Alhamdulillah.
Setahun berlalu tanpa sebarang catatan dari saya. Tahun 2019, akhirnya dengan dorongan dari Puan Guru untuk ebook saya, saya berjaya menggerakkan jari-jemari ini untuk menaip kembali di ruangan blog yang penuh bersawang.
Januari 2019. 4 hari lepas Along sudah pun menerima gulungan ijazah di bidang kedoktoran. Hati sebenarnya sayu mememikirkan Along akan konvo tanpa kehadiran kami.
Sebenarnya, saya dah pernah pun tanya pada Along.
"Along kalau ibu dan ayah tak dapat pergi, awak nangis ke?"
Along jawab, "Along dah redha".
Masih nak pujuk Along. "Alhamdulillah, dulu ibu grad pun tak ada siapa pun datang" (boleh ke guna alasan tu). Hmm..
Apa-apa pun. Semuanya sudah selesai. Masih jauh perjalanan Along untuk mencapai cita-cita.
Semoga Along dan rakan-rakan menjadi doktor yang berjaya dunia akhirat.
Thursday, January 31, 2019
Wednesday, September 6, 2017
Sibuk penyebab baca Quran
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Setiap kali hati ingin menghidupkan kembali blog. Tetapi... "nak cakap masa tidak mengizinkan lah tu"
He.he.he.
Alasan biasa.
Syukur Allah masih bagi nikmat masa.
Minggu ini sibuk dengan jadual anak nak UPSR.
Setiap malam, ada tusyen intensif.
Setiap petang ada kelas tambahan.
Semoga anak-anak yang bakal menduduki UPSR minggu hadapan diberi kekuatan, ketenangan dan kebijaksanaan untuk menjawab semua soalan.
Setiap hari ingatkan anak-anak yang nak exam, sibuk macam mana pun, baca Al quran juga. Walau setengah mukasurat. Sibuk bukan alasan untuk tidak baca Quran tetapi sibuk adalah penyebab untuk membaca Quran.

Tuesday, January 10, 2017
Selamat Tahun Baru 2017
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Sudah seminggu lebih kita berada di tahun baru 2017.
Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan.
Mohon kemaafan dari saya kerana sudah lama tidak mengemaskini blog.
Tahun lepas adalah tahun yang agak padat jadual saya. Padat dengan kuliah agama. Walaupun kuliah pada waktu pagi tetapi saya menyambung dengan kelas-kelas tajwid, bahasa arab dan kelas-kelas yang berkaitan dengan Al Quran. Dan juga ada yang saya perlu hadiri di slot petang. Memang kepenatan juga berkejaran mencari ilmu tetapi nikmat mendapat ilmu dan beramal dengannya menghilangkan semua kepenatan itu.
Macam ustaz Kamal selalu ingatkan, kalau rasa penat bersimpuh dalam kelas, berdoalah, "Ya Allah moga kesakitan kaki kami yang bersimpuh ini kau gantikan dengan kemudahan kami di padang mahsyar nanti.
Kalau rasa panas pakai tudung tu, cakaplah kat Allah, "Ya Allah, kau gantikan la kepanasan di dunia ini dengan rasa nyaman di padang mahsyar nanti ketika orang lain kepanasan".
Ada beberapa tips yang saya nak kongsikan. Tips berkaitan dengan berkebun, resipi yang saya cuba tetapi Allah masih belum mengizinkan lagi. Insha Allah, moga kita sama-sama memperolehi masa yang berkat. Ada peluang saya akan up kan di sini.
Pesan saya 1 aje hari ini untuk kawan-kawan/ibu-ibu.
Tidak kira sesibuk mana pun kita, carilah masa untuk baca Al Quran dan terjemahan. Bagi yang uzur, baca terjemahan. Mula-mula macam tak rasa apa. Tetapi cuba masukkan diri kita di dalam setiap ayat itu. Rasakan setiap ayat itu Allah tujukan pada kita. Bukan hanya pada kaum terdahulu. Insha Allah, lama-kelamaan kita akan dapat rasa "connection" Al Quran dengan diri kita.
Wallahua'lam.

Wednesday, August 10, 2016
Raikan Anak-anak
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Terima kasih atas nikmat yang kau berikan setiap saat.
Apa sahaja yang datang dariMU adalah yang terbaik.
Buruk di mata kita, bukan bermakna ia tidak baik bagi kita.
Baik di mata kita, belum tentu ianya terbaik bagi kita.
Bukan mudah untuk didik hati.
Tundukkan hati pada DIA. Inshaallah ia akan jadi mudah.
Ya Baari. Kau aturkanlah kehidupan mengikut agendaMu.
Dan jadikanlah aku redha di atas setiap ketentuanMU.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi Along akan kembali ke Mesir. Nampaknya keseorangan kembali minggu hadapan. Sabar menunggu Angah cuti semester pula nanti.
Apabila kita sudah tua, antara keseronokan yang kita tunggu ialah kepulangan anak-anak ke rumah.
Saya sangat-sangat tidak faham apabila ada anak-anak yang tidak pulang ke kampung halaman apabila raya tiba. tidak semestinya pulang pada raya pertama tetapi pada raya kedua atau pun ketiga juga sudah dapat menggembirakan hati ibubapa. Kedua belah pihak perlu diraikan. Usah berat sebelah ketika meraikan ibubapa, baik mertua mahupun ibubapa sendiri.
Moga kita diraikan anak-anak dan menantu apabila kita tua nanti.
Sebulan Along balik, minggu terakhir ini barulah dapat tunaikan hidangan yang dia minta.
Jadi Ahad lepas sempat buatkan Along Nutella Cheese Tart. Yang makan bukan lah Along seorang tetapi ibu dan Adik juga hi hi. Selepas ini Kek DFC pula. Inshaallah, cuba tunaikan yang mana termampu.

Thursday, July 21, 2016
Selamat Hariraya 2016/1437H
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hariraya kepada semua rakan-rakan. Sepuluh jari saya susunkan memohon kemaafan andai ada kesilapan atau terkasar bahasa saya yang mengguris hati rakan-rakan.
Syukur setiap saat atas segala nikmat yang Allah berikan.
Raya tahun ini, Allah berikan peluang untuk beraya bersama Along. Walaupun tidak berpeluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan tetapi Allah bagi peluang untuk berpuasa di bulan Syawal bersama. Namun kali ini, Angah pula tiada di rumah. Angah puasa dengan rakan-rakan dia di kolej aje.
Walau di mana anak-anak berada, jauh mahupun dekat. Setiap hari tidak lupa untuk berhubung dengan mereka. Tanpa jemu ingatkan tentang solat, Al quran sambil-sambil bertanya khabar. Sampai bila nak ingatkan? Sampai kita mati. Moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah.
Ketika mereka ada di depan mata, kita boleh membebel dan ingatkan tetapi bila masing-masing sudah dewasa dan jauh dari kita, hanya doa yang kita ada. Sentiasa mohon yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga.

Monday, June 6, 2016
Ramadhan 2016
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Setelah lama menyepi, hari ini berkesempatan membuat 1 entri.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua sahabat-sahabat.
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Ramadhan kali ini, Kak long masih tidak bersama kami sehingga hari terakhir Ramadhan insha Allah. Angah juga hanya sempat berpuasa bersama kami 9 hari sahaja. Tinggallah kami bertiga di rumah. Tidak dapat nak bayangkan, berapa pot nasi aje lah nanti saya nak masak sebab semua yang kaki makan tidak ada di rumah.
Moga kami dapat bersama pada cuti raya nanti.
Bagi yang mahu mencari idea menu untuk berbuka puasa, boleh klik sini Resipi Ramadhan
Sempena Ramadhan, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dari perkongsian Shaikh Abdul Aziz Syaikh Ghonim di kuliah dhuha tadi.
Rancang apa yang kita boleh lakukan supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum ini.
1. Sedekah - tidak terhad kepada duit sahaja.
Senyuman kepada setiap orang yang kita jumpa, kenal atau tidak juga merupakan sedekah. Kalau dulu hanya senyum pada orang yang kita kenal sahaja kali ini senyum pada semua orang. Bukankah itu sedekah yang lebih baik dari sebelum ini.
Ganjarannya kita tidak tahu berapa banyak kerana Allah simpan untuk di sana nanti. Walau kita liaht ianya perkara kecil tetapi sebenarnya ia besar di sisi Allah.
2. Wujudkan 1 tempat dalam majlis-majlis ilmu. Bila kita lakukan secara jemaah, ianya lebih berkat dan menambah ketaqwaan kita. Bulan Ramadhan banyak diadakan majlis-majlis ilmu. Cuba untuk hadirkan diri ke majlis-majlis ini. Tidak dapat semua, hadir satu.
3. Bulan Al Quran
Rancang aktiviti untuk kuatkan hubungan dengan Al quran.
Kalau boleh khatam sekali tahun lepas, pasang niat untuk khatam 2 kali tahun ini.
Bagi yang memang sibuk dan rasa tidak boleh baca banyak. Cuba baca 7 ayat dan tafsirnya. Fahamkan dan refleksi pada diri kita.
Fikirkanlah apa cara juga asalkan kita dapat dekat dengan Al quran bulan Ramadhan ini.
Tipulah kalau kita kata tiada masa untuk Al Quran sedangkan kita ada banyak cara untuk mendekati Al quran. Dalam kereta ada radio ikim, ada CD player. Di telefon bimbit ada apps Quran yang boleh kita mainkan. Kalau tak larat sangat lah, ambik Quran dan tengok aje lah. Itupun dapat pahala.
Kurangkan membuka fb, instagram dan yang melekakan sebaliknya buka Al quran.
4. Yang bekerja dengan majikan.
Naiktarafkan waktu bekerja kita menjadi satu ibadah.
Waktu bekerja cuba cari peluang untuk berikan perkhidmatan menolong sesama insan.
Ini dapat membantu memadamkan dosa kita.
Carilah jalan apa-apa pun untuk menjadikan amalan adat kepada amalan ibadat.
5. Tanamkan rahmat dalam hati. Jadi baik kepada orang lain, adik-beradik.
Mohon kemaafan kalau kita ada buat kesalahan dan maafkan orang lain.
Jangan ego.
Bimbang jika kita keras hati, kita tidak mendapat Rahmat Allah bagi 10 hari pertama Ramadhan.
Juga sibukkan diri dengan ibadat. Jangan menyibuk dengan benda lain seperti mengumpat. Ingatkan diri kita selalu untuk meraih rahmat Allah.
6. Malam Al Qadr.
Buat yang terbaik untuk bertemu dengan Al Qadr di 10 malam terakhir.
7. Rancang aktiviti amal ibadat.
- Puasa di siang hari. Puasa yang sebenarnya, puasa zahir dan batin.
- Qiam. Iaitu beribadat di waktu malam.
waktunya selepas azan maghrib sehingga azan subuh. Bukan qiamulail sahaja tetapi berbuat kebaikan. Contohnya hantar mesej selamat berpuasa kepada rakan pun dikira beribadat.
- Qiamulail malam Al Qadr
8. Puasa - tidak terhad kepada puasa makan dan minum aje.
Kuatkan hubungan dengan Allah dan manusia.
Jangan bagi peluang mata melihat benda-benda haram.
Jangan bagi peluang lidah bercakap benda yang tidak berfaedah.
Akhir kata saya doakan kita semua diberi kesihatan yang baik untuk beribadat sepanjang bulan Ramadhan dan bertemu dengan malam Al Qadr. Ameen.

Tuesday, January 5, 2016
Azam Baru 2016?
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Buka lembaran baru. Tahun baru.
Azam baru? Azam lama?
Semalam dalam kuliah dhuha, ustaz Zul Ramli ada menceritakan sedikit tentang beza niat dan azam yang sebenarnya dalam konteks Islamik. Kenapa ramai gagal mencapai azam.
Secara ringkasnya beliau menyebut, ramai di antara kita hanya sebut atau fikirkan mahu buat itu dan ini. Tetapi tidak fikir bagaimana mahu laksanakan, apa halangannya.
Sebenarnya apabila kita fikir, itu hanya satu keinginan. Kita memang sudah dapat pahala.
Apabila kita fikir apa dan kenapa itu adalah cita-cita.
Apabila kita fikir bagaimana, bila dan apa halangannya dan cara untuk menempuh halangannnya itulah yang dipanggil azam. Kalau kita tidak fikir sampai ke tahap itu, maka tinggallah cita-cita hanya menjadi angan-angan.
Contoh,
Kita mahu solat tahajud setiap malam.
Kenapa => sebab kita mahu lebih dekat dengan Allah, dan lain-lain fadhilat yang disebutkan oleh ulamak.
Bagaimana => Ajak suami untuk sama-sama bangun malam. Berjemaah lebih baik.
Tidur awal.
Makan malam kurangkan kuantiti.
Halangan => Kalau suami tidak mahu atau tidak memberi sokongan.
Cara atasi
halangan => Buat sendiri aje.
Selepas itu kalau kita sudah usaha dan tidak berjaya, barulah kita boleh katakan azam kita tidak berjaya. Kalau kita hanya di peringkat apa dan kenapa. Bermaksud kita belum betul-betul berazam.
Saya tidak pandai untuk terangkan lebih terperinci. Kawan-kawan boleh dengar penerangan dari ustaz Zul Ramli sendiri Jumaat ini, 8 Jan 2016 di Radio IKIM, inshaAllah.
Promo lak hihi.
Apa-apa pun Selamat Tahun Baru untuk kawan-kawan semua. Moga tahun baru ini membawa keberkatan kepada kita semua.
Bersyukur apabila banyak dan merasa cukup apabila sedikit. Wallahualam.
Friday, November 6, 2015
Redha dan sabar
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Sudah selesai minggu pertama SPM.
Hari ini rehat dulu. Bukan Angah yang rehat. Angah tetap ke sekolah kerana sekolah mengadakan kelas tambahan. Ibu yang rehat :)
Semalam, dari kuliah dhuha ustazah Nurhafizah. Beliau mengajar tentang menerima ketentuan Allah dengan redha. Setiap yang Dia bagi pasti ada hikmah di sebaliknya. Usah cepat melatah untuk merasa orang lain lebih beruntung dari kita. Seolah-olah merungut tentang nasib yang Allah bagi pada kita. Menggelupur untuk keluar dari ketentuan itu selagi ianya masih berada dalam landasan syariat. Sedangkan apa yang Allah bagi itu memang yang terbaik bagi kita. Dari pandangan mata kita, memang ujian yang datang bukan yang terbaik buat kita tetapi jika dilihat dari pandangan mata hati, subhanallah ada hikmah di sebaliknya.
Ambil tempoh untuk bertenang. Fikir dan mahasabah dulu. Inshaallah, Allah akan bagi jalan keluar dari setiap masalah.
Antara contoh yang beliau berikan:
Seorang cikgu sekolah berfikir,
"Seronoknya kalau dapat pergi kuliah tiap-tiap hari".
Tetapi kalau semua cikgu pakat nak datang kuliah pagi-pagi, siapa yang nak jadi cikgu yang mengajar di sekolah. Sedangkan jika dilihat jasa cikgu mengajar anak-anak kita di sekolah, mendidik dengan penuh ikhlas sehingga anak-anak itu menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat. Itu adalah lebih banyak pahalanya yang mereka belum dapat lihat di dunia. Dan jika ingin mendengar kuliah, sebenarnya hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Boleh pergi kuliah-kuliah malam di surau. Boleh dengar di youtube.
Satu ayat yang ustazah sebut:
Jangan sempitkan rahmat dan kebijaksaan Allah dengan fikiran kita yang terbatas ini.
Moga kita sama-sama menjadi hamba yang sentiasa redha dan sabar.

Subscribe to:
Posts (Atom)