Wednesday, May 28, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.  Syukur atas setiap nikmat yang Allah kurniakan.
Kadang-kadang ada yang bertanyakan kepada saya, jika mereka sudah ada blog tetapi ingin bergabung dengan Akademi bekerja di Rumah(ABDR), bagaimanakah caranya.
Jawapannya:
Ramai di antara peserta kami yang memang sudah ada blog.  Tetapi setelah sertai kelas asas blog dan membina blog baru mengikut format dan cara yang diajarkan di ABDR, mereka tidak menyangka sama sekali yang trafik ke blog baru mereka naik lebih cepat berbanding blog yang lama.  Blog lama tidak perlu diabaikan.  Masih boleh dimasukkan linknya ke dalam blog baru.
Baca juga ulasan peserta, seorang usahawan yang baru sedar tentang efektifnya pengaruh networking ABDR.

Sumber: http://norainidollah.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html
Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung.

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.


Bergabung bersama 700 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - - siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.
SMS/whatsapp: 013 383 7768

Tuesday, May 27, 2014

Rancang sebagai langkah persediaan

Teks: Aishah Hussein

Anak-anak ada acara Hari Guru.
Saya men'cutikan' diri saya dari aktiviti terapi sudah seminggu lebih.  Bagus sekali.
Tidak mengapa lutut sakit, kembalikan kepada Allah. Redha dan ikhlaskan kerana itu pilihan kita.
Hari ini. Cuba untuk kuatkan diri pergi ke tempat rawatan.  Moga berjaya dan diizinkan Allah.

Hari ni cadangnya dengan angah nak masak nasi lemak lauk sotong untuk dinner.  Awal pagi lagi sudah merancang. Sangat bagus untuk suri yang sibuk, rancang dari awal apa nak masak supaya senang siapkan bahan-bahan.  Tidak lah bila hendak masak baru nak suruh suami belikan barang apa yang tidak ada.

Selamat bercuti kepada rakan-rakan yang bercuti.
Yang bekerja, bekerja dengan hati yang tenang.  Lakukan kerana Allah dari hati bukan hanya di mulut.
Senyum sokmo barulah ada tanda-tanda hati itu tenang dan gembira :)
Selamat menyambut Israk Mikraj.

Monday, May 26, 2014

Kesyukuran berterusan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas ilmu yang diberikan selama 3 hari.  Ilmu bukan sahaja dari coach tetapi juga dari peserta.  Ilmu bukan datang secara terus tetapi datang dari pengalaman dan emosi peserta.  Ia bukan datang secara kebetulan tetapi direncanakan oleh Allah.

Syukur di atas setiap nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Syukur diberikan peluang untuk hidup sekali lagi pagi ini.
Ada yang tidur terus tidak bangun-bangun lagi.

Syukur Oksigen yang kita sedut diberi percuma.
Tiada bil yang dihantar ke rumah untuk dibayar.
Tidak perlu risau akan kenaikan kadar harga akan setiap tahun.

Syukur atas setiap pergerakan sendi-sendi yang Allah izinkan pagi ini.
Ada orang yang tidak dapat bergerak pagi ini kerana kekejangan.
Terbaring di atas katil atau wheelchair mengharapkan bantuan orang lain.

Syukur atas rasa lapar dan keinginan untuk bersarapan pagi ini.
Kerana ada orang di luar sana yang tidak ada selera untuk makan walau telah dihidangkan makanan yang lazat-lazat di depan mata.

Ya Allah. Nikmat apa lagi yang kami tidak puashati.
Nikmat yang mana lagi yang kami mahukan untuk kembali kepada fitrah MU.
Syukur. Redha. Ikhlas menerima.
Terima kasih Allah

Sunday, May 25, 2014

Ulasan Kelas asas blog - Azlina bt Zabha

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Setahun lebih bebrlogging.  Blogging dengan matlamat.  Bukan setakat nak syok sendiri aje tetapi berkongsi ilmu.  Apa sahaja ilmu yang kita ada kita boleh tuliskan dan kongsikan bersama pembaca.  Apa yang kita tahu tidak semua orang tahu.  Jangan angap ilmu remeh temeh tidak perlu kita kongsi.  Kadang-kadang nak buat kari ayam pun ada yang tidak tahu.  Jadi kongsi lah di blog. ( Nak resipi kari ayam ada di sini ;) )

Ulasan pelajar kelas asas blog
Blog? Perlukah blog? Tidak cukupkah dengan kredibiliti yang ada pada media sosial?

Apabila ditanya, apa hobi saya? Saya akan pantas menjawab, "Blogging!"  Ya, jawapan paling pendek, blogging. Jika saya menjawab, "melayari internet", itu bukanlah jawapan yang baik sebab melayari internet merupakan suatu keperluan pada zaman ini, bukan lagi hobi. Apa kaitannya hobi blogging dengan melayari internet? Nanti saya ceritakan.

Jika dulu, saya gemar menulis blog yang bersandarkan isi hati, dan apa yang ditulis di dalam blog, semuanya seperti carca merba. Bercampur aduk. Darah muda mungkin. Menulis ikut sedap. Tulisan saya penuh dengan emosi. Pada masa itu, saya hanya rasakan keseronokan mempelajari sesuatu yang baru. Membina blog dan membuat entri-entri baru sekadar untuk suka-suka. Dulu blog saya seperti diari, tapi masih bertapis. Suka-duka semua saya kongsikan, Malah hampir semua perkara yang terlintas di fikiran, saya akan curahkan di blog lama saya.

Sehinggalah pada suatu masa saya merasakan, cukuplah sekadar suka-suka. Perasaan ini wujud selepas saya dipertemukan dengan Khairunnisa Hamzahara oleh suami saya sendiri. Kali pertama saya mengenalinya adalah sewaktu kami berdiskusi bagaimana untuk menghias dalaman rumah. Kami menjadi salah seorang klien beliau dan kami amat suka dengan rekaan 3D kabinet dapur yang dibuat olehnya. Terus kami jadikan ia sebagai panduan grafik untuk tukang buat kabinet rumah kami. Bila ada rekaan 3D, senang untuk pembuat kabinet membinanya mengikut selera kita. Khairunnisa Hamzahara juga seorang yang pemurah dan peramah. Beliau tidak lokek ilmu tentang senireka dalaman.

Itu cerita tentang guru online saya. Ya, dengan Khairunnisa Hamzahara saya berguru. Dia mengajar saya secara maya bagaimana untuk jadikan hobi blogging itu sebagai suatu yang benar-benar membawa kepada pembacanya. Bagaimana ingin memulakan suatu yang baru? Adakah perlu simpan yang lama, atau terus mulakan dengan blog yang serba-serbi baru? Entri dan bentuk penulisan bagaimanakah yang patut saya ketengahkan? Penggunaan bahasa yang bagaimana yang perlu saya gunakan? Perlukah pengkhususan dalam satu-satu blog? Atau perlukah saya "hantam sajalah" untuk tarik minat pembaca?

Menulis dan terus menulis. Satu persatu saya diajar dan diberi dorongan. Berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dalam kelas online kami di dalam Group Belajar Asas Blog (Guru Khairunnisa Hamzahara). Pengajaran asas blog secara online ini diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad.

Maka, lahirlah blog saya ini, yang bertajuk "Panduan Pengguna Kupas Kepis". Sebab saya gemar mengulas barangan yang saya gunakan, dan suka berkongsi pendapat tentang sesuatu barangan.

Semoga blog saya ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.
Sumber: http://azlinazabha.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-khairunnisa.html

Thursday, May 22, 2014

Ulasan Kelas asas blog dan penulisan kreatif - Siti Khatijah Diana

Teks: Aishah Hussein

Allahuakbar.  Dah 2 hari tak update entri di blog.  Sibuk mengalahkan menteri pula.  Sebenarnya banyak urusan di luar. Semalam satu hari kat luar. Jawab PM pun melalui telefon bimbit aje.  Mujur telefon bimbitku yang sudah liplap macam lampu raya itu masih memberi kerjasama.
Kadang-kadang saya terpaksa korbankan juga sesi terapi demi siapkan tugasan di rumah.  Minggu lepas pun hanya pergi sehari.  Minggu ini pergi dah kena perli dengan cikgu terapi, "hai lama cuti pergi mana".  Hihi senyum ajelah jawabnya.

Badan yang diberi Allah ini juga perlu dijaga.  Ia satu amanah.  tetapi tugasan saya sebagai guru online juga adalah satu amanah.  Bukan setakat ambil duit dan diam sahaja.  Moga allah memberi kekuatan fizikal dan rohani bagi saya meneruskan segala tanggungjawab.

Sementara itu baca perkongsian dari protege Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Sumber:http://ctkhatijahdiana.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-kreatif.html

Genap sudah 44 entri yang harus disiapkan sebagai syarat tamat kelas online ni. Tak silap saya, kelas ni didaftar pada hujung tahun lepas. Bulan disember. Baru lagi kan. Hehehe.

Pada awalnya, saya tak tergerak hati nak masuk. Mungkin sebab tak yakin. Tapi entah macam mana, semacam ada satu tarikan yang membuatkan saya masuk juga kelas ni. Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Hohoho. (maaf cikgu, ciplak. :p)

Awal-awal mendaftar, saya diberikan 4 e-book. Ebook antologi cerpen 2 buah, sebuah ebook tulisan Cik Puan Masayu, dan juga ebook tentang penulisan nukilan guru saya sendiri. Kebetulan saya menyertai kelas ni pada musim promosi. Dapatlah juga sebuah novel daripada seorang penulis yang juga salah seorang guru online kelas ini iaitu Cik Puan Monalita Mansor. Pendek kata, memang berbaloi sangat harga kelas yang ditawarkan dengan semua pakej yang saya dapat.

Di dalam kelas ni, saya telah diajar selok-belok dunia penulisan. Cikgu Mazlia menyediakan beberapa tugasan untuk disudahkan. Dari situ, beliau akan menegur segala kesalahan yang telah kita lakukan. Beliau juga akan memberi cadangan bagaimana untuk menggilapkan karya supaya menjadi lebih baik. Sejak menyertai kelas ni, saya juga dah tak lagi pandang remeh kesalahan kecil dalam setiap tulisan saya. Memang ia sangat membantu.

Bidang penulisan ni ada kalanya memang banyak cabaran dan dugaan. Itu memang saya tak dapat nafikan. Namun begitu, apabila saya berasa down dan tak ada semangat, beliaulah yang banyak memberikan nasihat dan dorongan. Beliau juga cepat memberi respons jika saya ada apa-apa soalan yang nak dikemukakan.

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati sebab dapat masuk kelas ni. Banyak ilmu tentang dunia penulisan yang telah saya pelajari. Cikgu saya juga banyak berkongsi pengalamannya dalam dunia penulisan. Sungguh saya sangat berbesar hati dapat mengenalinya.

========================================
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sekiranya berminat, hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

Monday, May 19, 2014

Pembayaran melalui Paypal

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Diberikan peluang oleh Allah untuk menggunakan akaun paypal yang telah saya buat dari tahun lepas lagi.  Kalau dulu saya hanya guna untuk membayar tetapi kini menerima pembayaran dari pelanggan.

Ilmu memasukkan sistem paypal ke dalam website ini saya belajar ketika hadir ke program HEARTS tahun lepas.  Cuma saya rasa pembeli dari Malaysia lebih suka menggunakan pemindahan wang secara online dari menggunakan paypal.

Apakah kelebihan paypal?
Pada  pandangan saya Paypal lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai pelanggan dari luar negara.  Pelanggan luar negara selalunya suka menggunakan pembelian menggunakan kad kredit, jadi dengan menggunakan paypal, sekuriti dan keselamatan segala informasi kad kredit mereka lebih terjamin.
Satu lagi sebab ialah apabila membuat pindahan wang melalui bank, cajnya adalah lebih mahal berbanding caj paypal terutamanya yang membeli produk luar dari negara mereka.  Itu menurut kata pelanggan saya semalam.

Apa keburukan paypal?
Saya tidak katakan keburukan cuma ada beberapa tidak kesesuaian untuk mereka yang membuat bisnes hanya dalam Malaysia.
Dari jumlah yang dibayar oleh pembeli, kita akan dikenakan bayaran proses.  Jadi adalah lebih baik kalian tambahkan caj ke atas harga produk jika pembeli ingin membayar menggunakan paypal.  Kalau tidak, nilai keuntungan yang kalian sepatutnya dapat akan susut sedikit dari nilai keuntungan yang dianggarkan.

Satu yang tidak disukai oleh pengusaha bisnes ialah tidak dapat mengeluarkan wang yang dibayar sesuka hati.
Apabila pelanggan membuat bayaran kepada kita melalui paypal, duit yang dibayar ada kemungkinan lebih baik dibiarkan di situ dahulu sehingga cukup atau melebihi RM400.  Ini adalah kerana syarat yang diletakkan oleh paypal bagi pengeluaran wang ke bank di Malaysia:
- sekiranya jumlah wang kurang dari RM400, kita akan dikenakan caj pengeluaran tetapi andai lebih dari RM400 tiada caj akan dikenakan.

Tetapi jika kalian memang menggunakan paypal sebagai tempat bayaran ia tidak menjadi masalah kerana semua bayaran sudah tentu masuk ke situ.  Kumpul duit semua di situ dan keluarkan apabila hujung bulan sahaja.  Kebaikannya kita akan menjadi lebih disiplin.  Duit bisnes kita tidak akan terusik.

Ok nanti saya akan sambung lagi cerita tentang PAYPAL. Mata sudah mengantuk pula.
Saya juga masih belajar.  Setiap pengalaman baru adalah ilmu bagi saya dan saya kongsikan kepada mereka yang ingin tahu .

Sunday, May 18, 2014

Tempahan "Blog Header"

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam seharian di luar memenuhi jemputan kenduri.  Pagi ini baru dapat masuk ke SOHO.
Seperti yang saya janjikan kepada Sue, saya ingin mempromosikan perkhidmatan membuat "header" untuk blog.  Bukan. Bukan saya yang buat.  Tetapi Sue Haida yang buatkan untuk saya.

Si Along komen comel, "sweet" aje.  
Saya tak kembang sebab bukan saya yang buat pun ;)

Yang berminat nak tempah "header" blog boleh hubungi Sue Haida
Email : sue_546@yahoo.com
No telefon : 012-722 3482
Facebook : SueHaida1986
Alamat Blog : Sue Suka Susun

Boleh singgah di blog Sue untuk lihat beberapa "header" yang Su telah hasilkan.

Ini antara contoh bisnes yang boleh dilakukan di rumah sahaja.  Kepakaran ada, kembangkan melalui online.  Untuk PROMOSI, hubungi beberapa prospek dan berikan percuma dahulu.  Kemudian prospek ini akan membantu PROMO secara PERCUMA untuk bisnes kita.  Tidak perlu keluarkan banyak belanja untuk permulaan.  Apabila orang sudah lihat hasil kerja kita, orang tidak teragak-agak untuk tempah.  Itu salah satu cara.

Di ABDR sahaja ada hampir 700 blog, peluang untuk Sue mendapat tempahan sangat tinggi.  700 itu hanya blog utama, belum masuk blog kedua dan ketiga dan seterusnya.  Begitu juga dengan iklan di SOHO directory, apabila kalian iklan di situ, link SOHO akan berada di blog kalangan peserta ABDR.  Itu antara cara untuk menarik trafik ke blog dan bisnes kalian.

Apa-apa pun, kalau tiada blog macam mana nak tempah "header" blog kan ;)

Jom belajar bina blog bersama ABDR terlebih dahulu.  Lepas itu, nak buat berapa banyak blog pun sudah tidak ada masalah.


Ini antara 2 kelas yang sangat banyak pesertanya:

1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Ini antara perkhidmatan yang Akademi Bekerja di Rumah tawarkan:
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- Bengkel offline yang terkini 14 Jun 2014
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog

Sekiranya berminat, hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768

Thursday, May 15, 2014

Potluck dan reunion

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.
Selasa lepas, saya dan beberapa rakan satu universiti membuat perjumpaan.  Ada yang sudah bertahun tidak berjumpa, ada yang pernah berjumpa beberapa bulan lepas. Untuk memudahkan semua pihak, kami membuat keputusan untuk buat "potluck".  Jadi masing-masing membawa sedikit juadah.  Tuan rumah hanya sediakan BBQ dan nasi goreng memandangkan perjumpaan diadakan waktu makan tengahari.

Saya pula hanya bawa "Baked Macaroni"(resipinya ada di sini) dan "Cream Puff"(yang ini atas permintaan sahabat).  Apa yang penting sebenarnya bukan makanan (walaupun makan banyak hari tu) tetapi momen bersama rakan-rakan itu yang lebih utama.  Bukan senang untuk berkumpul.  Merancang untuk berjumpa ini juga mengambil masa setahun.  Moga selepas ini dapat berkumpul di dalam kumpulan yang lebih besar, inshaallah.

Momi dan auntie


Tim BBQ
Ibu-ibu dan bapa-bapa semua hendak bergossip.  Anak-anak yang bakar ayam dan sosej di luar.


Maaf lah, ayam BBQ saya pun masuk dalam foto. Ayam tu memang sedap, resipi semua disediakan oleh anak bujang tuan rumah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...