Monday, November 4, 2013

Bola menggamit nostalgia

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah pagi Isnin yang hebat.  Bagi yang berpuasa sunat hari ini, tahniah.
Hari ini sarapan biskut kering cicah kopi sahaja.  Yang lain sambung tidur terus selepas Subuh. Walaupun sampai agak lewat juga dari Perak tetapi sempat juga melihat kemenangan Pahang :)  Saya tidak begitu menghogoh "bolo" tetapi tumpang gembira kerana pasukan negeri saya menang setelah sekian lama tidak memegang Piala Malaysia.

Setiap kali musim bola, nostalgia menggamit saya ke memori ketika kecil.  Rumah berhampiran dengan Stadium Darul Makmur.  Jika musim bola, rumah kami memang diterangi dengan lampu spotlight dari stadium.  Sorakan penonton di stadium juga kedengaran sampai ke rumah.

Masa kecil dahulu kala, bermain dengan rakan-rakan kampung di sekitar stadium.  Berlari-lari di tangga stadium, kadang-kadang hanya di keliling stadium berkejar-kejar.  Masih saya ingat di situ ada kedai roti apek Cina.  Dahulu mana ada kaum bumiputera yang menjual roti.  Roti buku putih seperti roti gardenia panas-panas keluar oven terus dipotong di situ.  Ketika itu rasa sangat menakjubkan dapat melihat mesin memotong roti.

Sebenarnya di stadium ini juga adalah tempat kami sekeluarga mencari pendapatan tambahan.  Setiap kali musim bola, arwah emak dan kakak ipar akan berniaga di situ.  Jadual bola memang tahu lah waktu itu.  Kalau pasukan yang bagus main memang untung banyak berjual di situ. Mula-mula emak dan kakak ipar berniaga bersama, apabila sudah ada modal lebih sikit, barulah emak dan kakak berniaga berasingan.

Jika perlawanan bola diadakan pada malam Sabtu, Jumaat malam kami akan mengusung meja ke stadium.  Bukan meja lipat seperti yang orang berniaga tu tetapi meja makan yang besar.  Kalau abang ada, arwah emak akan mengusung dengan abang.  Jika abang bekerja malam, saya dan emak akan mengusung berdua.  Oleh kerana ketika itu saya baru darjah 5, ketinggian yang tidak sama dengan emak membuatkan kami berhenti-henti juga sepanjang perjalanan.  Tidak jauh, mungkin dalam 5-7 minit jika berjalan dengan laju.  Tetapi dengan saya mungkin mengambil masa sedikit.  Yang paling mengerikan bagi saya ketika itu ialah terpaksa menyeberangi longkang besar dan dihubungi dengan batang kayu yang melendut.  Setiap kali lalu berdebar-debar.  Pengalaman yang mengerikan tetapi menyeronokkan.  Saat yang dinanti-nantikan untuk keluar malam mengangkat meja.

Sampai di lokasi, meja kami biarkan sahaja.  Itu sebagai penanda tempat itu sudah ditempah oleh kami.  Kalau lah ada orang curi meja kami, memang tiada meja makan lah kami di rumah nanti. Ketika itu boleh bilang aje peniaga yang berniaga.  Esok petang selesai masak, sekitar lepas asar kami sudah mula mengangkut makanan yang sudah dimasak.  Yang ringan-ringan bawa dengan basikal, jika yang berat diusung dengan tangan berdua. Antaranya mee goreng, mihun goreng, mee kari, karipap, tauhu sumbat dan lain-lain.  Tauhu sumbat itu ketika saya sudah Tingkatan 1 saya sudah buat sendiri dan untung dari jualan adalah saya punya.  Itu sebagai upah :)

Mula-mula menjual makanan untuk dibungkus sahaja.  Lama-lama sudah ada modal beli meja lipat dan kerusi, pelanggan sudah boleh duduk makan di situ.  Air juga kami kami sudah mula jual.  Bila guna meja lipat, sudah boleh usung dengan basikal sahaja.  Letak atas basikal dan tolak. Abang akan usung satu, seorang lagi tolak atas basikal.

Subhanallah. Terlalu banyak kenangan jika ingin dikenang kembali.  Ada kenangan pahit dan manis tetapi bila dipandang ke belakang kita boleh tersenyum.   Kenangan itulah yang mengajar erti kehidupan kepada kita sebenarnya.


Itu berniaga makanan zaman dahulu.  Sekarang jika ingin lebih mudah, boleh melalui internet.  Mulakan dengan apa yang ada juga.  Masak di rumah tetapi tidak perlu keluar rumah.  Ambil tempahan melalui online dan buat mengikut apa yang orang tempah.  Lebih selamat bagi yang kurang modal.

Bina blog modal percuma.  Buat fanpage facebook juga percuma.  Modal hanya beli laptop dan sewa talian internet atau broadband.  Sudah cukup untuk permulaan.  Apabila sudah ada modal lebih, boleh membeli gajet yang lebih canggih dan hadiri kursus pemasaran untuk menambaik pemasaran produk kita.

Bagi yang tidak minat memasak, boleh mulakan dengan produk dropship.

Boleh PM saya Aishah Hussein untuk mendaftar di kelas asas blogdan fanpage.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Saturday, November 2, 2013

Tiada yang lebih penting dari sokongan suami dan keluarga

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan




Membuat kek ialah minat saya sejak sekolah rendah. Ia mungkin kerana saya sering menemani ibu ketika ibu membuat kerja-kerja membuat bakeri.  Selepas mendapat keputusan PMR, ibu haidahkan saya sebuah oven. Agak pelik untuk hadiah kecemerlangan peperiksaan kan? 

Saya mula mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari ibu saudara, kakak dan jiran. Selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah, saya berkahwin dan suami meminta saya berhenti kerja untuk mengikutnya ke Jepun. Setiap kali ada perjumpaan dengan kawan-kawan saya akan membawa kek. Kawan-kawan juga sudah mula meminta saya membuat kek untuk mereka. 

Apablia kami pulang ke Malaysia, saya masih meminati dengan bakeri.  Suatu hari suami saya bergurau  "apa kata kalau awak jual kek yang awak buat, biar saya jadi pembeli pertama". Sejak itu, saya terus mewar-warkan kepada kawan-kawan saya. Agak malu pada mulanya, tetapi saya berpegang kepada kata-kata ayah saya, kalau malu sampai bila? 


Saya pernah berjanji, tidak akan keluar bekerja. Syarat suami saya ialah kalau hendak bekerja, biarlah dari rumah dan berada bersama dengan anak-anak.  Cabaran terbesar pastilah anak-anak saya. Bukan mengatakan mereka satu beban tetapi cuma kekangan masa. Waktu untuk memasak, bekerja dan perhatian untuk keluarga.  Syukur sangat-sangat kerana ibubapa dan adik beradik saya sangat menyokong.  Tetapi, mertua agak skeptikal dan memandang rendah kepada apa yang saya lakukan ini. Pada mereka, bekerja sendiri tiada arah tujuannya.
Pengalaman manis ialah apabila seorang pelakon meminta saya membuat kek harijadi untuk anaknya. Beliau pernah merasa kek buatan saya yang ditempah oleh seorang kawan saya yang bekerja di sebuah production house. Dan beliau telah mempromosikan kek saya kepada kawan-kawan beliau pula. Alhamdulillah.

Pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika seorang rakan rapat yang juga berniaga, tiba-tiba mendakwa  bahawa saya meniru ideanya. Maka kawan-kawan yang lain juga menjauhkan diri dan tidak menempah dari saya, sehinggala seorang rakan lain berani bertanya kepada saya. Ia hanyalah cabaran biasa bagi peniaga kecil sebenarnya, tetapi ia mengajar saya untuk tidak meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada orang lain.

Saya bercita-cita suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kafe. Target saya berkala sebenarnya. Dahulu saya sekadar meletakkan target 3 biji kek seminggu. Kini alhamdulillah seminggu sekurang-kurangnya 10 tempahan. Jarang kita jumpa kafe milik melayu Islam yang menjual cheesecake dan juga brownies.  Jika hendak kek sebegini, sentiasa ke Secret Recipes. Jadi saya mahu menjadi pencabar mereka. 

Kini saya mempunyai Facebook Page (Luscious Brownies & Cakes) dan pada waktu yang sama, saya juga mempromosikan kek melalui kawan-kawan, guru-guru sekolah anak-anak saya, rakan-rakan pejabat suami dan adik beradik saya. Pemasaran dari mulut ke mulut adalah sangat membantu. 



Friday, November 1, 2013

November yang hebat, melangkah terus

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah Jumaat yang indah untuk permulaan bulan November.  Terima kasih juga kepada Allah kerana saya dapat membantu suri rumah yang ingin bekerja dari rumah di samping berada bersama anak-anak.  Tiada yang lebih bernilai kerana dapat membantu mereka menyiapkan platform untuk terus maju selangkah ke hadapan dengan matlamat yang lebih besar bagi tahun 2014.

Mereka yang mendaftar di kelas saya semuanya dari latarbelakang yang hebat.  Itulah uniknya Akademi bekerja di Rumah ini.  Di sini berkumpul semua peserta yang berkongsi pelbagai kepakaran dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan oleh pembaca di luar sana.  Itu yang pembaca mahukan, ilmu dan panduan bagi menyelesaikan masalah mereka.  Kita sebagai penulis blog inshaallah akan mendapat ganjaran dan saham di akhirat nanti.

Dua peserta kelas saya Saniah Mat Sanat dan Monalita Mansor kini melangkah setapak menjadi pembantu kelas, ini antara peluang yang ditawarkan selepas tamat belajar dari kelas asas blog.  Bagi yang rajin mengemaskini blog dengan penulisan yang menarik, tidak hairan jika satu hari nanti kalian akan menjadi kolumnis di majalah, seperti dua orang peserta kami Ahikin Hashim dan Khairunnisa.  Itu bukan janji kami tetapi di atas usaha sendiri, rajin menulis dan berkongsi.

Jika anda seorang yang rajin menulis dan suka membantu pembaca dengan pelbagai panduan,
PM saya Aishah Hussein untuk mendaftar di kelas asas blog dan penulisan.



Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein


2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Thursday, October 31, 2013

Rujuk kepada DIA sebelum melangkah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Terima kasih Allah masih memberi nafas kepada saya dan masih mampu untuk terus menulis di blog.

Terima kasih juga kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk bekerja di rumah.  Dengan suasana yang selesa dan masa yang fleksibel.  Bertahun juga saya memohon petunjuk dari "CEO" untuk menghantar surat perletakan jawatan.  Tiada kekuatan dalam diri ini.  Ketika itu pergantungan saya lebih kepada material.  Cukup ke duit saya nak bayar hutang.  Cukup ke seorang sahaja yang bekerja.  Belum betul-betul berserah kepada Allah.  Walaupun mulut kata saya percaya Allah ada tetapi saya sebenarnya belum betul-betul berserah.

Apabila keadaan saya memang sudah betul-betul tidak larat untuk mengimbangi tugas di rumah dan pejabat, ketika itulah saya betul-betul berserah diri saya kepada Allah.  Setiap hari saya memohon petunjuk dan mohon dipermudahkan urusan saya.  Ketika itu Allah buka kan jalan untuk saya menjalankan bisnes online.   Ketika saya hendak menghantar surat perletakan jawatan juga saya masih merujuk kepada Allah akan tarikh yang betul.  Alhamdulillah, memang terasa tenang jika kita betul-betul berserah kepada Allah untuk membuat keputusan.  Syukur juga ketika itu saya sudah tidak ada hutang rumah dan kereta.  Bagai disusun cantik jalan untuk saya ke arah menjadi WAHM.  Ya saya masih lagi baru dalam bidang ini.  Saya baru mula untuk menanam pokok-pokok dan membuat landskap di tepi-tepi jalan sambil mencari kayu-kayu yang kukuh bagi membina pondok yang kecil untuk kami sekeluarga hidup bahagia bukan di dunia sahaja tetapi juga di akhirat kelak.



Bagi yang pm dan bertanya bagaimana hendak mula bisnes.  Tidak tahu hendak buat apa bila sudah duduk di rumah nanti.  Saya nasihatkan pohon petunjuk dari Allah.  Istikarah dan betul-betul berserah.  Jika niat kita ikhlas untuk bersama keluarga, inshaallah DIA akan tunjuk jalan kepada kita.


Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Monday, October 28, 2013

Bercucuk tanam sebagai terapi jiwa

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Cuaca terang benderang hari ini setelah hujan seharian semalam.

Hari ini puasa ganti, lemau pula rasa badan.  Tetapi lemau-lemau pun sempat juga berkebun menanam bawang untuk dapatkan daun bawang.  Ini adalah satu lagi minat saya selain dari memasak.  Menanam sayur-sayuran.  Apatah lagi dengan harga barang yang sana sini sudah naik, memang elok kita bercucuk tanam untuk jimatkan duit belanja dapur.


Pagi semalam suruh si adik kutip sedikit limau kasturi dan sedikit cili api.  Masih ada lagi limau kasturi yang masih kecil di pokok.  Harapnya minggu depan sudah boleh kutip.


 Daun Pudina
Saya semai dari keratan batang.  Daun pudina memang jadi kegemaran keluarga.  Kami selalu gunakan untuk dimasukkan ke dalam teh O panas ataupun sebagai salad campur.  Pokok ini menjadi betul sekarang ini sebab duduk nya di bawah paip air, jadi memang selalu tersiram.  Dua pasu di belakang sudah mati.  Cadangnya hendak cambahkan ke dalam dua pasu lagi supaya stok selalu ada aje di rumah.

Pokok Malabar Merah (Masih mencari resipi untuk masak).  
Yang ini saya tanam melalui keratan batang sahaja.  Hidup menjalar, saya tanam dalam bekas mandi anak yang sudah pecah :)  Memang menjadi betul pokok ini cuma tunggu masa untuk mencuba.  Tidak pernah rasa lagi, beli keratan sebab seronok tengok gambar.  Insyaallah akan dicuba untuk masakan.


Anak Sweet Basil.
Saya rasa umurnya dalam 3 minggu.  Tunggu masa untuk dialih ke dalam 'rumah" yang lebih besar.  Ini saya semai benih dalam kotak susu dutch lady yang saya kerat dua dan ditebuk lubang di bahagian bawah.  Saya letakkan dalam bekas aiskrim dan tuang kan air di dalamnya.  Biji benih basil cepat hidup jika disemai dengan cara begini.  Dengan cara ini benih basil sentiasa mendapat bekalan air, jadi kita tidak perlu risau jika terlupa menyiram semaian.

Baru tadi menyemai benih ketumbar.  Ini masih lagi tidak berjaya.  Yang paling besar hanya 2 inci besar tetapi selepas dialih mati.  Esok bercadang untuk menyemai sawi dan kailan.  Jika pandai merancang waktu menyemai, bekalan sayur tidak putus di rumah kita.

Mari kita bercucuk tanam di rumah.  Kalau tiada tanah, tanam dalam pasu, baldi yang sudah pecah atau periuk yang sudah bocor.  Apabila pokok-pokok itu membesar, ia bukan sahaja menjadi makanan kita tetapi juga menjadi terapi kepada jiwa kita.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com



Sunday, October 27, 2013

Pengurusan masa menentukan mutu hasil kerja

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan





Selepas mendirikan rumahtangga, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana menjaga ibu dan arwah bapa yang sakit.  Setelah lama hanya duduk di rumah, saya mula rasa bosan tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa.   Saya rasa tidak produktif.

Asalnya saya memang tidak pandai baking, tetapi minat yang mendalam dalam bidang ni membuatkan saya mula mencari tutorial mengenai baking dan belajar secara online. Dengan cara 'hands on', saya belajar dan menimba pengalaman secara 'trial dan error'.

Peluang bisnes bermula pada tahun lepas, apabila saya membuat kek harijadi untuk anak saudara. Ramai yang mula bertanya dan ingin membuat tempahan kek dengan saya. Pada September 2012, saya mula berniaga secara online setelah mendapat keyakinan untuk mula menghias kek tempahan dengan dekorasi fondant dan aising.

Saya sangat bersyukur kerana suami menjadi tulang belakang dan bersedia memberi bantuan tidak kira masa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini kami sekeluarga sedang menanti kehadiran cahayamata yang pertama, suami lah yang akan membantu apabila saya tidak sihat. Setiap kali menerima tempahan, suami akan menolong membuat design template kek dengan menggunakan komputer (kadang kala, design seperti watak animasi perlu ditukar skala mengikut saiz kek yang ditempah).

Pembahagian masa adalah lebih fleksibel berbanding semasa bekerja di pejabat. Dengan bekerja di rumah, saya dapat meluangkan masa bersama suami disamping menjaga ibu yang uzur. Saya juga mempunyai lebih waktu untuk beribadat dan beramal. 

Cabaran yang saya hadapi sebagai baker hingga ke hari ini adalah terpaksa berdepan dengan permintaan yang terlalu tinggi dari sesetengah pelanggan. Oleh kerana saya tidak mempunyai kakitangan,  permintaan untuk tempahan kek yang memerlukan hiasan yang terlalu 'fancy'  sukar untuk saya siapkan. Kek juga tidak tahan lama, jadi setiap tempahan perlu disiapkan dalam  masa 2-3 hari sahaja sebelum hari penghantaran. Bermula dari peringkat membuat kek, persediaan untuk aising dan dekorasi menggunakan fondant, semuanya perlu disiapkan dalam masa tersebut.  Pengurusan masa itu sangat penting supaya kerja lebih teratur kerana ia akan mempengaruhi mutu dan hasil kerja.

Matlamat saya adalah untuk mewujudkan pasukan baking saya sendiri.  Inshaallah selepas itu saya akan mula mengambil tempahan kek perkahwinan bertingkat yang memerlukan tenaga pembantu yang lebih ramai.


Friday, October 25, 2013

Biarlah Allah menjadi Sales Promoterku

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, pagi Jumaat penuh barakoh.  Hujan renyai-renyai di luar.  Tinggal satu minggu lagi ke penghujung Oktober.  25 Oktober, selalunya kalau waktu  bekerja dulu tarikh inilah yang ditunggu-tunggu.  Sebab gaji nak masuk esok, kadang-kadang dah masuk waktu ni.

Tetapi sekarang ini, tidak perlu tunggu tarikh keramat.  Hari-hari adalah hari gaji, jika rajin berusaha.  Itulah nikmat mencari rezeki sekarang berbanding dulu.  Gaji dapat atas usaha sendiri. Dulu kalau usaha atau tidak usaha, gaji tetap masuk.  Sampai hujung bulan sudah beratur kat mesin ATM masuk kad keluar duit.  Tetapi sekarang tiada usaha tiada gaji.

Stres ke.  Inshaallah jika kita doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, janji Allah itu PASTI.  Bohong lah jika saya katakan peniaga online tidak stres.  Tetapi selagi kita letak pergantungan kita kepada Allah, yang negatif akan jadi positif.  Ceritakan kepada Allah segal-galanya, inshaallah Allah akan sentiasa membantu.

Sejak saya bisnes online banyak nikmat dan kejutan yang Allah berikan.  Kadang-kadang saya tidak buat promo di mana-mana pun tapi orang sms atau pm nak beli dan buat bayaran.   Buatlah iklan di mana-mana pun jika Allah tidak izinkan, tidak ada satu sales pun yang masuk.  Tetapi jika kita dahulukan hak Allah, inshaallah Allah berikan lebih banyak rezeki kepada kita.  Disamping berusaha, dekatkan diri dengan Allah dan berserah. Inshaallah DIA akan menjadi "sales promoter" anda.


Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.



Thursday, October 24, 2013

Paru Goreng Berjintan

Teks: Aishah Hussein

Bismillah

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah berikan.  Selamat berpuasa juga kepada yang berpeluang berpuasa sunat Khamis hari ini.

Takziah juga kepada mereka yang diberi ujian semalam.  Macam-macam berita sedih yang dipaparkan di wall facebook malam tadi.  Moga mereka yang diuji diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan.




Hari ini saya ingin berkongsi resipi yang saya masak semalam.  Alhamdulillah angah membantu di dapur semalam memotong paru dan daging.  Daging saya buat masak asas pedas dan paru digoreng berjintan.  Sememangnya tidak elok makan organ dalaman.  Saya sebenarnya jarang membeli organ dalaman, tetapi dek kerana telah diberi sewaktu majlis korban saya masakkan untuk keluarga.  Paru goreng bercili memang disukai anak-anak setiap kali membeli nasi lemak di luar.  Tetapi memandangkan ia tidak elok dimakan, saya jarang sangat membeli untuk masak sendiri.  Sudah rezeki anak-anak, dapatlah mereka merasa makan paru semalam (kesian along dapat tengok gambar aje).

Paru Goreng Berjintan
Bahan-bahan

1/2 kg Paru direbus
4 biji bawang putih - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
2 biji Bawang Besar dihiris bulat
Cili kering mesin
Jintan Manis
Kunyit
Garam

Cara-cara
1.  Paru yang telah direbus, dipotong nipis-nipis.
2.  Bawang putih dan halia yang telah ditumbuk dicampurkan bersama cili mesin, jintan manis, kunyit dan garam.
3.  Gaul bahan tadi dengan paru yang telah direbus.
4.  Goreng dengan minyak yang panas.
5.  Apabila paru hampir masak masukkan hirisan bawang besar.
6. Goreng sehingga bawang besar layu dan sedikit kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak.

Selamat mencuba :)


Set Berpantang Sunnah 1
RM35+RM25+RM21
RM96 termasuk kos pos

Madu dan estrak jus delima boleh diamalkan sejak kehamilan fasa pertama untuk tenaga. Manakala estrak jus delima boleh menstabilkan darah, membuang rasa loya, menghilangkan pening.

Manakala habbatusauda elok diambil ketika berpantang untuk memanaskan badan dan juga meransang pengeluaran susu ibu.

PM saya untuk dapatkan Produk Sunnah atau klik di sini untuk produk lain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...