Teks:Aishah Hussein
Banyak lagi proses yang perlu dipelajari. Hari ini terpaksa menolak peluang belajar bersama seorang sahabat lantaran tiada siapa untuk menjaga si adik kerana angah pula akan ke seminar PMR pagi ini. Namun pemergian angah ke seminar terpaksa dibatalkan kerana demam dan batuk teruk dari malam tadi. Rupanya pemergian ibu ke kelas tidak dibenarkan Allah adalah supaya dapat membawa angah ke klinik.
Semuanya sudah disusun oleh Allah. Bila kita sudah memegang jawatan seorang ibu, fitrahnya kembali untuk keluarga juga. Moga semua urusan dipermudahkan ALlah hendaknya.
Tawaran Ebook Pantang.
Beli Ebook 30 Tips Sihat Ibu Hamil & Pantang
FREE Ebook 20 Menu Sihat Pantang & Hamil
BONUS!! Ebook Super WAHM Super Mom
BONUS EBOOK akan diberikan selepas Puan-Puan membuat ulasan tentang Ebook 30 Tips Sihat Ibu Hamil & Pantang
Tawaran sah sehingga 20 Mei 2013.
Untuk pembelian sila ke emel ke noraisah.hussein@gmail.com
atau ke Buku online dan http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/30-tips-ibu-hamil-pantang.html
Sunday, April 28, 2013
Saturday, April 27, 2013
Hujung minggu tapi masih bekerja - 27.04.13
Teks: Aishah Hussein
Hari ini sekolah buat kelas ganti. Dalam kepala ni setting memang cuti hari sabtu, jadinya perlahan lah sikit momentum hari ini.
Pukul 10.40am baru mula masak untuk adik. Sambil mulut bising menyuruh dia mandi. Pukul 11.20am baru dia mula makan. Sambil melayan dia makan, mengemas apa yang boleh di dapur. Lepas itu barulah sibuk nak gosok baju sekolah dia.
Tepat pukul 12.10pm bergerak terus ke sekolah. Dalam perjalananan, adik seperti mengingatkan, "cikgu cakap sekolah mula pukul 12.30 tengah hari". "Baik sayang, ibu sedang cuba untuk sampai pada pukul 12.20pm", sambil tersenyum mendengar sindiran adik.
Sampai di rumah kelihatan angah sedang melipat kain. Syukur kerana Allah memberikan pertolongan kepada saya.
Bermula hari ini, rutin menghantar anak-anak perlu diambil alih kerana en suami bertugas di luar. Moga Allah sentiasa bersama kami. Terima kasih Allah.
Untuk dapatkan promosi di atas emel ke noraisah.hussein@gmail.com atau
ke http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/ebook-super-wahm-super-mom-urus-masa.html

Dapatkan juga promosi terbaru kami ebook 30 tips Ibu hamil & pantang.
Anda juga layak untuk menerima ebook Super wahm super mom secara percuma.
Tawaran sah sehingga 20 Mei 2013.
Sila ke Buku Online atau
Friday, April 26, 2013
Tips mengendali makanan
Teks: Aishah Hussein
Pengendalian makanan adalah sangat penting bila menjalankan bisnes makanan. Walaupun tidak pernah menghadiri kursus pengendalian makanan, secara dasarnya saya akan mengambil langkah berhati-hati bila mengendalikan tempahan pelanggan.
Ini adalah antara tips yang kita sebagai orang biasa juga patut tahu dan amalkannya dalam rutin penyediaan makanan di rumah:
1. Jaga kebersihan dengan membasuh tangan sebelum memulakan kerja memasak. Kuku tangan hendaklah dipotong pendek agar tiada kotoran yang melekat di kuku berpindah ke makanan. Antara bakteria yang sedia maklum selalu mencemari makanan melalui kuku dan tangan adalah E-coli. Kuman ini selalunya berpindah dari najis dan ini bermakna sewaktu pergi ke tandas, tangan tidak dicuci bersih.
2. Ketika memasak dan memproses makanan, tidak digalakkan memakai barang kemas. Tanpa kita sedari, sebenarnya banyak kuman melekat di celah-celah gelang tangan dan cincin. Bila barang kemas kita terkena makanan sewaktu kita memproses atau menghidangkan makanan, kuman yang terlekat juga akan mencemari makanan tersebut.
3. Ketika mengendalikan makanan, kita harus memakai sarung tangan. Sama seperti no 1, pencemaran makanan dari tangan yang kotor dapat dielakkan.
4. Peralatan yang kita gunakan juga haruslah bersih. Basuh jika ada habuk-habuk yang terlekat. Bekas yang terdedah juga harus diambil perhatian. Bimbang jika ada haiwan seperti tikus mencemari peralatan dengan air kencing. Sudah banyak kes yang melibatkan kematian berkaitan dengan pencemaran dari air kencing tikus.
5. Berselawatlah setiap kali kita menyediakan makanan sambil berdoa kesejahteraan kepada individu yang memakan makanan yang kita sediakan.
Foto:
news.abnxcess.com
eatocracy.cnn.com
www.foodauthority.nsw.gov.au
www.wikihow.com

Menyelam sambil minum air - 26.04.13
Teks: Aishah Hussein
Setelah penat satu hari menyelesaikan tempahan brownies semalam, hari ini baru terasa penat. Tengahari ini saya akan pergi menghantar tempahan memandangkan tempahan-tempahan ini adalah dari kawan-kawan ofis lama. Selain dari mengambil tempahan, dapat juga berjumpa dan bertanya khabar mereka.
Jadi, suri rumah yang lain, janganlah kita asyik duduk di rumah aje. Sekali-sekala keluarlah berjumpa kawan-kawan, sambil-sambil menjana pendapatan dapat juga menghilangkan rasa jemu duduk di rumah.

Thursday, April 25, 2013
Tips tangan pijar
Teks: Aishah Hussein
Tadi sewaktu tangan saya pijar kerana memotong cili, saya terus teringat satu amalan orang tua-tua. Kalau orang sekarang dipanggil tips.
Mungkin ada yang tak faham perkataan pijar itu apa. Pijar itu adalah rasa panas bila kita memegang cili samada sewaktu kita memotong atau pun membasuh cili kering ataupun cili hidup.
Amalan yang arwah mak saya selalu buat adalah menyapu minyak masak ke tangan yang pijar. Sambil-sambil tu selawat dan niat agar dihilangkan rasa pijar tersebut.
Ada juga tips lain yang pernah saya baca, antaranya:
1. Apabila kita terasa pijar tangan, genggamkan gula sambil menggosok di bahagian tangan yang panas itu.
2. Ada juga yang menyarankan meramas-ramas beras untuk hilangkan rasa pijar.
3. Boleh juga menggosok dengan garam halus, caranya sama seperti dengan gula ataupun direndam tangan ke dalam air garam.
Boleh lah mencuba salah satu mengikut kesesuaian. Tiada jaminan kerana yang menyembuhkan hanya Allah, kita hanya mencari jalan penyelesaian.
Foto:
sitik.wordpress.com
anizyn.blogspot.com
mindheartbodysoul.blogspot.com
ews.kemendag.go.id
www.wahidaghazali.com

Hari yang sibuk - 25.04.13
Teks: Aishah Hussein
Hari ini adalah hari yang sibuk. Pagi tadi ke KLIA kemudian ke kedai mencari bahan untuk projek hari ini.
Sekarang sibuk untuk habiskan projek membakar. Semoga diberi kekuatan untuk menyelesaikannya dan menghantar ke destinasi esok.
Terima kasih Allah di atas rezekiMU.
Dapatkan ebook 30 Tips sihat ibu hamil & pantang berserta 1 ebook bonus Menu Sihat.
Dengan pembelian sebelum atau pada 20 Mei 2013, anda telah layak untuk memiliki ebook Super Wahm Super Mom secara percuma.
Dapatkan sekarang di Buku Online dan di http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/30-tips-ibu-hamil-pantang.html
Hari ini adalah hari yang sibuk. Pagi tadi ke KLIA kemudian ke kedai mencari bahan untuk projek hari ini.
Sekarang sibuk untuk habiskan projek membakar. Semoga diberi kekuatan untuk menyelesaikannya dan menghantar ke destinasi esok.
Terima kasih Allah di atas rezekiMU.
Dengan pembelian sebelum atau pada 20 Mei 2013, anda telah layak untuk memiliki ebook Super Wahm Super Mom secara percuma.
Dapatkan sekarang di Buku Online dan di http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/30-tips-ibu-hamil-pantang.html
Wednesday, April 24, 2013
Bisnes nasi lemak
Teks: Aishah Hussein
Nasi lemak merupakan beras yang dimasak di dalam santan, sedikit garam dan di letakkan daun pandan untuk mewangikan nasi lemak. Nasi lemak akan dilengkapkan dengan sambal ikan bilis, timun dan telur rebus.
Nasi lemak asalnya dihidangkan sebagai sarapan pagi. Tetapi dengan kesibukan penduduk-penduduk di kawasan bandar, kini nasi lemak juga sudah menjadi hidangan sepanjang masa.
Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang atau surat khabar juga ada diletakkan di kedai-kedai makan ataupun gerai. Jenis yang begini memang digemari ramai kerana ia mudah serta ringkas dan tidak terlalu berat dengan lauk-pauk.
Bagi yang suka makan dengan lauk tambahan, terdapat juga kedai-kedai yang menjual nasi lemak bersama lauk-lauk tambahan. Lauk-lauk yang selalunya dimakan bersama nasi lemak adalah seperti rendang ayam atau daging, sambal sotong, paru goreng dan ayam goreng.
Foto:
www.8tvbestintheworld.com.my
missyaniabdullah.blogspot.com
sukehatiakuokey.blogspot.com

Tiada berkesudahan - 24.04.13
Teks: Aishah Hussein
Tugasan suri rumah memang tiada berkesudahan. Rasanya baru 3 hari lepas sudah kemas rumah. Hari ini dah bersepah. Bakul kain tak pernah kosong.
Semalam, seorang rakan yang belum berkahwin berkata, "berat rupanya tanggungjawab sebagai seorang wanita".
Sememangnya berat. Bagi suri rumah yang bekerja, kalau dia seorang usahawan masih mampu lagi membuat kerja-kerja sampingan di rumah. Bagi yang tidak bekerja, tugasan memasak, mengemas, melayan kerenah anak-anak, suami semua itu tidak pernah berakhir sehingga ke akhir hayat. Moga kita sama-sama mendapatkan keberkatan dan rahmat dariNYA.
Jadi siapa yang bercadang untuk berkahwin, kuatkan mental dan fizikal.

Ingin belajar asas blog dan penulisan.
Daftar segera di http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)