Friday, April 19, 2013

Buat sendiri Pizza

Teks: Aishah Hussein

Kadang-kadang tekak Melayu kita ni terasa juga nak makan makanan barat.  Lebih-lebih lagi anak-anak.  Nampak aje iklan kat TV terus ajak nak pergi ke Pizza Hut atupun Domino.

Apa kata kali kita buat sendir aje piza.  Alamak susah lah nak buat doh tu.  Nak kena ada pengadun roti la pulak.  Nak uli tangan malas.

Sekarang kan semua dah ada produk sejuk beku.  Jadi pergilah beli doh base piza yang sudah siap di kedai bakeri atau pun di pasaraya-pasaraya.  Bahan ini boleh dibeli dan disimpan untuk beberapa hari didalam petisejuk.

figjamandlimecordial.com

Di sini saya akan berkongsi resipi sos pizza yang mudah.  Kalau nak ikut resipi yang asal banyak lagi lah bahannya.  Nak kena buka buku resipi dalam peti besi pulak.  Tapi setakat nak lepaskan rasa mengidam dan nak cepat dan mudah, boleh lah guna resipi ni.

Daripada membeli pizza yang sudah siap diletakkan topping, saya rasa lebih puas makan yang dibuat sendiri topping dan sos.  Anak-anak pun boleh tolong sama-sama membantu meletakkan pilihan topping mereka.

Pizza

Bahan-bahan:
Base pizza

Sos:
Bawang putih dihiris ditumbuk kasar
Pes Tomato
Serbuk Oregano
Cili sos {abaikan jika tidak suka}
Serbik Lada Hitam
Serbuk Lada Putih
Garam

Topping/hiasan
Cili benggala
Cili merah
Cendawan butang
Hirisan Ayam/ Sosej
*  Untuk hiasan terpulang kepada selera masing-masing
 Cheese Mozarella
Cheese Cheddar

Cara-caranya:
1.  Panaskan kuali.
2.  Letak minyak sedikit dan tumis sebahagian bawang putih.
3.  Masukkkan ayam.  Goreng sehingga isi ayam sudah berwarna putih.  Tidak perlu sampai garing.
4.  Jika kalian menggunakan cendawan butang mentang, boleh juga digoreng bersama ayam tadi.
  
Sos
1.   Masukkan bawang putih, pes tomato, cili sos sedikit, serbuk lada hitam dan putih.
2.   Bila sudah menggelegak, masukkan garam dan oregano.
3. Biarkan sebentar dan tutup api.

Penyediaan pizza.
1.  Panaskan oven ke suhu 180C.
2.  Base pizza tadi diletakkan ke dalam pan pizza.  Kalau tak ada, guna tudung periuk pun boleh.
3.  Sapukan sos pizza tadi di atas doh.
4.  Taburkan sayur, ayam mengikut selera masing-masing.
5.  Tabur kedua-dua jenis cheese.
6.  Bakar pizza selama 20-30 minit atau sehingga masak bahagian atas.


Bersih 1.0 - 19.04.13

Teks:  Aishah Hussein

Semoga hari ini semua pembaca lebih bersemangat untuk bekerja, tak kira di rumah atau di ofis.

Esok sudah mula hujung minggu ye.

Hari ini saya nak melakukan pembersihan beberapa bahagian rumah.  Nak buat semua memang tak larat.  Esok boleh sambung lagi spring cleaning tetapi mana-mana bahagian yang memerlukan bantuan dan tenaga lelaki.

Semoga kita sama-sama dapat menjalankan tugas kita sebagai suri rumah dengan jayanya.

           Sudah diterbitkan.  Dapatkan di Buku Online dan http://buku-online4u.blogspot.com/


Thursday, April 18, 2013

Bercucuk tanam untuk bekalan bahan mentah

Teks : Aishah Hussein

Pagi tadi saya ke belakang rumah untuk memeriksa kebun kecil saya.  Sebulan sebelum berhenti kerja, saya terlalu sibuk sehinggakan saya tidak begitu membelai semua tanaman saya.  Walaupun setiap hari saya menyiram pokok-pokok namun tiada langsung sentuhan kepada pokok-pokok sayur itu.

Jika dulu pokok cili ada sahaja bunga yang keluar.  Sekarang tinggal dahan-dahan pokok tidak berdaun.  Limau kasturi juga sudah tidak berbunga.
Pokok Cili, pokok Ulam Raja di sebelahnya, Pokok Limau Purut di belakang

Walaubagaimanapun, saya akan cuba perbaiki hubungan saya dengan pokok-pokok ini mulai hari ini.

Sebenarnya, apa yang ingin saya seru di sini ialah marilah cuba untuk menanam pokok-pokok sayur dan ulam-ulaman di sekitar kawasan rumah.  Jika kawasan rumah tiada tanah untuk bercucuk tanam, kita boleh menanam di dalam pasu.  Jadi rumah apartment bukan satu alasan untuk tidak bercucuk tanam.

Pokok yang saya rasa memang patut ditanam di kawasan rumah ialah seperti daun kesum, serai, daun pandan, halia, limau purut, bawang, kucai dan kunyit.  Semua bahan ini memang lah kita boleh dapatkan di pasar tani atau pasar malam, tetapi ia selalunya dijual dalam kuantiti yang banyak.  Kadang-kadang, kita hanya perlukan 2-3 helai daun pandan ataupun limau purut.  Bila kita beli dengan kuantiti yang banyak, akhirnya baki daun-daun tersebut lama-lama akan dibuang kerana layu dan busuk jika tidak tahu cara untuk menyimpannya.

Apabila kita menanam sendiri, setiap kali kita ingin menggunakan bahan tersebut, hanya perlu pergi ke belakang rumah dan petik sahaja jumlah yang kita ingin gunakan.  Dengan ini, stok bahan mentah sentiasa dekat dengan dapur  kita.  Tak perlulah tiap kali nak masak nak kena berlari ke kedai membeli daun kunyit.  Bukankah itu mudah dan sihat.  Banyak penjimatan wang lagi.

Bila kita menanam sendiri sudah tentulah kita tidak akan menggnakan racun serangga yang menggunakan bahan kimia.  Jadi sayur yang kita tanam sendiri adalah sayur yang paling selamat dimakan.  Ini juga baik bagi kesihatan kita.


Pokok halia, kucai, kunyit,daun pandan dan daun pudina,

Daun ulam (saya tak tahu namanya tetapi khasiatnya baik untuk orang yang mengidap darah tinggi)

 Jadi marilah kita mula bercucuk tanam pokok-pokok di sekiling rumah kita.   Kalau tak tahu cara boleh tinjau di internet.  Ataupun boleh aje tanya kepada saya.  Saya pun bukanlah berpengalaman tetapi sekadar berkongsi apa yang tahu.  








Temuramah Selebriti

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi PTS dan koleksi sendiri

Jumaat lepas, saya telah berpeluang untuk menemuramah secara offline seorang selebriti yang sedang naik namanya.  Ketika saya baru sahaja melabuhkan mula duduk di sebelah beliau, yang terkeluar dari mulutnya adalah "saya bukan seorang chef".   Sedangkan sudah banyak terpampang di kulit buku-bukunya perkataan Chef Hanieliza.  Ya, itulah gerangan selebriti yang saya temui minggu lepas.


Saya sebenarnya sudah lama mengenali beliau dari jauh.  Walaupun saya tidak pernah bersua muka dan bertegur sapa, tetapi saya adalah, bak kata orang sekarang, "follower" beliau sejak dia aktif di forum cari.com.  Banyak lah resipi dan tips yang beliau kongsi di forum tersebut yang menjadi panduan buat ahli forum bahagian Makanan dan Resipi.  Ini adalah di sekitar tahun 2003.

Saya memang sangat teruja untuk bertemu dengan beliau.  Ketika saya menghubungi beliau untuk temuramah online, beliau memang terus bersetuju untuk bekerjasama.  Ketika itu juga beliau menyatakan akan berada di Kuala Lumpur, jadi dia mencadangkan saya untuk terus berjumpa beliau di rumah anaknya.

Pucuk dicita ulam mendatang.  Siapa sangka saya dapat berjumpa dengan Kak Liza (gelaran kepada beliau di forum cari) secara bersemuka.

Sedikit sejarah tentang beliau.

Beliau bermula hanya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.  Tidak pernah terfikir oleh beliau akan menerbitkan buku-buku resipi seperti sekarang.  Siapa sangka, niat ikhlas beliau hanya untuk berkongsi resipi dengan sahabat-sahabat di forum telah bertukar menjadi pendapatan buat beliau sekarang.

Beliau memang tidak pernah bekerja.  Tugas beliau hanya memasak dan menjaga anak-anak sepenuh masa.  Bila ada masa lapang, beliau akan melayari forum seperti forum cari dan melayu.com.  Di situlah beliau berkongsi resipi yang beliau masak untuk keluarga.  Setiap resipi baru yang dicuba akan dikongsikan di forum.  Selepas itu dia membina fotopages dan semua koleksi resipi ini dimuatkan di sini.  Sehingga sekarang laman fotopages tersebut masih wujud dan aktif.

Ketika saya berjumpa dengan beliau, saya cukup dapat rasakan jiwa keibuan yang hadir dalam dirinya.  Setiap apa yang dia tuturkan semuanya berbalik kepada keluarganya.  Semua pengorbanan beliau untuk memasak dan menghidang makanan untuk keluarga telah diganti oleh Allah dengan rezeki yang lebih berlipat kali ganda.  Antara koleksi buku resipi Kak Liza adalah:













Memang saya cukup kagum dengan semangat beliau.  Walaupun sudah bercucu beliau masih lagi aktif mengadakan kelas-kelas memasak di kolej-kolej.  Kadang-kadang datang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan demo bersama penerbit buku atau pun rancangan masakan di TV.

Dan kini beliau sibuk mempromosikan koleksi buku beliau yang paling laris di pasaran, 1 hari 1 Resipi, 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza.  Buku ini memang antara buku yang terlaris di mana jualannya sudah mencecah hingga lebih 100,000 naskah.  Buku ini hanya boleh didapati di kedai buku Popular.


Kini beliau tampil dengan koleksi buku baru beliau iaitu siri Resipi Warisan.  Buku ini menampilkan resipi turun-temurun dan sesuai untuk kaum hawa yang mahukan kelainan untuk hidangan keluarga.

Harapan dan matlamat beliau sekarang adalah  menghasilkan buku resipi yang ringkas dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat, terutama mereka yang baru mula belajar masak. 

Semalam, beliau telah menghantar pesanan whatsapp kepada saya, bahawa beliau akan muncul di TV Hijrah dalam Segmen Soal Wanita jam 12-1 petang, 20 April 2013.  Nantikan kemunculannya di TV Hijrah.


~ Catatan Harian 18.04.13

Wednesday, April 17, 2013

Hari terakhir rawatan - 17.04.13

Teks: Aishah Hussein

Bersiaran dari bilik terapi.  Zaman canggih sekarang.  Di mana sahaja boleh bersiaran.  Janji ada peralatan.

 Temujanji terapi lambat sedikit.  Jadi sempat bersarapan di luar bersama suami.  Hari ini adalah hari terakhir rawatan.  Moga selepas ini dapat mulakan kembali aktiviti mengambil oder brownies.

Bulan Jun nanti juga ada 'kembar' saya dari Saudi sudah berhasrat untuk menempah cookies untuk doorgift.  Mudah-mudahan dipermudahkan Allah hendaknya.

Tuesday, April 16, 2013

Resipi Kuah Ikan Singgang

Teks: Aishah

Satu lagi resipi yang mudah dan sihat untuk saya kongsikan dengan suri rumah.  Resipi ini sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk sediakan makan malam.


Kuah Ikan Singgang ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang.  Ikan yang digunakan biarlah ikan yang sesuai dengan ibu dalam pantang. Kita boleh lebihkan bawang putih, halia dan kunyit dan kecualikan cili api.  Dimakan bersama nasi panas, memang sedap.

Kalau anak-anak saya, kuah singgang ini mereka makan bersama nasi bubur.

Kuah Ikan Singgang

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri {boleh gunakan ikan lain}
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Bawang Merah dihiris
Kunyit Hidup dihiris
Lengkuas 
2 Asam keping
Cili padi {ikut selera masing-masing}
Serai
Garam

Cara-caranya:
1.  Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lengkuas ke dalam periuk yang berisi air.
2.     Bila air telah menggelegak, masukkan kepingan ikan.
3.     Masukkan asam keping dan tambah garam secukup rasa.
4.     Masukkan serai dan cili padi dan biarkan sehingga ikan masak.


Dapatkan pakej ebook di atas dari Buku Online dan di blog http://buku-online4u.blogspot.com/

Kerja tertangguh- 16.04.13


Teks: Aishah Hussein

Hari ini meneruskan rawatan fisioterapi yang masih berbaki.  Jadi semua tugasan akan tertangguh ke sebelah petang.  Macam-macam jenis cadangan dari sahabat handai sebagai amalan untuk menyembuhkan dan meredakan penyakit ini.  Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada saya untuk memilih yang mana betul-betul serasi.  Terima kasih Allah atas dugaanMU.















Ensiklopedia Solat  dan  Al-Quran Digital Al-iman.  Sesuai dijadikan hadiah.
Dapatkan  di Buku Online

Monday, April 15, 2013

Seminggu sebagai WAHM - 15.04.13

Teks: Aishah Hussein

Sudah seminggu rupanya saya menjadi WAHM.  Masih baru lagi untuk saya memberi komen untuk kehidupan baru saya ini.  Cuma perbezaan yang ketara antara kehidupan dulu dan sekarang ialah masa. 

Masa 24 jam itu seolah-olah tidak cukup buat saya.  Minggu ini saya bercadang untuk membuat senarai semak untuk segala tugasan saya.  Kalau tak memang tak tahu nak buat mana satu.  Semua nak buat, akhirnya terbengkalai.  Mana nak kejar ambil anak, nak berkemas rumah dan nak selesaikan tugasan ebook.

Dan sekarang sudah tambah skop menjadi guru online.  Alhamdulillah.  Terima kasih Allah dan juga Puan Masayu kerana memberi kepercayaan kepada saya.  Moga jadual waktu saya semakin bertambah teratur hendaknya.

 
 Kelas Asas blog masih dibuka.
Sila daftar di http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...