Thursday, February 6, 2014

Bisnes dari rumah

Teks: Aishah Hussein

Sejak harga barang keperluan naik, ramai yang sudah memikirkan untuk bisnes bagi menambah pendapatan tambahan.  Bisnes secara online ataupun offline.

Bisnes apa yang boleh dibuat di rumah.


Bagi yang sudah mempunyai kepakaran memasak, boleh pula berkongsi pengalaman dengan menyediakan bengkel masakan untuk surirumah yang baru berjinak untuk mempelajarinya.
Kelas ini sesuai untuk pelajar dalam bidang masakan, surirumah yang mahu menambah kemahiran memasak dan juga surirumah yang mahu menjana pendapatan bersumberkan bidang masakan.
Pelbagaikan pakej kelas. Sebelum itu perlu ada pengalaman dan boleh menyediakan keperluan pelajar semasa sesi kelas atau bengkel.
Kelas-kelas kemahiran sebegini begitu popular dan ia sentiasa ada permintaan.
Kelas memasak boleh dianjurkan kepada sasaran surirumah, dan juga suri yang mahu menjual melalui kepakaran atau kebolehan memasak. Kelas memasak ini begitu mendapat sambutan mengikut kategori jenis masakan seperti lauk-pauk,
kek, pastri, biskut, juga pengkhususan mengikut jenis masakan barat, cina, atau Arab.
Latihan, pengalaman, kemahiran
Kelebihan sudah tentu kepada mereka yang mempunyai pendidikan dalam bidang masakan. Sekurang-kurangnya menghadiri kursus jangka pendek atau panjang yang dianjurkan oleh persendirian (chef terlatih), pusat pendidikan swasta atau kolej komunit dalam bidang masakan.
Usahawan yang mahu menganjurkan kelas ini mesti ada kepakaran jenis masakan yang ingin diajar.
Antara kelengkapan yang diperlukan
-Dapur atau ruang kelas yang mempunyai peralatan memasak
-Bahan-bahan mentah mengikut jenis pilihan kelas masakan
-Ruang untuk pelajar atau peserta untuk melakukan aktiviti memasak dan ruang demo secara langsung oleh penganjur kelas masakan.
Sasaran pelanggan, ibu-ibu muda yang mahu belajar memasak, surirumah yang ingin menambah ilmu belajar jenis masakan tertentu. Suri rumah yang mahu menjana pendapatan melalui masakan
Sumber: Ebook 101 Idea Homebased Bisnes



Harga Ebook 101 Idea Homebased Bisnes:
Hanya RM50
Untuk Pembelian PM ke https://www.facebook.com/aishah.hussein7

♥♥♥ Untuk dapatkan harga lebih JIMAT ♥♥♥

Beli PAKEJ MULA BISNES MAKANAN
3 Ebook dengan Harga PROMOSI hanya RM100
(Jimat RM30)
1. Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.
2. Ebook 101 Idea Bisnes Makanan.
3. Ebook Asas Blog.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...