Thursday, November 7, 2013

Jaga khidmat pelanggan, bisnes mampu bertahan

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan




Semuanya bermula secara spontan. Setiap kali balik kampung di Melaka, saudara mara dan kawan-kawan  selalu pesan kek lapis, ikan terubuk.  Dari situ datang ilham untuk memasarkan produk-produk ini secara online. Saya bermula dengan lawan web yang menyediakan perkhidmatan percuma (blogspot), kemudian ke laman sosial (FB).  Selain itu saya turut memasarkan produk kedai saya di laman web yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan secara percuma. Almaklum, saya baru sahaja memulakan perniagaan jadi perkhidmatan percuma menjadi pilihan
utama ketika itu.

Kedai Ummie mula beroperasi pada Disember 2009 dengan hanya menjual kek lapis dan terubuk masin sahaja.  Pada mulanya memang saya tidak begitu yakin dengan kemampuan saya untuk berjaya.  Tetapi galakan dan dorongan suami menjadi pembakar semangat saya. Dengan bilangan dan permintaan dari pelanggan yang semakin meningkat, saya sentiasa berusaha menambah produk-produk baru dari masa ke semasa.  Sehingga kini, Kedai Ummie menjual hampir 20 jenis produk-produk makanan dan kraf dari Sarawak.

Kedai Ummie juga pernah mendapat tempahan kek lapis dan terubuk masin dari pelanggan-pelanggan luar negara seperti Birmingham, Austria, Melbourne dan London.
Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima amat positif.

Memandangkan produk Kedai Ummie majoritinya terdiri daripada makanan, lebih-lebih lagi yang mempunyai jangka hayat yang singkat, faktor masa menjadi cabaran utama saya. Lebih-lebih lagi tempahan pelanggan dari luar negara yang sudah tentunya memakan masa.  Jadi saya memilih syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan bagus rekod penghantaran.

Untuk makluman, kek lapis jika disimpan pada suhu bilik tahan sehingga 4 hari. Manakala terubuk masin pula boleh bertahan sehingga seminggu.  Jadi saya perlu memikirkan bagaimana produk dapat sampai kepada pelanggan dengan cepat dan dalam keadaan baik. Berurusan dengan sesetengah pelanggan yang cerewet juga merupakan cabaran yang tidak dapat saya lupakan. Tetapi dengan menggunakan pendekatan 'win-win situation' semuanya dapat diatasi.

'Layan pelanggan sebagaimana kita mahu orang lain melayan kita', selain itu jangan lupa ucapkan terima kasih.  Itu antara amalan yang saya selalu lakukan.

Kini Kedai Ummie hampir berumur 5 tahun, Alhamdulillah.


Wednesday, November 6, 2013

Cari peluang dan berusaha

Teks: Aishah Hussein

Bismillah.  Syukur ke hadrat illahi kerana diberi rezeki dan pelbagai nikmat.

Apabila kenangan berniaga di stadium menggamit memori, saya juga terkenang kembali bagaimana ibu saya membesarkan kami adik-beradik hanya berbekalkan duit pencen arwah ayah.

Apabila arwah ayah (saya panggil Bak) meninggal, tiada lagi sumber pendapatan tetap.  Hanya mengharapkan pencen arwah Bak.  Ketika itu saya baru darjah 4.  Tidak faham erti kehidupan lagi.  Tetapi saya faham kami sudah tidak ada duit yang cukup.

Emak mengambil upah basuh kain rumah tok imam kampung.  Saya yang menjadi tukang ambil kain kotor dari rumah tok imam.  Mereka akan bungkuskan semua kain kotor ke dalam kain pelikat atau batik dan saya akan kandar di bahu dan bawa balik untuk dibasuh arwah emak.  Setelah emak basuh, petang atau esok pagi saya akan hantar kain yang sudah dilipat ke rumah tok imam.  Begitulah setiap hari dan upah yang emak saya terima hanyalah RM25 sebulan.  Jumlah itu begitu besar bagi kami ketika itu.  Tidak pernah saya melihat kesedihan di wajah arwah kerana kekurangan duit.  Arwah yang saya kenali adalah orang yang tenang dan tidak pernah mengucapkan kata-kata kasar.

Arwah juga ada mengambil upah menjaga kanak-kanak.  Hanya seorang sahaja tetapi setelah keluarga itu berpindah, arwah mencari cara lain pula untuk menjana pendapatan.  Berniaga di stadium hanya apabila musim bola sahaja.  Jadi untuk pendapatan bulanan perlu ada pekerjaan tetap juga.  Ketika saya berada tingkatan satu, saya ingat ibu pernah kerja di kantin sekolah rendah di bandar Kuantan.  Berbasikal setiap pagi dan pulang waktu petang.  Ketika itu juga saya sudah mula mengambil alih memasak untuk makan tengah hari kerana nenek saya ketika itu sudah tidak berapa sihat.  Pagi pukul 10.30 saya akan mula masak nasi dan masak sejenis lauk berkuah dan goreng ikan atau mengikut selera saya.  Sambil-sambil itu buat kerja sekolah, pukul 12 sudah perlu bergerak ke sekolah.

Apabila saya mula sekolah di sesi pagi pula, arwah emak terpaksa sediakan makanan di awal pagi terlebih dahulu untuk nenek.  Itu sedikit kisah perit ibu tunggal membesarkan anak-anak dan menanggung perbelanjaan keluarga tanpa mendapat sebarang bantuan dari mana-mana badan.

Zaman sekarang saya kira ibu-ibu tunggal kini bertuah. Ada banyak cara dan ruang yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka.  Hanya perlu berusaha untuk mencari peluang apa yang ada dan juga memohon bantuan.

Antara yang terbaru ialah program Hearts anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

Terima kasih Allah atas segala ilmu yang Kau berikan.



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Tuesday, November 5, 2013

Rezeki datang melalui orang lain

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Nikmat dan rezeki ini milik Allah.  Rezeki yang Allah berikan kepada kita bukan milik kita.  Walaupun DIA berikan kepada kita, belum tentu yang datang itu adalah rezeki kita.  Saya pernah mendengar Ustaz Mohamad Abdullah menjawab soalan pemanggil di radio, seorang isteri yang mengeluh tentang seorang suami yang tidak bertangungjawab dan tidak memberi nafkah.  Ustaz menjawab, walaupun kelihatan isteri yang mencari nafkah memberi makan kepada keluarga tetapi kita perlu ingat bahawa rezeki itu mungkin rezeki suami yang Allah berikan melalui isteri dan anak-anak.  Jadi sebagai hamba Allah usah kita mendabik dada yang semua itu rezeki kita kerana dalam setiap rezeki itu bukan semuanya milik kita.  Cuma Allah berikan melalui kita.

Bukan bermaksud suami dibenarkan tidak bertanggungjawab tetapi banyak cara lain kita boleh cuba untuk menyedarkan si suami akan tanggungjawab mereka.  Bukan dengan cara bercerai tanpa perlu berusaha ke arah untuk menambahbaik hubungan kekeluargaan.

Jika kita mempunyai masalah keluarga, tidak kira suami, isteri mahupun anak-anak, tingkatkan solat tahajjud.  Sedekahkan al-fatihah kepada roh mereka.  Inshaallah perubahan akan berlaku sedikit demi sedikit.

Kita selalu silap, sedekah al-fatihah hanya untuk mereka yang sudah mati.  Sedangkan kita sepatutnya lakukan ketika mereka masih hidup lagi.  Inshaallah bila mereka sudah tiada, kita juga akan sudah biasa dengan amalan ini.  Saya pernah terbaca di majalah, ibu Wadina Safiyyah juga amalkan tahajjud, bangun di tengah malam untuk mendoakan perubahan anak beliau.  Alhamdulillah, rintihan seorang ibu Allah perkenankan.  Allah Maha Pengasih Allah juga Maha Penyayang.

Macam mana pula boleh keluar cerita ini.  Sejak akhir-akhir ini banyak yang saya dengar dan terbaca keluhan dari isteri mahupun ibu-ibu di suratkhabar, majalah dan wall facebook tentang masalah keluarga.  Saya bukan arif tentang ilmu ini cuma berkongsi sedikit ilmu yang saya pernah dengar.  

Selamat menyambut Maal Hijrah.

Monday, November 4, 2013

Bola menggamit nostalgia

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah pagi Isnin yang hebat.  Bagi yang berpuasa sunat hari ini, tahniah.
Hari ini sarapan biskut kering cicah kopi sahaja.  Yang lain sambung tidur terus selepas Subuh. Walaupun sampai agak lewat juga dari Perak tetapi sempat juga melihat kemenangan Pahang :)  Saya tidak begitu menghogoh "bolo" tetapi tumpang gembira kerana pasukan negeri saya menang setelah sekian lama tidak memegang Piala Malaysia.

Setiap kali musim bola, nostalgia menggamit saya ke memori ketika kecil.  Rumah berhampiran dengan Stadium Darul Makmur.  Jika musim bola, rumah kami memang diterangi dengan lampu spotlight dari stadium.  Sorakan penonton di stadium juga kedengaran sampai ke rumah.

Masa kecil dahulu kala, bermain dengan rakan-rakan kampung di sekitar stadium.  Berlari-lari di tangga stadium, kadang-kadang hanya di keliling stadium berkejar-kejar.  Masih saya ingat di situ ada kedai roti apek Cina.  Dahulu mana ada kaum bumiputera yang menjual roti.  Roti buku putih seperti roti gardenia panas-panas keluar oven terus dipotong di situ.  Ketika itu rasa sangat menakjubkan dapat melihat mesin memotong roti.

Sebenarnya di stadium ini juga adalah tempat kami sekeluarga mencari pendapatan tambahan.  Setiap kali musim bola, arwah emak dan kakak ipar akan berniaga di situ.  Jadual bola memang tahu lah waktu itu.  Kalau pasukan yang bagus main memang untung banyak berjual di situ. Mula-mula emak dan kakak ipar berniaga bersama, apabila sudah ada modal lebih sikit, barulah emak dan kakak berniaga berasingan.

Jika perlawanan bola diadakan pada malam Sabtu, Jumaat malam kami akan mengusung meja ke stadium.  Bukan meja lipat seperti yang orang berniaga tu tetapi meja makan yang besar.  Kalau abang ada, arwah emak akan mengusung dengan abang.  Jika abang bekerja malam, saya dan emak akan mengusung berdua.  Oleh kerana ketika itu saya baru darjah 5, ketinggian yang tidak sama dengan emak membuatkan kami berhenti-henti juga sepanjang perjalanan.  Tidak jauh, mungkin dalam 5-7 minit jika berjalan dengan laju.  Tetapi dengan saya mungkin mengambil masa sedikit.  Yang paling mengerikan bagi saya ketika itu ialah terpaksa menyeberangi longkang besar dan dihubungi dengan batang kayu yang melendut.  Setiap kali lalu berdebar-debar.  Pengalaman yang mengerikan tetapi menyeronokkan.  Saat yang dinanti-nantikan untuk keluar malam mengangkat meja.

Sampai di lokasi, meja kami biarkan sahaja.  Itu sebagai penanda tempat itu sudah ditempah oleh kami.  Kalau lah ada orang curi meja kami, memang tiada meja makan lah kami di rumah nanti. Ketika itu boleh bilang aje peniaga yang berniaga.  Esok petang selesai masak, sekitar lepas asar kami sudah mula mengangkut makanan yang sudah dimasak.  Yang ringan-ringan bawa dengan basikal, jika yang berat diusung dengan tangan berdua. Antaranya mee goreng, mihun goreng, mee kari, karipap, tauhu sumbat dan lain-lain.  Tauhu sumbat itu ketika saya sudah Tingkatan 1 saya sudah buat sendiri dan untung dari jualan adalah saya punya.  Itu sebagai upah :)

Mula-mula menjual makanan untuk dibungkus sahaja.  Lama-lama sudah ada modal beli meja lipat dan kerusi, pelanggan sudah boleh duduk makan di situ.  Air juga kami kami sudah mula jual.  Bila guna meja lipat, sudah boleh usung dengan basikal sahaja.  Letak atas basikal dan tolak. Abang akan usung satu, seorang lagi tolak atas basikal.

Subhanallah. Terlalu banyak kenangan jika ingin dikenang kembali.  Ada kenangan pahit dan manis tetapi bila dipandang ke belakang kita boleh tersenyum.   Kenangan itulah yang mengajar erti kehidupan kepada kita sebenarnya.


Itu berniaga makanan zaman dahulu.  Sekarang jika ingin lebih mudah, boleh melalui internet.  Mulakan dengan apa yang ada juga.  Masak di rumah tetapi tidak perlu keluar rumah.  Ambil tempahan melalui online dan buat mengikut apa yang orang tempah.  Lebih selamat bagi yang kurang modal.

Bina blog modal percuma.  Buat fanpage facebook juga percuma.  Modal hanya beli laptop dan sewa talian internet atau broadband.  Sudah cukup untuk permulaan.  Apabila sudah ada modal lebih, boleh membeli gajet yang lebih canggih dan hadiri kursus pemasaran untuk menambaik pemasaran produk kita.

Bagi yang tidak minat memasak, boleh mulakan dengan produk dropship.

Boleh PM saya Aishah Hussein untuk mendaftar di kelas asas blogdan fanpage.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Saturday, November 2, 2013

Tiada yang lebih penting dari sokongan suami dan keluarga

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan




Membuat kek ialah minat saya sejak sekolah rendah. Ia mungkin kerana saya sering menemani ibu ketika ibu membuat kerja-kerja membuat bakeri.  Selepas mendapat keputusan PMR, ibu haidahkan saya sebuah oven. Agak pelik untuk hadiah kecemerlangan peperiksaan kan? 

Saya mula mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari ibu saudara, kakak dan jiran. Selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah, saya berkahwin dan suami meminta saya berhenti kerja untuk mengikutnya ke Jepun. Setiap kali ada perjumpaan dengan kawan-kawan saya akan membawa kek. Kawan-kawan juga sudah mula meminta saya membuat kek untuk mereka. 

Apablia kami pulang ke Malaysia, saya masih meminati dengan bakeri.  Suatu hari suami saya bergurau  "apa kata kalau awak jual kek yang awak buat, biar saya jadi pembeli pertama". Sejak itu, saya terus mewar-warkan kepada kawan-kawan saya. Agak malu pada mulanya, tetapi saya berpegang kepada kata-kata ayah saya, kalau malu sampai bila? 


Saya pernah berjanji, tidak akan keluar bekerja. Syarat suami saya ialah kalau hendak bekerja, biarlah dari rumah dan berada bersama dengan anak-anak.  Cabaran terbesar pastilah anak-anak saya. Bukan mengatakan mereka satu beban tetapi cuma kekangan masa. Waktu untuk memasak, bekerja dan perhatian untuk keluarga.  Syukur sangat-sangat kerana ibubapa dan adik beradik saya sangat menyokong.  Tetapi, mertua agak skeptikal dan memandang rendah kepada apa yang saya lakukan ini. Pada mereka, bekerja sendiri tiada arah tujuannya.
Pengalaman manis ialah apabila seorang pelakon meminta saya membuat kek harijadi untuk anaknya. Beliau pernah merasa kek buatan saya yang ditempah oleh seorang kawan saya yang bekerja di sebuah production house. Dan beliau telah mempromosikan kek saya kepada kawan-kawan beliau pula. Alhamdulillah.

Pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika seorang rakan rapat yang juga berniaga, tiba-tiba mendakwa  bahawa saya meniru ideanya. Maka kawan-kawan yang lain juga menjauhkan diri dan tidak menempah dari saya, sehinggala seorang rakan lain berani bertanya kepada saya. Ia hanyalah cabaran biasa bagi peniaga kecil sebenarnya, tetapi ia mengajar saya untuk tidak meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada orang lain.

Saya bercita-cita suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kafe. Target saya berkala sebenarnya. Dahulu saya sekadar meletakkan target 3 biji kek seminggu. Kini alhamdulillah seminggu sekurang-kurangnya 10 tempahan. Jarang kita jumpa kafe milik melayu Islam yang menjual cheesecake dan juga brownies.  Jika hendak kek sebegini, sentiasa ke Secret Recipes. Jadi saya mahu menjadi pencabar mereka. 

Kini saya mempunyai Facebook Page (Luscious Brownies & Cakes) dan pada waktu yang sama, saya juga mempromosikan kek melalui kawan-kawan, guru-guru sekolah anak-anak saya, rakan-rakan pejabat suami dan adik beradik saya. Pemasaran dari mulut ke mulut adalah sangat membantu. 



Friday, November 1, 2013

November yang hebat, melangkah terus

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah Jumaat yang indah untuk permulaan bulan November.  Terima kasih juga kepada Allah kerana saya dapat membantu suri rumah yang ingin bekerja dari rumah di samping berada bersama anak-anak.  Tiada yang lebih bernilai kerana dapat membantu mereka menyiapkan platform untuk terus maju selangkah ke hadapan dengan matlamat yang lebih besar bagi tahun 2014.

Mereka yang mendaftar di kelas saya semuanya dari latarbelakang yang hebat.  Itulah uniknya Akademi bekerja di Rumah ini.  Di sini berkumpul semua peserta yang berkongsi pelbagai kepakaran dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan oleh pembaca di luar sana.  Itu yang pembaca mahukan, ilmu dan panduan bagi menyelesaikan masalah mereka.  Kita sebagai penulis blog inshaallah akan mendapat ganjaran dan saham di akhirat nanti.

Dua peserta kelas saya Saniah Mat Sanat dan Monalita Mansor kini melangkah setapak menjadi pembantu kelas, ini antara peluang yang ditawarkan selepas tamat belajar dari kelas asas blog.  Bagi yang rajin mengemaskini blog dengan penulisan yang menarik, tidak hairan jika satu hari nanti kalian akan menjadi kolumnis di majalah, seperti dua orang peserta kami Ahikin Hashim dan Khairunnisa.  Itu bukan janji kami tetapi di atas usaha sendiri, rajin menulis dan berkongsi.

Jika anda seorang yang rajin menulis dan suka membantu pembaca dengan pelbagai panduan,
PM saya Aishah Hussein untuk mendaftar di kelas asas blog dan penulisan.



Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein


2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Thursday, October 31, 2013

Rujuk kepada DIA sebelum melangkah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Terima kasih Allah masih memberi nafas kepada saya dan masih mampu untuk terus menulis di blog.

Terima kasih juga kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk bekerja di rumah.  Dengan suasana yang selesa dan masa yang fleksibel.  Bertahun juga saya memohon petunjuk dari "CEO" untuk menghantar surat perletakan jawatan.  Tiada kekuatan dalam diri ini.  Ketika itu pergantungan saya lebih kepada material.  Cukup ke duit saya nak bayar hutang.  Cukup ke seorang sahaja yang bekerja.  Belum betul-betul berserah kepada Allah.  Walaupun mulut kata saya percaya Allah ada tetapi saya sebenarnya belum betul-betul berserah.

Apabila keadaan saya memang sudah betul-betul tidak larat untuk mengimbangi tugas di rumah dan pejabat, ketika itulah saya betul-betul berserah diri saya kepada Allah.  Setiap hari saya memohon petunjuk dan mohon dipermudahkan urusan saya.  Ketika itu Allah buka kan jalan untuk saya menjalankan bisnes online.   Ketika saya hendak menghantar surat perletakan jawatan juga saya masih merujuk kepada Allah akan tarikh yang betul.  Alhamdulillah, memang terasa tenang jika kita betul-betul berserah kepada Allah untuk membuat keputusan.  Syukur juga ketika itu saya sudah tidak ada hutang rumah dan kereta.  Bagai disusun cantik jalan untuk saya ke arah menjadi WAHM.  Ya saya masih lagi baru dalam bidang ini.  Saya baru mula untuk menanam pokok-pokok dan membuat landskap di tepi-tepi jalan sambil mencari kayu-kayu yang kukuh bagi membina pondok yang kecil untuk kami sekeluarga hidup bahagia bukan di dunia sahaja tetapi juga di akhirat kelak.



Bagi yang pm dan bertanya bagaimana hendak mula bisnes.  Tidak tahu hendak buat apa bila sudah duduk di rumah nanti.  Saya nasihatkan pohon petunjuk dari Allah.  Istikarah dan betul-betul berserah.  Jika niat kita ikhlas untuk bersama keluarga, inshaallah DIA akan tunjuk jalan kepada kita.


Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Monday, October 28, 2013

Bercucuk tanam sebagai terapi jiwa

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Cuaca terang benderang hari ini setelah hujan seharian semalam.

Hari ini puasa ganti, lemau pula rasa badan.  Tetapi lemau-lemau pun sempat juga berkebun menanam bawang untuk dapatkan daun bawang.  Ini adalah satu lagi minat saya selain dari memasak.  Menanam sayur-sayuran.  Apatah lagi dengan harga barang yang sana sini sudah naik, memang elok kita bercucuk tanam untuk jimatkan duit belanja dapur.


Pagi semalam suruh si adik kutip sedikit limau kasturi dan sedikit cili api.  Masih ada lagi limau kasturi yang masih kecil di pokok.  Harapnya minggu depan sudah boleh kutip.


 Daun Pudina
Saya semai dari keratan batang.  Daun pudina memang jadi kegemaran keluarga.  Kami selalu gunakan untuk dimasukkan ke dalam teh O panas ataupun sebagai salad campur.  Pokok ini menjadi betul sekarang ini sebab duduk nya di bawah paip air, jadi memang selalu tersiram.  Dua pasu di belakang sudah mati.  Cadangnya hendak cambahkan ke dalam dua pasu lagi supaya stok selalu ada aje di rumah.

Pokok Malabar Merah (Masih mencari resipi untuk masak).  
Yang ini saya tanam melalui keratan batang sahaja.  Hidup menjalar, saya tanam dalam bekas mandi anak yang sudah pecah :)  Memang menjadi betul pokok ini cuma tunggu masa untuk mencuba.  Tidak pernah rasa lagi, beli keratan sebab seronok tengok gambar.  Insyaallah akan dicuba untuk masakan.


Anak Sweet Basil.
Saya rasa umurnya dalam 3 minggu.  Tunggu masa untuk dialih ke dalam 'rumah" yang lebih besar.  Ini saya semai benih dalam kotak susu dutch lady yang saya kerat dua dan ditebuk lubang di bahagian bawah.  Saya letakkan dalam bekas aiskrim dan tuang kan air di dalamnya.  Biji benih basil cepat hidup jika disemai dengan cara begini.  Dengan cara ini benih basil sentiasa mendapat bekalan air, jadi kita tidak perlu risau jika terlupa menyiram semaian.

Baru tadi menyemai benih ketumbar.  Ini masih lagi tidak berjaya.  Yang paling besar hanya 2 inci besar tetapi selepas dialih mati.  Esok bercadang untuk menyemai sawi dan kailan.  Jika pandai merancang waktu menyemai, bekalan sayur tidak putus di rumah kita.

Mari kita bercucuk tanam di rumah.  Kalau tiada tanah, tanam dalam pasu, baldi yang sudah pecah atau periuk yang sudah bocor.  Apabila pokok-pokok itu membesar, ia bukan sahaja menjadi makanan kita tetapi juga menjadi terapi kepada jiwa kita.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...