Baca dulu ulasan ebook Super Wahm Super Mom.
Sumber: http://www.studiokenaria.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html
Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.
Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.
Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM
Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.
"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013
Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut.
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."
Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."
Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.
Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.
Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.
Untuk pembelian ebook ini boleh klik di sini
No comments:
Post a Comment