalui blog tetapi tidak tahu cara, boleh
1. PM saya di Aishah Hussein atau
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...