Teks: Aishah Hussein
Tetamu tak jadi datang pagi, jadi ambil kesempatan untuk tukar layout blog. Harap pembaca senang nak baca dengan layout baru ini. Konsep ala-ala kena dengan tajuk blog kononnya.
Tengah hari rasa macam nak makan nasi ayam. Mudah dan ringkas sahaja. Mood cuti dah datang, jadi sudah malas nak masak yang susah. Nanti akan dimasukkan resipi di sini. Saya pergi masak dulu ya. Lambat sikit masak hari ini sebab pagi tadi dah masak mihun goreng, lepas solat Jumaat baru makan tengah hari.
Selamat memasak dan bersolat Jumaat.
Friday, May 24, 2013
Cuti-cuti Malaysia lagi ke
Teks: Aishah Hussein
Bertemu kita dengan Jumaat yang penuh barakah. Terima kasih Allah kerana memanjangkan usia kita semua.
Bertemu kita dengan Jumaat yang penuh barakah. Terima kasih Allah kerana memanjangkan usia kita semua.
Hari ini juga bermulanya hari pertama cuti sekolah. Jadi ke mana percutian kalian kali ini. Kami tiada perancangan, hanya ke kenduri kahwin di Pahang sahaja. Anak-anak pun faham dengan keadaan ekonomi sekarang, tidak mampu ke mana-mana.
Bagi yang tiada kemampuan, pergi bercuti ke hotel bukanlah satu kemestian. Cuti di rumah pun boleh dijadikan cuti yang menyeronokkan jika pandai mengolahkannya. Bukan hanya setakat main PSP sahaja.
Petang-petang boleh bawa mereka pergi ke taman untuk berjogging. Janganlah bawa ke taman sebelah rumah, bawalah jauh sikit, barulah mereka seronok.
Ataupun bawa mereka menonton movie, itupun menyeronokkan hati mereka.
Ajak mereka buat muffin bersama, itupun keseronokan juga (bagi adik itu memang seronok). Angah pun suka juga menolong di dapur.
![]() |
| www.sheknows.com |
Ajak mereka menyemai pokok, ini pun adik paling suka.
Buat sesuatu yang menyeronokkan hati anak-anak kalian. Cari apa yang mereka suka dan buat bersama-sama. Jadi percutian mereka itu akan menjadi percutian yang menyeronokkan walaupun hanya berada di rumah, yang penting dilakukan bersama-sama.
Jadi selamat bercuti sekolah dan menghiburkan hati anak-anak ya.
Walaupun bercuti kedai saya sentiasa terbuka. Boleh pilih dan tempah.
Sekarang kami ada promosi sempena cuti sekolah, pilih mana-mana pakej produk sunnah, dan kalian akan mendapat PERCUMA ebook pantang berserta 2 ebook bonus.
Singgah di sini Kedai Produk Sunnah Online
dan pm ke https://www.facebook.com/messages/KedaiProdukSunnahOnline
atau di http://produksunnahshoppe.blogspot.com/ dan isi borang tempahan di sini.
Tawaran sah sehingga 30 Jun 2013 sahaja! Cepat pilih sekarang.
Bagi yang hanya ingin membeli ebook pantang boleh terus membeli seperti biasa. Bonus ebook itu juga akan diberikan bersama ebook pantang.

Thursday, May 23, 2013
Cuti sekolah, cuti untuk ibu
Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Foto: Carian Google
Tinggal satu hari lagi sekolah akan bercuti. Anak-anak yang sudah habis exam sudah mula rileks kembali. Tetapi peringatan tetap diberikan bahawa cuti ini hanyalah sementara. Nak rehat boleh tetapi hanya untuk 3-4 hari lepas itu harus panaskan semula enjin, almaklum peperiksaan besar menunggu bulan September.
Tetapi sebenarnya, bila cuti sekolah datang, ibu dia yang sebenarnya lagi rasa lega. Pagi-pagi tidak berkejar-kejar buat persiapan. Tugas menggosok baju sekolah boleh cuti juga dulu. Tugasan di rumah juga nanti boleh minta pembantu-pembantu yang sedang bercuti ni buatkan.
Kalau dulu masa bekerja, lega banyak bila waktu cuti sekolah begini sebab jalan pun kurang trafik. Tetapi sekarang bila sudah bekerja dari rumah, trafik jam tiada lagi dalam senarai. Trafik jam waktu petang sahaja bila waktu nak ambil anak dari sekolah, itupun jika mengambil alih tugas en suami.
Lebih kurang 3 minggu lagi along pula akan pulang bercuti. Meriah semulalah rumah dengan suara-suara bergaduh along dengan angah. Namanya pun adik-beradik. Bila dia orang tak ada, sunyi pula rumah rasanya. Tetapi itu memang sudah lumrah ibubapa. Kena terima yang pada suatu hari nanti anak-anak akan pergi juga untuk teruskan kehidupan bersama keluarga mereka pula. Jadi berlatihlah dari sekarang.
Wednesday, May 22, 2013
Selesai penghantaran, mula produk baru
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah, tempahan sudahselamat dihantar ke destinasi. Nasib baik ada pemandu yang tolong bawakan saya ke sana, kalau tidak jenuh jugak nak melayan trafik jam. Tetapi tidak boleh berborak lama dengan kawan-kawan sebab pemandu sudah menuggu.
Sekarang adalah sesi mengemas rumah. Petang nanti ada tetamu yang akan singgah di rumah.
Produk baru juga sudah sampai semalam. Belum sempat promo lagi. In shaa allah, akan dikemaskini di dalam page sabun. Harap ada yang suka dengan produk ini kerana ia adalah hasil produk muslim dan dijamin halal bahan-bahannya. Nak bersolek juga kena pastikan ia adalah halal. Bukan main tempek aje kat muka ataupun bibir.
Untuk dapatkan produk ini, boleh pm ke https://www.facebook.com/messages/MZSecretSoapSbg2
Dapatkan harga promosi produk baru RM10 setiap 1 tiub. Saya belum sempat upload ke fan page lagi. Jadi kalian adalah di kalangan yang pertama mendapat berita tentang produk ini. Bagi yang membeli sabun sebanyak 3 biji ke atas akan menerima produk ini secara percuma bermula hari ini.
Dapatkannya sekarang di MZSecretSoapSbg2.

Tuesday, May 21, 2013
Seharian membakar
Teks: Aishah Hussein
Seharian membakar 3 jenis jenis brownies hari ini. Pukul 6 petang selesai semua, tinggal untuk dihantar esok pagi. Penat jangan ceritalah. Proses membuat tidak menjadi hal, tetapi bila hendak mengemas penat betul rasanya. Macam itulah nasib orang yang tiada pembantu.
Bila sudah sibuk macam ni, nak makan pun tiada selera. Jadi memang tidak masak pun hari ini kerana anak-anak pun petang baru akan diambil.
Bila sudah selesai semua kerja, barulah terasa lapar perut, tetapi nak masak pun sudah penat. Jadi malam ini tukar perancangan. Saya ikut en suami menghantar anak ke kelas tae kwando, jadi makan malam adalah di kedai mamak kegemaran adik setiap hari Selasa malam.
Lega dapat makan nasi, walaupun hanya lauk ayam goreng(ayam goreng di Restoran Hakim, Shah Alam memang sedak kalau panas-panas). Terima kasih Allah untuk rezeki ini.
Bila perut dah kenyang, mata pun sudah layu. Lama lagi nak tunggu angah habis kelas. Tidur dalam kereta dulu la nampaknya. Kita jumpa esok ye.
Sebenarnya saya ingin berkongsi resipi brownies yang saya selalu buat. Tetapi belum kesampaian. In shaa allah jika diizinkan Allah saya akan masukkan di sini.
Selamat malam.

Bertanya sebelum membuat keputusan
Teks: Aishah Hussein
Kini sudah sebulan lebih saya menjadi WAHM. Alhamdulillah, walaupun dari segi kewangan memang banyak bezanya dari sebelum saya berhenti kerja, tetapi saya masih bersyukur kerana Allah masih memberi saya untuk bernafas pada hari ini.
Saya harap saya akan terus kuat untuk tidak meletakkan diri di dalam aura yang negatif memkirkan tentang rezeki yang Allah nak bagi. Setiap hari saya hanya doa, usaha dan tawakkal.
Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada hamba-hambanya yang betul-betul berserah dan bertawakkal kepadaNYA.
Bersambung nanti. Nak pergi sambung tugasan berkemas. Selamat menjalankan tugas kepada semua sahabat yang membaca blog saya.
Sudahkah anda mengambil makanan sunnah pada hari ini. Mulakan dengan habbatus sauda dan madu, jika ada peluang minum bersama air zam-zam. In shaa allah, sunnah dapat, khasiat pun dapat.
Alhamdulillah, kami ada menjual pelbagai produk sunnah. Dapatkan dari kami di
=> https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline
atau di
=> http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Hmm kenapa doa dulu ya. Guru saya pernah berpesan apa-apa yang kita hendak buat, mesti rujuk dan tanya pada DIA dahulu. Kemudian kita buat ikut petunjuk dan ilham yang diberikan oleh DIA. Jika kita buat dulu kemudian baru nak tanya DIA, memang banyak masa terbuang. Kerana itu dalam islam disuruh beristikharah kepada Allah sebelum membuat keputusan dalam apa juga perkara.
Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada hamba-hambanya yang betul-betul berserah dan bertawakkal kepadaNYA.
Bersambung nanti. Nak pergi sambung tugasan berkemas. Selamat menjalankan tugas kepada semua sahabat yang membaca blog saya.
Sudahkah anda mengambil makanan sunnah pada hari ini. Mulakan dengan habbatus sauda dan madu, jika ada peluang minum bersama air zam-zam. In shaa allah, sunnah dapat, khasiat pun dapat.
Alhamdulillah, kami ada menjual pelbagai produk sunnah. Dapatkan dari kami di
=> https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline
atau di
=> http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
Monday, May 20, 2013
Hormati wanita, jika bukan kita yang mulakan siapa lagi
Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google
Saya
bukan sahaja harap surirumah sepenuh masa sahaja dihargai. Tetapi
juga semua wanita yang bekerja. Tidak kira di mana mereka berada,
bekerja di pejabat atau di rumah.
Foto: Carian google
Pagi ini kembali bertugas seperti biasa. Rutin hari bekerja. Mmm awak bukannya kerja pun. Suri rumah sepenuh masa aje kan. Bukannya sibuk pun. Kita orang sibuk, keluar pagi balik petang. Awak boleh rehat-rehat kat rumah, bergolek depan tv.
Mentaliti seperti ini sepatutnya harus dihapuskan dari fikiran masyrakat. Jika kita wanita sendiri berfikir begini, bagaimana masyarakat akan menghormati kerjaya sebagai seorang suri rumah. Suri rumah adalah suatu kerjaya juga. Walaupun ia suatu pekerjaan yang tidak dbayar gaji di dunia ini, tetapi ketahuilah bahawa bayarannya akan melebihi dari segala gaji-gaji yang mereka dapat di dunia ini. Tetapi semua tugasan haruslah dilakukan dengan ikhlas.
Tidak dinafikan ibu-ibu yang bekerja di pejabat juga adalah ibu yang yang hebat. Di pejabat mereka bekerja, balik ke rumah sambung lagi tugasan di rumah. Itu belum ditambah dengan yang ada membuat kerja sampingan seperti bisnes online, bisnes bakeri, menjahit dan sebagainya. Kalau dilihat dari luaran wanita adalah lembut tetapi semangatnya adalah lebih kental dari fizikalnya. Jadi suami-suami di luar sana, hormmatilah wanita di dalam hidup anda, ibu, isteri, kakak dan adik perempuan anda. Tanpa mereka siapalah anda.
Maaf, membebel pula pagi-pagi ni.
Hari ini, adik sekolah pagi sahaja dan angah balik awal kerana minggu peperiksaan tiada kelas tambahan. Jadi perlu masak lebih awal hari ini. Dapatlah saya makan tengahari bersama mereka di rumah hari ini.
Jadi apa tunggu lagi. Saya pergi sarapan dulu ye kemudian sambung masak.
Bagi suri rumah yang ada bisnes online dan ingin membuat blog asas dan fan page untuk produk anda boleh lihat di sini:
Rangkaian Bisnes Makanan
Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Apabila kita memikirkan tentang bisnes makanan, otak kita terus terbayang akan menjual pelbagai juadah atau pun terbayang kedai makan dan gerai. Tetapi pada hakikatnya, bisnes makanan adalah lebih luas cabangnya.
Terpulang kepada kalian untuk memilih cabang mana yang kalian ingin ceburi.
Antara rangkaian bisnes makanan adalah:
3. Kelas
Memasak

1. Pembekal Bahan Mentah
2. Pengusaha
Makanan
4.
Kedai Bahan-bahan bakeri atau
peralatan bakeri
5. Peniaga Pasar Malam
6. Kedai Makan
7. Gerai Nasi Lemak
8. Kedai menjual peralatan memasak
9. Gerai Menjual Burger
10. Kiosk
11. Gerai buah-buahan
12. Gerai minuman
13. Gerai menjual berjenis-jenis jeruk
14. Kedai Makanan Segera
6. Kedai Makan
7. Gerai Nasi Lemak
8. Kedai menjual peralatan memasak
9. Gerai Menjual Burger
10. Kiosk
11. Gerai buah-buahan
12. Gerai minuman
13. Gerai menjual berjenis-jenis jeruk
14. Kedai Makanan Segera
Subscribe to:
Posts (Atom)