Wednesday, February 25, 2015

Sibuk atau buat-buat sibuk :)

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

"Sibuk ke saja-saja buat sibuk?"

Sudah hampir masuk tahun kedua saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kadang-kadang, terbit di  fikiran saya,

"Kalau lah aku berhenti lebih awal, kan seronok"

"Kenapalah aku tak berhenti kerja lagi awal"

Tetapi sebagai hamba Allah, saya wajib percaya bahawa semua ini sudah tertulis di Luh Mahfuz.  Tiada kebetulan tetapi semuanya sudah ditentukan oleh Allah.

"Kenapa berhenti kerja, tak sayang ke gaji dah banyak" .

"Kenapa tahun 2013 bukan tahun 2001".


Subhanallah.  Semua itu bukan lagi persoalannya.  Semuanya saya sudah bertanyakan pada Allah sebelum saya membuat keputusan untuk menghantar surat perletakan jawatan.  Malah tarikhnya juga saya tanyakan kepada DIA.

{Bak kata Ustaz Kamal, bukan semua hikmah dari Allah boleh difikir dengan logik akal.  Tidak perlu kita persoalkan kenapa.  Terima dengan hati yang redha.  Siapa kita untuk persoalkan ketentuan Allah sedangkan diri kita sendiri pun kita tidak tahu untuk uruskan.}

Tiada bayaran yang lebih mahal yang dapat menawarkan saya untuk kembali bekerja sepenuh masa.  Bukan mendabik dada atau bercakap besar tetapi nikmat yang Allah berikan sekarang terlalu banyak berbanding dengan ketika saya bekerja sepenuh masa dengan wang ringgit yang masuk ke akaun setiap hujung bulan.

Ketika berhenti kerja dulu, hampir semua orang bertanya nak buat apa.
"Do something lah, nanti you will get bored".

Hmm saya hanya tersenyum sebab saya tahu ketika itu Allah yang lebih mengetahui apa yang Dia mahu berikan kepada hambaNya yang tidak punya apa ini.
Niat saya nak berhenti kerja kerana saya mahu berada bersama keluarga di samping pergi ke kelas-kelas agama.

Saya tahu saya tidak akan memiliki wang untuk membeli barang sesuka hati.
Saya tiada kemahiran.  Nak baking pun setakat buat Kek Carrot, muffin dan brownies aje.
Nak bisnes online pun tiada produk nak jual.  Kemahiran nak bisnes pun tidak ada. (Tetapi Allah juga sudah lorongkan saya bertemu dengan sifu Masayu Ahmad ketika itu, walaupun ketika itu saya belum nampak lagi apa yang saya buat itu akan membawa saya ke alam bisnes online.)

Saya mahu ke kelas-kelas agama tetapi saya tidak ada gaji yang tetap untuk membayar kelas-kelas tersebut. (Ketika itu kelas-kelas baking belum masuk dalam senarai saya :) )
Ketika bekerja dulu, kuliah agama PERCUMA diadakan waktu rehat.  Jadi bila sudah berhenti kerja, saya perlu mencari tempat-tempat yang mengadakan kuliah-kuliah sebegini.

Saya hanya mapu berdoa agar Dia permudahkan jalan untuk saya menambah ilmu akhirat.  Alhamdulillah, seorang rakan memaklumkan kepada yang Masjid Bukit Jelutong ada mengadakan kuliah-kuliah agama.  Allah lorongkan jalan untuk saya dapat menghadiri kuliah-kuliah agama dan ia adalah PERCUMA.  Malah setiap hari ada kuliah-kuliah dari penceramah yang bagus-bagus yang tidak pernah saya bayangkan saya akan dapat jika saya  berhenti kerja.  Sehinggakan saya pernah berkata kepada Along,
"Inilah nikmat keseronokan berhenti kerja sebenarnya Along.
Dapat pergi kuliah agama, belajar tajweed, bahasa Arab, macam-macam lagi lah.
Gaji RM5000 pun belum tentu dapat ganti ilmu yang Allah mahu berikan ni."

Setiap hari diingatkan akan kematian yang bakal datang pada bila-bila masa.
Setiap hari diingatkan, apa yang kita lakukan akan dicatat di kitab amalan kita.
Allahurabbi.
Nikmat mana lagi yang mahu kami dustakan.

Ini belum termasuk lagi kesedaran dan ilmu yang saya terima dari Grup whatsapp Al Quran di Hati(AQDH).  Allah lorongkan juga untuk saya bersama mereka yang mengingatkan agar dulu kan hak Allah.  Setiap hari pandanglah Al-Quran sebelum melihat facebook atau sebelum asyik dengan kerja-kerja rumah.
"Kalau dulu nak baca Quran 2 mukasurat pun rasa payah, sekarang 10 mukasurat sehari pun rasa mudah".  Ini antara komen-komen rakan-rakan di AQDH.  Mudah-mudahan berkekalanlah kami di dalam keseronokan membaca kalam Allah.  Bukan setakat membaca tetapi juga membaca terjemahannya.

Ya itulah sebenarnya kesibukan yang saya suka.  Sibuk dengan ilmu akhirat, sibuk mengejar ambil anak-anak.  Sibuk dengan kelas-kelas baking dan juga kelas-kelas blog.  Dan juga sibuk dengan tempahan.  Itupun jika Allah mahu beri.  Hanya DIA yang tahu kemampuan saya.

Atas kesibukan itu juga saya terpaksa menolak untuk kelas offline pada waktu malam.  Kerana siang hari saya sudah kesibukan untuk ilmu dan anak-anak.  Jadi malam hari adalah untuk saya berehat bersama keluarga.
Mohon kemaafan dari saya yang lemah.


============================================================

Namun kelas-kelas offline saya masih buka untuk hari Selasa, Khamis dan Jumaat.  Dan yang terbaru Kelas offline bersama Ciku Zaila di Shah Alam untuk grup kecil 5-10 orang sahaja buat masa ini. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7

3 comments:

  1. MasyaAllah! Saya suka baca perkongsian akak. Betul juga kan, hidup tak tentu sampai bila. Tujuan asal kita di dunia adalah untuk menuju akhirat yang abadi, dan semestinya cita-cita kita untuk terus menetap di Syurga Allah kelak. Sikit hari lagi saya akan mengikut jejak langkah mak-mak WAHM seperti akak dan rakan-rakan lain. Semoga Allah memakbulkan dan mempermudahkan niat saya. Teruskan berkongsi ya kak. Ini pembakar semangat untuk saya. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Suka baca. Boleh tambah dalam wishlist saya nanti untuk hadiri kelas agama :)

    ReplyDelete
  3. Borgata Hotel Casino and Spa - MapYRO
    Discover directions, reviews and information for Borgata Hotel Casino 영주 출장안마 and 강원도 출장안마 Spa in Atlantic City, NJ. 안성 출장안마 Find 여수 출장샵 address, phone number, hours, 안양 출장안마 directions and reviews.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...