Saturday, April 6, 2013

Tempat Jatuh lagi dikenang - 05.04.13

Teks:  Aishah Hussein

Akhirnya tiba hari yang dinanti-nanti.  Setelah hampir 22 tahun berkhidmat, saya akhirnya meletak jawatan untuk bersama dengan keluarga.  TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG inikan pula tempat..apa ya.  Ini adalah tempat pertama dan terakhir saya bekerja.  Pindah tempat bekerja memanglah ada.  Dari tingkat 10 ke tingkat 9.  Dari tingkat 9 ke tingkat 6 kemudian ke rumah kedai.  Tetapi masih tetap majikan yang sama. Dari masih anak dara sehinggalah dapat anak tiga, saya masih setia di sini.  Ia adalah tempat saya mencari rezeki selama 21 tahun.

Semalam juga majikan memberi bonus kepada pekerja-pekerjanya bagi servis tahun lepas.  Tetapi bagi pekerja yang tidak setia seperti saya, bonus tidak dibayar, walaupun saya masih memberi servis kepada syarikat pada tahun lepas.  Berapa lamakah tempoh agaknya diperlukan oleh seorang pekerja untuk membuktikan kesetiaan kepada majikannya.  25tahun? 40tahun?

Walau bagaimanapun, di dunia ini hanya ada satu majikan sahaja yang pemurah.  Jadi, saya rasa saya tidak perlu susah hati mahupun berkecil hati.   Hanya pada MAJIKAN ini yang saya patut minta bonus.  Dan MAJIKAN ini juga telahpun memberikan saya bonus kepada saya tanpa saya sedar.  DIA kurniakan saya bonus yang tidak ternilai iaitu sahabat-sahabat handai yang banyak membantu saya waktu susah dan senang.  Tidak kira lelaki mahupun perempuan.  Terima kasih Allah.  Sewaktu saya berbicara dengan En Suami sewaktu dalam perjalanan ke rumah dari pejabat petang sesemalam, tanpa saya sedari airmata mengalir laju.  Sedih bukan kerana saya tidak diberi bonus tetapi kerana saya akan merindui sahabat-sahabat saya.

Wahai sahabat.  Perhubungan kita tidak akan berakhir di sini sahaja.  Moga ia kekal hingga ke akhir hayat.

Thursday, April 4, 2013

Roti Loyang

Teks : Aishah Hussein

Resepi ini dikongsi oleh salah seorang Usahawan Roti di utara sana.
Terima kasih Liza Othman kerana berkongsi resepi yang mudah ini.
Hujung minggu ini boleh cuba ye puan-puan.

                                                      Foto: Liza Othman


Roti Loyang
Bahan-bahan:
500gm tepung roti (boleh juga gunakan 400gm tepung roti dan 100gm tepung gandum)
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver (boleh diabaikan jika tiada)
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner

Cara-caranya:

1.      Campur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan.
2.      Masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
3.      Perap 30minit buang angin
4.      Bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
5.      Bakar suhu 180c



Sempurnakan Solatmu - 04.04.2013

Teks: Aishah Hussein

Isnin lepas saya telah menjalani rawatan untuk lutut sekali lagi.  Menambah dos untuk lutut sebelah kiri.   Setiap kali ditimpa ujian kesakitan fizikal seperti ini, saya terpaksa menunaikan solat secara duduk.  Alhamdulillah, pendedahan kepada ilmu cara solat ketika sakit banyak membantu saya untuk terus mengerjakan ibadat saya walau dalam keadaan mana pun.

Syukur juga, di surau-surau disediakan kerusi-kerusi bagi orang yang kurang upaya untuk solat secara normal.  Terasa diri sudah tua betul.  Kalau dulu, masa arwah emak saya masih ada, dia yang selalunya solat duduk kerana sakit lutut.  Sekarang giliran saya pula.  Apa pun masih berterima kasih kepada Allah kerana saya masih dapat melakukan ibadat solat.





                                        Ensiklopedia Solat RM100
                                        +RM5 pos daftar
                                        +RM10 pos skynet.



Dapatkan di http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/ensiklopedia-solat.html
atau di Buku Online

Wednesday, April 3, 2013

Bisnes Makanan Organik - 03.04.13

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Produk organik sudah semakin mendapat tempat di hati penduduk Malaysia.  Mungkin juga kerana kesedaran gaya hidup sihat sudah semakin bertambah di kalangan penduduk, bisnes makanan organik juga sudah bertambah.  Ini dapat dilhat dengan bertambahnya kedai-kedai menjual produk-produk organik di Kuala Lumpur sendiri.  Di pasaraya-pasaraya yang besar seperti Giant dan Tesco juga sudah ada bahagian yang menjual produk-produk organik.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan organik.  Organik bermaksud sayur dan buah-buahan yang ditanam tidak menggunakan sebarang racun perosak dan baja yang diperbuat dari bahan kimia.  Dan bagi makanan yang diproses pula tidak menggunakan sebarang bahan perasa dan mematuhi piawaian organik yang ditetapkan oleh kerajaan dan organisasi antarabangsa.

Antara bisnes yang boleh dihasilkan dari produk organik ialah kedai menjual produk organik, restoran makanan organik,  pekebun tanaman organik, penternak ayam organik, pengusaha roti organik, jam, bijiran dan lain-lain.



foto: hpaonline.com

                                                                                     Foto: haanism.com


Kalau dulu, produk organik lebih menjadi pilihan kepada pesakit kanser.  Tetapi kini orang yang sihat juga lebih cenderung kepada pilihan organik.   


Tuesday, April 2, 2013

Bisnes Restoran

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google


Restoran merupakan salah satu kategori kedai makan.  Kini bermacam-macam jenis restoran telah dibuka di Malaysia.  Di Kuala Lumpur sendiri terdapat pelbagai jenis restaurant.  Antaranya restoran makanan barat, makanan cina dan India.  Malah restoran makanan melayu sendiri pula boleh dipecahkan kepada lebih banyak jenis mengikut masakan negeri contohnya masakan Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan. Dan tidak lupa juga kepada restoran makanan dari Negara-negara luar seperti restoran Jepun dan Korea.  Yang paling terbaru dan sedang meningkat pilihannya adalah restoran makanan Arab.  Ini mungkin disebabkan kemasukan lebih ramai rakyat dari negeri-negeri Arab dan Timur Tengah ke Negara kita.

                                                        Foto: moonsabit.blogspot.com


Untuk memulakan bisnes restoran, kita memerlukan modal yang banyak.   Ia melibatkan kos sewa premis dan pembayaran bil letrik dan air.  Dan pada kebiasaannya deposit sewa perlu dibayar sehingga ke 2-3 bulan sewa.

Pengurusan restaurant memerlukan tukang masak yang cekap dan pantas. Ini bagi memastikan menu-menu disediakan menepati citarasa pelanggan dan permintaan semasa. Pekerja-pekerja yang cekap juga sangat diperlukan untuk memberi servis yang terbaik kepada pelanggan.

Ia suatu bisnes yang rumit tetapi mampu dilakukan dengan pengurusan yang baik oleh pemilik dan pengurus restoran.

Tips Menyiang Ikan

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Kalau dulu-dulu setiap kali nak beli ikan di pasar malam,  bila balik rumah malas betul nak menyiang ikan. Malas tu satu hal, tambah fikir nanti rumah pun bau busuk perut ikan sementara nak tunggu buang kat luar rumah esok pagi.  Kalau buang waktu malam, habis dikoyakkan kucing liar di luar sana.

Satu cara yang mudah nak elakkan semua tu, suruh adik penjual ikan siang siap-siap ikan tu.  Balik rumah tinggal basuh aje.  Tetapi kadang kala orang yang menunggu giliran tu ramai.  Maghrib pun dah hampir jadi terpaksalah siang sendiri.

Jadi kalau puan-puan risaukan bau busuk perut ikan tu nanti boleh cuba tips ini.  Setelah siang ikan, semua perut ikan tu dimasukkan ke dalam plastik.  Pastikan yg tiada air ikan dalam plastik. Tebuk sikit lubang pada plastik tersebut agar air dapat keluar dan selepas itu ikat plastik tersebut. Kemudian bungkus plastik tersebut dengan helaian suratkhabar yang tebal.  Masukkan bungkusan itu ke dalam plastik lain dan ikat.  Simpankan ia di dalam freezer.  Dengan cara ini kita tak perlu risau rumah kita berbau busuk.  Kita juga tidak perlu tergesa-gesa membuangnya kerana lori sampah mungkin datang mengambil sampah di kawasan rumah kita 2 hari sekali.  Bila tiba hari tersebut keluarkan dan buang di tong sampah depan rumah.  Kucing pun tidak akan menyelongkar tong sampah sebab kurang bau yang dapat menarik perhatian mereka.

Rumah tidak berbau busuk, tong sampah pun tak berselerak.  Cubalah.

Kelas Masakan

Kelas masakan bukan sahaja terhad kepada bakeri.  Tetapi sejak kebelakangan ini, suri rumah banyak tertumpu kepada kelas-kelas kek dan pastri.  Mungkin kerana jenis makanan sebegini harganya lebih mahal untuk dibeli, jadi lebih baik kita laburkan sedikit wang dan belajar.  Agak-agak terasa nak makan kek Red Velvet bila-bila masa aje dah boleh makan tak perlu nak tunggu dua tiga hari baru dapat.

Kalau suri rumah yang berfikir ke arah menjana pendapatan tambahan, selepas pergi kelas boleh berlatih buat di rumah.  Bagi jiran-jiran, kawan ofis rasa.  Bila dah rasa yakin, boleh mula ambil tempahan.  Dapat balik duit modal pergi belajar kan.

Di sini saya senaraikan beberapa kelas memasak.  Senarainya akan saya kemaskinikan dari semasa ke semasa.

1.   MySugarClass, Saujana Utama
      http://mysugarclass.com/
2.   Citra Klasik, Kajang 
      http://www.facebook.com/citraklasik
3.   Kelas Roti bersama Pn Nor Jannah
      Sik, Kedah
      http://www.facebook.com/ibu.khadijah
4.   Kelas Memasak bersama Chef Arm (Johor Bahru)
      http://chef-arm.blogspot.com/
      http://www.facebook.com/chef.arm 
5.   Akademi Bakeri Zati D'hati (Kuantan)
6.   Chef Asma Culinary Studio
7.   Love Liana
8.   Citarasa Asli, Kuala Lumpur
9.   Kelas Nasi Arab Ustazah Wan Habsah
      https://www.facebook.com/ustazah.wanhabsah
10.  Lynn Hassan








Monday, April 1, 2013

Menghitung hari - 01.04.13

Tinggal  4 hari lagi saya akan memegang jawatan baru.  Moga selepas ini lebih fokus kepada keluarga dan kerja-kerja lain.


                                     Dapatkan Ebook Super Wahm Super Mom di Buku Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...