Thursday, October 24, 2013

Paru Goreng Berjintan

Teks: Aishah Hussein

Bismillah

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah berikan.  Selamat berpuasa juga kepada yang berpeluang berpuasa sunat Khamis hari ini.

Takziah juga kepada mereka yang diberi ujian semalam.  Macam-macam berita sedih yang dipaparkan di wall facebook malam tadi.  Moga mereka yang diuji diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan.




Hari ini saya ingin berkongsi resipi yang saya masak semalam.  Alhamdulillah angah membantu di dapur semalam memotong paru dan daging.  Daging saya buat masak asas pedas dan paru digoreng berjintan.  Sememangnya tidak elok makan organ dalaman.  Saya sebenarnya jarang membeli organ dalaman, tetapi dek kerana telah diberi sewaktu majlis korban saya masakkan untuk keluarga.  Paru goreng bercili memang disukai anak-anak setiap kali membeli nasi lemak di luar.  Tetapi memandangkan ia tidak elok dimakan, saya jarang sangat membeli untuk masak sendiri.  Sudah rezeki anak-anak, dapatlah mereka merasa makan paru semalam (kesian along dapat tengok gambar aje).

Paru Goreng Berjintan
Bahan-bahan

1/2 kg Paru direbus
4 biji bawang putih - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
2 biji Bawang Besar dihiris bulat
Cili kering mesin
Jintan Manis
Kunyit
Garam

Cara-cara
1.  Paru yang telah direbus, dipotong nipis-nipis.
2.  Bawang putih dan halia yang telah ditumbuk dicampurkan bersama cili mesin, jintan manis, kunyit dan garam.
3.  Gaul bahan tadi dengan paru yang telah direbus.
4.  Goreng dengan minyak yang panas.
5.  Apabila paru hampir masak masukkan hirisan bawang besar.
6. Goreng sehingga bawang besar layu dan sedikit kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak.

Selamat mencuba :)


Set Berpantang Sunnah 1
RM35+RM25+RM21
RM96 termasuk kos pos

Madu dan estrak jus delima boleh diamalkan sejak kehamilan fasa pertama untuk tenaga. Manakala estrak jus delima boleh menstabilkan darah, membuang rasa loya, menghilangkan pening.

Manakala habbatusauda elok diambil ketika berpantang untuk memanaskan badan dan juga meransang pengeluaran susu ibu.

PM saya untuk dapatkan Produk Sunnah atau klik di sini untuk produk lain

1 comment:

  1. Hmmm sedap tu paru goreng.. Kegemaran saya juga tapi seboleh2nya saya pun elakkan memakannya. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...