Alhamdulillah.
Sebagai ibu yang bekerja di rumah, saya dapat rasakan yang kerja di rumah memang tidak pernah habis. Membasuh, memasak dan mengemas. Bagi yang wahm pula tambah tugasan untuk kerja-kerja. Walaupun tidak bekerja di pejabat tetapi rumah kami adalah pejabat. Perlu sangat disiplin. Saya masih berusaha keras untuk disiplinkan diri dengan pengurusan masa. Lebih-lebih lagi sekarang setiap hari saya perlu ke tempat rawatan dan 5 jam sahaja dihabiskan untuk perjalanan dan menunggu untuk rawatan. Kadang-kadang rasa macam nak berhenti aje buat rawatan tetapi sebagai seorang pesakit kita perlu berusaha dan berdoa. Ujian ringan yang Allah berikan ini tiada bandingannya dengan ujian berat yang digalas oleh orang lain.
Allahuakbar. Setiap kali saya ke pusat rawatan Ceragem, melihat ibu-ibu dan ayah-ayah tua yang bertongkat, yang mengesot dari tingkat bawah, yang didukung, yang tidak boleh bercakap akibat stroke, semua itu membuat saya bersyukur. Masih banyak nikmat yang Allah berikan kepada saya tetapi saya masih mengeluh. Jika kita asyik melihat ke atas memang kita tidak akan pernah merasa bersyukur.
Terima kasih Allah atas segala-galanya.
Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html
Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/
Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html
Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di facebook: aishah.hussein7
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com
No comments:
Post a Comment