Tuesday, April 23, 2013

Alhamdulillah - 23.04.13

Teks:  Aishah Hussein

Alhamdulillah cuaca hari ini cerah sekali.  Tugasan di rumah telah selesai.  Sebentar lagi perlu ke luar untuk berjumpa seorang sahabat.  Tidak semestinya sudah jadi suri rumah asyik buat kerja kat rumah aje.  Sesekali perlu keluar juga untuk hilangkan stress. 

 Di dalam ebook Super Wahm Super Mom ada disenaraikan tips untuk hilangkan stres serta pengurusan rumahtangga.  Ebook ini bukan untuk panduan suri rumah yang duduk di rumah sahaja tetapi juga sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja.

 Senaskah hanya RM25


Atau dapatkan pakej ini.
Harga RM45
Kalian bayar terus untuk ebook Jana Wang Di Rumah di www.janawangdirumah.com
Baki RM25 bayar di sini ya

Monday, April 22, 2013

Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom

Teks : Aishah Hussein

Hari ini barulah saya dapat menghabiskan bacaan ebook Super Wahm Super Mom.   Walaupun saya sendiri sudah memegang jawatan seorang WAHM sejak 2 minggu lalu, tetapi terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat.  Tiada ruang untuk saya selitkan bagi pembacaan ebook ini.  Alhamdulillah akhirnya Allah mengizinkan saya menamatkan pembacaan ebook ini.

Ingin saya memetik salah satu kegembiraan dan keseronokan bekerja dari rumah yang disenaraikan oleh penulis:

Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hidup hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan
perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.

Salah satu sebab kenapa saya berhenti kerja adalah untuk berada bersama-sama dengan anak-anak saya.  Ketika saya tekad untuk berhenti kerja, saya memang betul-betul berserah kepada Allah untuk menentukan pilihan saya.  Kerja sehingga usia 50 tahun  pun tidak akan mendapat ganjaran yang kita inginkan.  Saya tidak mahu lagi melepaskan peluang untuk melayan anak-anak seperti peluang yang telah saya lepaskan sewaktu dengan anak sulung dulu.  Betul, mereka membesar hanya sekali dan saya rasa amat rindu untuk membelai anak sulung saya ketika beliau kecil dulu.  Seperti wujud satu tidak kepuasan di dalam diri ini.

Sebelum saya mengenali penulis, saya memang pernah dengar perkataan WAHM dan  SOHO.  Tetapi tidak tahu perbezaannya.  Setelah membaca ebook ini, barulah saya faham apa takrifan yang sebenarnya.

Ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bukan sahaja untuk suri rumah sepenuh masa tetapi juga untuk ibu-ibu yang bekerja.  Bagi wanita-wanita yang bercadang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah, memang elok membaca ebook ini untuk dijadikan panduan.  Sayangnya saya tidak diketemukan dengan ebook ini sebelum saya membuat keputusan untuk berhenti kerja.  Apa-apa pun, syukur masih belum terlambat untuk dijadikan panduan.

Di dalam ebook ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses urus masa dan tips urus rumahtangga.  Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk bersembang dan menonton tv.  Tanpa pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai. 

Saya sendiri juga sudah melaluinya.  Walaupun masih baru bergelar WAHM, saya sudah  rasa seperti masa 24 jam itu tidak cukup buat saya.  Masa mula-mula berhenti kerja, semua kerja di rumah saya rasa saya perlu untuk selesaikan.  Mula rasa stress mana satu nak buat ni.  Dengan kain sampai 2 bakul tidak berlipat, masa untuk masak lagi, masa untuk selesaikan kerja online.  Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah mula boleh selesaikan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.

Saya mulakan dengan bangun lebih awal dan selesaikan persiapan untuk anak-anak seperti biasa.  Setelah mereka semua sudah pergi ke sekolah dan pejabat, saya akan berehat dan selesaikan dulu urusan saya dengan Allah. Kemudian barulah saya selesaikan tugas di rumah dan sambung dengan tugasan online saya. 

Tidak dinafikan juga bekerja sendiri ini kita dapat menyusun jadual kita sendiri.  Tetapi semangat kena kuat untuk disiplinkan diri.

Secara keseluruhannya ebook Super Wahm Super Mom ini amat sesuai dimiliki oleh semua wanita yang bekerja di pejabat mahupun di rumah.


Dapatkan ebook ini segera di Buku Online atau 

Teruskan tugas seorang WAHM - 22.04.13

Teks: Aishah Hussein

Masih banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan.  Baik tugasan rumah dan juga penulisan.  Hari ini niat di hati ingin menyediakan sajian tengahari yang mudah aje untuk angah.

Mulanya ingat nak beli aje di kedai, maklum ibunya berpuasa.  Jadi hajat di hati ingat nak masak petang nanti aje lah.

Tetapi bila difikirkan,  apalah susah sangat masak nasi dan sejenis lauk untuk angah seorang.  Malam nanti pun angah tidak makan malam di rumah juga kerana kelas tusyen dia dari petang sampai ke malam.  Kesian angah.

Lagipun, bukankah masakan dari air tangan ibu lebih berkat.

Jadi saya nak pergi masak sekarang.  Nak masak apa pun tak tau lagi.  Masuk dapur baru dapat ilham.





Dapatkan ebook Super Wahm Super Mom di Buku Online dan
http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/ebook-super-wahm-super-mom-urus-masa.html

Sunnah Rasulullah - 20.04.13

Teks : Aishah Hussein


Sabtu lepas, kami membawa anak-anak untuk merasa beriadah cara rasulullah.  Daripada asyik bermain game di komputer, sekali sekala keluar rumah untuk beriadah.

Si adik sibuk mengajak ayahnya untuk menunggang kuda.  Jadi kami bawa mereka ke Denai Alam Recreation Centre. 

Di sini ada bermacam-macam sukan yang ditawarkan. Antaranya memanah, berkuda dan motorcross. Tetapi untuk ahli ada kelebihan mendapat percuma untuk sukan-sukan yang tertentu.  Untuk menjadi ahli hanya perlu membayar RM180 setahun.  Dan ahli akan diberi diskaun 50 peratus untuk sukan-sukan yang berbayar.




Si adik sebenarnya tidak puas memanah.  Masih lagi ingin pergi ke situ.  Moga diberikan rezeki oleh Allah buat dia.

Terima kasih Allah kerana diberi peluang menggembirakan hati anak-anak.









Dapatkan pemakanan sunnah rasululullah madu dan kurma di Kedai Produk Sunnah kami.

 

Gerai Burger

Teks: Aishah Hussein

Salah satu dari cabang makanan segera produk tempatan adalah gerai burger.  Gerai-gerai burger ini selalunya dibuka berhampiran dengan kedai-kedai makan.  Tetapi ada juga yang didirikan di kawasan perumahan.

Sasaran pelanggan peniaga-peniaga ini adalah anak-anak remaja serta kanak-kanak.  Tetapi golongan dewasa ada juga yang menyukai burger produk tempatan ini.

Gerai burger ini selalunya menjual Benjo, Burger Daging, Burger Ayam, Burger Arnab, Burger Kambing, dan yang sedang popular sekarang adalah Burger Bakar.  Setiap satu menu itu juga ada yang ditambahkan pakej istimewa di mana ditambah telur ataupun pun keju.


Gerai burger selalunya mula beroperasi lewat petang sehingga lewat malam.  Ini adalah kerana sasarannya adalah pelajar-pelajar dan anak bujang yang suka keluar untuk makan dan minum lewat malam.

Bisnes ini selalunya dimonopoli oleh golongan remaja lelaki kerana proses menyediakannya mudah.
Bahan-bahan mentah untuk bisnes burger seperti kepingan daging dan sayur-sayuran  juga senang didapati di pasaraya-pasaraya.




Foto:
joinme.com.my
virtualmystic.wordpress.com

Sunday, April 21, 2013

Beriadah bersama keluarga - 21.04.13

Teks: Aishah Hussein

Hujung minggu adalah hari untuk keluarga.  Dua hari ini tak sempat untuk membuat catatan harian.  Minggu ini kami banyak melakukan riadah.  Seronok bila dapat gembirakan hati anak-anak.

Sambil beriadah masih ingatkan along nun jauh di sana.  Apa sahaja aktiviti yang kami lakukan di sini selalunya akan dirakamkan ke dalam image dan dihantar melalui whatsapp.  Itu sahaja cara saya untuk menghilangkan rasa rindu along kepada kami.


Dapatkan ebook 30 Tips sihat ibu hamil & pantang di Buku Online

Saturday, April 20, 2013

Kek Kukus

Teks : Aishah Hussein

Kek kukus adalah jenis kek yang dimasak menggunakan kukus.  Kek yang dimasak secara kukus selalunya lebih lembab dari kek yang dibakar.

Antara kek yang dimasak secara kukus adalah Kek Coklat Moist, Kek Lapis Sarawak, Kek Buah, Kek Lapis Indonesia, Kek Lapis Krim Cheese.


                                                        Kek Coklat Kukus

                                                          Kek Buah Kukus


                                                      Kek Lapis Kukus

Untuk memastikan kek kukus lebih tahan lama, digalakkan untuk menyimpan di dalam peti sejuk supaya ia tidak berkulat.  Kek boleh dibalut dengan plastic wrap atau aluminium foil. Kemudian diletakkan ia di dalam bekas tupperware supaya ia tidak menyerap bau-bau dan rasa di dalam peti sejuk.

foto: recipes.familyeducation.com
        vanillaessen.blogspot.com
         linapg.blogspot.com

Jenis Bisnes Kedai Makan

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Bermacam-macam kedai makan boleh diusahakan.  Ia boleh dibahagi kepada beberapa kategori.  Antaranya : 
   
Foto: www.paksucorner.com
- restoran
- gerai
- Van/trak makanan(gerai mobil)
- kantin sekolah
- kafe
- kedai makanan segera
- kiosk
                                
Foto: sharinginfoz.blogspot.com
Waktu beroperasi bagi bisnes seperti ini ada yang bermula seawal subuh, ada yang hanya dibuka dari pukul 3 petang hingga tengah malam dan ada yang dibuka 24 jam.

Bagi yang memulakan perniagaan untuk hidangan sarapan, kerja-kerja pembelian bahan mentah harus dilakukan seawal mungkin, ataupun membuat stok sehari awal.  Penyediaan masakan harus dimulakan seawal pukul 3 pagi.

Foto: melayuinovatif.blogspot.com
Untuk membuka kedai makan, kita harus mempunyai tukang masak yang cekap.  Cekap dalam menyediakan makanan dengan pantas.  Tukang masak juga harus pandai memasak masakan yang sedap yang dapat menarik minat dan memikat citarasa pelanggan.  Ia akan banyak membantu memajukan bisnes kedai makan kita.

Tetapi kejayaan sesuatu bisnes makanan bukan sahaja terletak kepada makanan yang sedap. Servis dan layanan kepada pelanggan juga adalah keutamaa kepada pelanggan.  Walaupun rasa dan mutu makanan sedap, tetapi jika servis yang lambat diberikan kepada pelanggan, kemungkinan kita akan kehilangan pelanggan kepada kedai lain.
Foto: mgsklang.weebly.com
            
                                                      
                                               
                                   
Foto: convergence.net.my
Bisnes kedai makanan juga perlu konsisten.  Bisnes sebegini tidak boleh sesuka hati beroperasi. Pelanggan akan cepat kecewa bila didapati kedai tidak beroperasi tiap kali mereka ke kedai.
                                      
                                
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...