Alhamdulillah.
Sudah bermula bulan Oktober. Rasa baru semalam anak mula persekolahan awal Januari. Pejam celik sudah mahu hampir ke penghujung tahun.
Walau duduk di rumah tetapi saya tetap sibuk dengan dunia online dan juga offline.
Selagi kita hidup, selagi itu tugas belum selesai.
Syukur atas masa yang Allah berikan. Matlamat untuk berhenti kerja sebelum umur 50 juga sudah tercapai. Walau agak terlambat tetapi tiada apa yang terlambat selagi kita tidak mula. Eh betul ke saya merepek ni. Kalau dalam bahasa orang putih tu, "It's never too late to start". Kadang-kadang malu juga bila saya pergi ke kelas-kelas IM ataupun kelas "baking", ramai yang jauh lebih muda dari saya. (Kalau kelas agama ok lagi sebab memang golongan yang lebih tua dari saya yang ramai) Tetapi saya niatkan ilmu yang saya belajar ini bukan untuk saya seorang. Mungkin saya tidak dapat gunakan semuanya untuk diri sendiri tetapi saya dapat turunkan ilmu ini kepada anak-anak, protege dan agen-agen saya (wah dah bunyi macam james bond pula). Mudah-mudahan ilmu yang saya kongsikan dengan mereka dapat membantu saya di sana. Itu sahaja harapan saya.
Maaf hari ini merapu sikit.
Okay. Saya nak pergi lipat kain sambil layan drama.
Sementara itu, boleh baca di sini ya, ulasan ebook Super Wahm Super Mom
Alhamdulillah..kini saya selesai membaca ebook ini. Ebook yang membuat saya terfikir tentang `SUPER`.Adakah perkataan `SUPER` ini boleh membuat kita jadi `Super Woman`. Cuba menjadi bijak menguruskan masa, keluarga dan diri. YA!!..EBOOK INI
MEMBERI PANDUAN DAN KITA MENGURUSKAN
Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga,motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah??.. Ebook ini ada jawapannya.
Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulillah, saya dapat berguru. Tetapi bab pengurusan masa adalah masalah utamasaya. Alhamdulillah, kini saya ada panduan itu.
Saya juga mempunyai masalah tenaga. Bila dah penat, saya akan stress. Bila banyak yang saya hilang terutama minat serta matlamat saya. Badan penat, hendak menjahit jadi malas, maka matlamat hilang..rugi bukan??. Ebook ini memberi saya cara merawat stress saya. Motivasi serta nilai-nilai positif juga memberi saya semangat.
Saya suka membaca kisah Puan M dalam ebook ini. Berhenti kerja di saat-saat ekonomi keluarga tidak kukuh serta tahap kesihatan yang merosot. Tetapi berkat usaha, ikhtiar, doa serta tawakal kini dia telah pun berjaya. Malah urusannya hanya di rumah. Tidak percaya bukan??. Begitu juga saya. Tetapi bila pengalaman yang di kongsikan, ia memberi suntikan baru kepada saya. Malah pengalaman orang lain juga dapat membuka jalan kepada kita.
Dahulu saya hanya tahu `full housewife`. Kini ebook ini membuka minda saya lebih dari `full housewife`, Ebook yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:
WAHM (Work At Home Mom)
SOHO (Small Office Home Office)
SAHM (Study At Home Mom)
SAHM (Stay At Home Mom)
Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah. Yang pasti belajarlah dengan yang Pakar. Pakar bermaksud mahir serta berpengalaman dengan minat saya. Malah kita perlu sedia menerima kritikan serta positifkan diri. Ebook yang mengajar serta mendapat hasil dari BEKERJA DENGAN JIWA DAN SEPENUH JIWA.
Jadi, kini tiada istilah duduk rumah tidak boleh dapat duit..bukan?? Malah surirumah seperti saya juga boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting ada panduan, rangka strategi serta mengurusan masa.
Yang berminat nak dapatkan ebook ini boleh klik sini untuk harga PROMOSI
Drama apa kak?
ReplyDeletehaha mona ni. layan aje drama apa yang ada. kalau tak ada buka aje drama kat laptop. nak bagi hilang ngantok sambil lipat kain.
Delete