Monday, May 12, 2014

Ambil tahu aliran kewangan bisnes

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Ilmu tidak pernah terhenti sehingga setakat mendapat sijil/ijazah.  Ia akan berterusan sehingga ke akhir hayat kita.  Ilmu dunia dan akhirat harus diimbangi agar kebahagian di sana dapat kita kecapi nanti.

Pada hari Sabtu lepas, Akademi Bekerja di Rumah buat julung kalinya mengadakan kelas akaun secara offline.  Bengkel Asas Akaun telah diadakan di Shah Alam dari pukul 9pg hingga pukul 6ptg.  Saya di sana sebagai wakil dari ABDR dan sambil-sambil itu saya juga turut mneyerap ilmu bersama peserta.   Sesi petang peserta sudah diberi tugas berkumpulan untuk membuat case study. Pening juga bagi saya yang tiada asas akaun.  Tetapi saya dapat lihat keseronokan dari peserta-peserta menyerap ilmu akaun.

Bengkel ini sangat-sangat sesuai bagi mereka yang tiada asas akaun.  Tidak tahu menguruskan kewangan bisnes atau tiada masa untuk uruskan kewangan bisnes.  Walau kita serahkan kepada orang lain untuk uruskan kewangan bisnes tetapi kita perlu ambil tahu apa yang terjadi dalam aliran kewangan bisnes agar kita tidak ditipu.

Bagi yang ingin sertai bengkel yang sama, kami akan mengadakan pada 14 Jun 2014.  Kami sudah buka pendaftaran sekarang.








Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Untuk pendaftaran
Hubungi saya
SMS/whatsapp: 013 383 7768

Saturday, May 10, 2014

Bengkel anjuran Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah pagi ini berlangsung Bengkel Asas Akaun di Shah Alam.
Bengkel akaun yang pertama dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah.  Kami akan buka lagi pendaftaran untuk bulan Jun selepas ini.  Yang berminat sudah boleh daftar bermula sekarang.

Baca pula ulasan dari peserta Bengkel Branding Yourself & Business, Rapidah Ramli.

Alhamdulillah Kak dah telah dapat hadir di Bengkel Branding Yourself & Business strategies ini yang diadakan di Kuala Lumpur pada 6hb april lalu. Pelbagai petua, tip dan resepi yang diajar oleh Guru Puan Nisa Nua untuk menjadi lebih berjaya. Bagusnya semua kita boleh buat hanya dirumah. Tak perlu nak meredah kesesakan jalan raya. Terkocoh-kocoh mengejar punch card. Anak-anak boleh membesar di depan mata.
Jika selama ini tak tahu nak mula dari mana, apa kata mari kita mulakan dengan menghadiri Bengkel yang amat bermanfaat ini.
Jika selama ini tak tahu nak buat apa, disini kita akan diajar untuk mengenali potensi yang ada dalam diri kita.
Jika selama ini tak tahu bagaimana nak berbisnes, disini kita akan diajar bagaimana nak melakarkan bisnes anda.
"Jangan takut untuk berubah"
"Hidup kita dalam genggaman kita"
"Cipta pintu baru jika tiada yang boleh diketuk"
Sumber: http://rapidahramli.blogspot.com/2014/04/bengkel-branding-yourself-business.html

==================================

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline Jun 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Bagi yang berminat untuk sertai ABDR
Hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

Friday, May 9, 2014

Selamat Hari Ibu

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Pagi ini buka TV awal pula.  Selalunya buka di ipad aje sebab siaran TV9 tidak ok untuk TV di bawah ni.  Rancangan di TV semuanya bercerita tentang Hari Ibu rupanya.  Ustaz berpesan tentang doa buat ibu.  Pengacara TV membicarakan tentang pengorbanan seorang ibu.

Bagi saya setiap hari adalah hari ibu.  Tidak perlu tunggu Hari Ibu baru nak hargai ibu.  Tetapi bila asyik keluar aje kisah-kisah sedih di TV, sentimental juga jadinya saya.  Saya sudah tidak punya ibu.  Ibu sendiri, ibu saudara mahupun ibu mertua.  Tiada lagi masakan ibu untuk saya jamah.  Tiada lagi tangan ibu yang boleh saya kucup.  Tiada lagi peluang untuk saya buat panggilan telefon bertanyakan khabar, bertanyakan resipi dan bertanyakan segala-galanya.

Mujur saya masih ada Allah tempat saya bertanyakan segala-galanya.  Allah tempat saya mengadu ketika susah.  Walau kadang kala ketika gembira, saya melupakan DIA tetapi Allah tetap ada untuk saya.  Terima kasih Allah atas segala-galanya.  Tempat IBU tiada penggantinya tetapi Allah sentiasa mengisi kekosongan dalam jiwa.

Bagi yang masih ada ibu, hargailah mereka ketika mereka masih hidup.
Buat semua suri Wahm ataupun tidak Wahm, SELAMAT HARI IBU.

=========================
Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh lihat di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Thursday, May 8, 2014

Berilmu beramal

Tek: Aishah Hussein

Yes you can do it.
But it's a matter of you do it now or you do it then.
Speaking pula pagi ni.

Sudah belajar perlu buat. Jangan tunggu nanti.
Sudah bayar, perlu usaha sampai dapat hasilnya.
Jika sudah melangkah perlu terus jalan ke hadapan.  Jangan undur ke belakang.  Pandang belakang tidak mengapa, kerana kita perlu lihat apa kesilapan yang telah kita lakukan dahulu agar boleh diperbaiki untuk masa hadapan.
ILMU sudah diberikan.  Serap dan amalkan. ILMU jika tidak diamalkan sia-sialah jadinya.

Sebagai seorang guru, saya merasa seronok kerana protege saya sudah semakin rajin mengemaskinikan blog.  Ada yang PM malam-malam bertanyakan soalan.(maaflah kadang-kadang tidak berjawab PM kerana cikgu sudah tidur hi.hi.).  Apa pun syabas kepada protege saya Magdalina, Fatimah, Nazirah yang sudah semakin semangat.

Inshaallah nanti saya akan masukkan senarai blog protege saya di entri akan datang.  Nak bagi semangat sikit pada yang lain.

Akan bersambung kembali.  Perlu berkejar ke tempat terapi.

Sunday, May 4, 2014

Ulasan Kelas Asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my - Mayahs Collection

Teks: Aishah Hussein
Banyak PM yang saya terima bertanyakan tentang Kelas asas blog Bisnes.  Ada juga yang bertanya tentang kelas beriklan di mudah.my.  Apa faedahnya ambil pakej ini.  Bukan ke percuma.  Memang percuma tetapi Cikgu Zaila akan bimbing peserta cara yang betul untuk beriklan. Jadi tidak perlu cuba-cuba, sudah tahu nak buat apa yang boleh apa yang tidak di situ.

Baca ulasan protege ini, jika berminat hubungi saya untuk daftar.

Sumber: http://mayahscollection.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage-iklan.html

Ulasan Kelas Asas blog, fanpage & beriklan di Mudah.my dari Mayahs Collection
Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun.
Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu.
Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja. Pada mula saya berhenti kerja, saya membantu suami menguruskan perniagaan makanan beliau.Pelbagai dugaan dihadapi namun akhirnya perniagaan kami bermasaalah. Saya menyuarakan keinginan saya pada suami untuk tidak mahu mengurus lagi perniagaan.

Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship,tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah ke Qatar atas urusan kerja.

Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.

Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online.Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my .

Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.

Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.

Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.

Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.

kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline 10 Mei 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
SMS/whatsapp: 013 383 7768

Saturday, May 3, 2014

Kenduri dan kenduri

Teks:  Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Dua hari hujung minggu ini inshaallah akan memenuhi undangan kenduri kahwin.  Kini kenduri kahwin tidak perlu tunggu cuti penggal persekolahan.  Bukan apa, nanti jenuh hendak berebut dengan jiran-jiran yang lain untuk tarikh kenduri.  Minggu ini pun memang cuti panjang bagi sesetengah negeri.
Seronoknya bila dapat bercuti :)

Ulasan Kelas asas blog
Kita nak mulakan sesuatu mesti ada mentor, betulkan? Bukan anak-anak saja perlu ada guru, kita pun perlu berguru untuk berniaga. Tambahan pula mahu kaya, berjaya dan berkat.

Saya? Selalu baca post FB kak Masayu Ahmad, berbulan-bulan mengikutinya. Tapi tidak pernah terlintas membeli ebook untuk santapan atau ilmu bagi saya memulakan bisnes.

Ada juga terfikir, macamana nak buat blog? blog bisnes yang arwah bina langsung saya tidak tahu password tambahan no. telefon di daftarkan juga tidak aktif. Terpinga-pinga mahu mula dari mana?. Hasil kajian dan tindak balas pelanggan alamaya  suka melawati blog bisnes arwah dulu.

Saya fikir positif, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha sendiri, sebagaimana arwah mengusahakan empayar bisnes kami sekeluarga.

Akhirnya, saya beli ebook janapendapatan dari rumah. Saya study ebook itu dengan penuh semangat dan harapan baru. Sehinggalah rakan kerja dahulu menegur saya. "Kak Na kusyuknya study apa tu? Tersengih-sengih saya jawap "tambah ilmu di dada dan minda". (Siuasi sebelum berhenti kerja - penghujung tahun 2013)

Pertengahan Januari 2014, Alhamdulillah akhirnya saya mendaftar pelajari asas bina blog bersama Puan Normi Yusof. Walaupun masih bertatih, sekurangnya saya telah cuba dan akan cuba laksanakan.

Yang pasti, mengikuti kelas secara online ini amat bagus bagi saya yang banyak komitmen sebagai ibu tunggal ini. Selalu tentang MASA yang kita akan bangkitkan, terutamanya sayalah tu.

 Pembelajaran saya secara alamaya dengan masa kita uruskan, segala persoalan, pertanyaan yang kadang-kadang saya sendiri pusing apatah lagi guru online saya Puan Normi. Semua di ajar oleh guru online amat memuaskan dan sabar mengajar kita.

Masa selesai tugasan? Semuanya atas daya usaha kita sendiri, jika kita fokus maka jangka pendeklah kita tamat belajar. Begitu juga, sebaliknya.

Jangan fikir terasa beban dengan duit yang kita modalkan. Bagaimana mahu berniaga jika tidak mahu keluar modal. Belajar juga adalah modal bagi kita, kerana kita perlu ilmu. Bukan hanya, modal dikeluarkan untuk dapatkan bahan mentah atau produk. Ingat pesanan saya itu.

Sejak saya berjinak-jinak dengan blog, maka ramailah kenalan alamaya saya. Berkongsi pendapat dan ruang serta peluang berniaga. Dulu saya ingat berhenti kerja, tiada rakan-rakan akan besama kita. Rupanya salah sama sekali, kenalan saya makin ramai bukan sahaja alamaya tetapi alam nyata. Hebatkan kita, bonda-bonda sekalian.

Amat sesuai bagi bonda-bonda suri umah yang mahu maju dan berkerjaya dari rumah. Penting sekali fikir positif. Allah SWT sentiasa bersama kita.
Sumber: http://nurshaznashamsudin.blogspot.com/2014/04/busines-online-vs-alamayabagaimana.html

Thursday, May 1, 2014

Hari cuti, hari keluarga

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Cuti hari ini kerana menyambut Hari Buruh, atau lebih sesuai dipanggil Hari Pekerja kerana bukan buruh-buruh aje yang bekerja tetapi sesiapa yang bekerja layak bercuti.  Ada juga yang terpaksa bekerja hari ini.  Pengorbanan kalian dihargai :)

Syukur juga bekalan air sudah kembali normal hari ini setelah semalam tiada air.  Moga keadaan kembali pulih selepas ini.

[IKLAN]


Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 10.5.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Yuran: RM220

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang
Daftar sekarang.  Tempat terhad.
Klik sini untuk daftar

Refleksi minggu exam

Teks: Aishah Hussein

Kenapa.
Kita nak anak kita berjaya setiap kali exam?
Adakah supaya mereka menjadi TOP student di sekolah?
Adakah supaya mereka berjaya masuk ke universiti?
Adakah supaya mereka mendapat tajaan?
Adakah supaya mereka mendapat pekerjaan yang hebat?
Adakah supaya mereka menjadi orang yang hebat selepas graduate?
Realitinya, apa yang kita mahu adalah mereka mengikut skrip doa kita. Skrip keinginan kita. Skrip keinginan masyarakat kita.

Bukankah lebih indah jika kita dapat katakan kepada anak-anak dan ingatkan diri kita sendiri.

Anakku.
Tidak mengapa tidak masuk universiti asalkan keadaan dirimu adalah dalam keadaan fitrah. Asalkan jalan kau pilih adalah jalan-jalan yang memenuhi kehendak fitrah.
Tidak mengapa mahu jadi apa pun asal apa yang kau buat itu hebat di mata ALLAH bukan di mata sesiapa.
Buat kerana mahu HEBAT pada pandangan ALLAH.

Lyana Zakaria tiada apa yang susah dalam dunia ini jika kita lakukan untuk ALLAH, kerana ALLAH semata-mata. Be the best for ALLAH and the rest is history.
~Refleksi
Exam week.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...