Monday, June 3, 2013

Menghitung hari

Teks: Aishah Hussein

Semalam, 1/2 hari di Seminar Teknik Hafalan Al-Quran Kaedah Jibrail.  Alhamdulillah moga diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkan apa yang dipelajari di sana semalam.

 Selepas sahaja seminar, terus kelam-kabut pulang ke rumah mengambil anak-anak dan solat  kemudian pecut ke utara.  Jadi pagi ini bersiaran dari utara ya.  Kebetulan en suami ada tugasan di utara, dan kami sekeluarga menumpang bercuti sekali.  Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.  Mujur juga ada kemudahan wifi di sini dan taliannya juga memang bagus sangat.  Semua aktiviti online masih boleh berjalan seperti biasa, walaupun tidak sepenuh masa.

Bersyukur kerana sejak sudah menjadi WAHM, nak cuti bila-bila masa sahaja boleh.  Kalau dulu, walaupun cuti sekolah nak kena semak jadual mesyuarat dulu, ada kerja urgent ke tidak, baru mohon cuti.  Tapi sekarang, bila en suami whatsapp jom ikut pergi utara, terus balas ok.  Itu keistimewaannya bekerja sendiri.  Cuma kena pastikanlah tiada tempahan oleh pelanggan.  Lain-lain kerja online tiada masalah, janji ada talian.

Tetapi sebenarnya dalam dok bercuti pun, saya asyik menghitung hari juga.  Banyak benda yang saya sedang siapkan dan juga sedang menunggu.

Masa berlalu begitu pantas sekali.  Sedar tak sedar sudah masuk bulan Jun dan 2 minggu lagi insyaallah along akan sampai.  Itu salah satu yang saya tidak sabar menunggu, anak dan juga kawan tempat saya berkongsi cerita dan juga kawan pergi shopping akan balik ke Malaysia.

Dalam keseronokan saya menunggu kepulangan along, saya juga risau tentang dateline saya untuk siapkan 2 tugasan utama saya:
1. Projek doorgift
2. Ebook 101 Idea Bisnes Makanan

Kedua-duanya perlu disiapkan dalam lingkungan waktu yang sama.  Kebetulan along juga sudah sampai waktu itu, jadi saya ada pembantu untuk projek no. 1 saya.

Moga Allah memberi kekuatan untuk saya menyiapkan kedua-duanya dengan sempurna. Ameen.

Insyaallah bakal terbit tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...