Tuesday, June 4, 2013

Pahit getir memulakan bisnes makanan

Teks: Aishah Hussein

Sumber Ebook 101 Idea Bisnes Makanan
 http://101ideabisnesmakanan.blogspot.com/

Kek Chocolate Moist Kaw

Tidak dinafikan walaupun tempahan yang diterima tidak pernah putus, tetapi saya juga mengalami beberapa masalah dalam membahagikan masa antara kerja pejabat dan perniagaan ini. Bebanan dan stres di tempat kerja kadang kala menjejaskan tumpuan saya untuk bergerak lebih pantas dalam perniagaan ini. Tambahan pula masa saya agak terhad. Saya hanya dapat menumpukan kepada perniagaan di sebelah petang sahaja.

Saya mengedarkan flyers di kedai-kedai berhampiran pejabat, di pejabat-pejabat dan sesiapa sahaja yang saya jumpa bagi memperkenalkan produk ini. Walaupun agak letih, tapi saya tetap bersabar. Terdapat juga ejekan dari rakan-rakan, mengatakan berniaga seperti ini tidak “glamour”. Tidak sesuai dengan status saya yang bekerja pejabat. Bagi mereka mungkin mengandaikan gaji yang saya terima adalah tinggi, tetapi hakikatnya saya perlu membuat semua ini bagi menjana pendapatan tambahan  kerana gaji yang saya terima dari pekerjaan tetap saya tidaklah setinggi seperti yang disangka.

Ketika itu saya tidak mempunyai kereta. Jika terdapat tempahan dari yang memerlukan saya membuat penghantaran kek,  saya terpaksa membawa kek tersebut hanya menggunakan motosikal. Kadangkala kek terjatuh dan rosak, dan saya terpaksa gantikan dengan kek yang baru. Jika tempahan lebih dari dua biji, saya perlu berulang alik menghantar kek memandangkan pengangkutan yang ada pada ketika itu hanyalah motosikal. Kesusahan yang saya alami itulah yang menjadi pendorong dan pembakar semangat saya untuk berjaya. 

Saya mula mengorak langkah ke depan dengan menyewa tapak jualan di bazar Ramadhan. Dengan pengalaman yang masih sedikit ketika itu, saya keraskan hati untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang lebih otai dan sudah ada pelanggan tetap. Produk saya hanya Kek Coklat Moist Kaw. Tanpa disangka-sangka, setiap hari kek saya laku habis dijual. Alhamdulillah Allah sangat membantu dalam usaha saya mencari rezeki yang halal.

Kisah pahit getir usahawan bisnes makanan.  Anda akan dapati banyak lagi kisas-kisah inspirasi dari beberapa usahawan dari ebook 101 Idea Bisnes Makanan.


Bakal terbit tidak lama lagi.

 Untuk dapatkan buku dan ebook
=> https://www.facebook.com/BukuOnline4U

Mencari produk sunnah 
 =>https://www.facebook.com/ProdukSunnahOnlineShoppe

Monday, June 3, 2013

Menghitung hari

Teks: Aishah Hussein

Semalam, 1/2 hari di Seminar Teknik Hafalan Al-Quran Kaedah Jibrail.  Alhamdulillah moga diberi kekuatan oleh Allah untuk mengamalkan apa yang dipelajari di sana semalam.

 Selepas sahaja seminar, terus kelam-kabut pulang ke rumah mengambil anak-anak dan solat  kemudian pecut ke utara.  Jadi pagi ini bersiaran dari utara ya.  Kebetulan en suami ada tugasan di utara, dan kami sekeluarga menumpang bercuti sekali.  Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi.  Mujur juga ada kemudahan wifi di sini dan taliannya juga memang bagus sangat.  Semua aktiviti online masih boleh berjalan seperti biasa, walaupun tidak sepenuh masa.

Bersyukur kerana sejak sudah menjadi WAHM, nak cuti bila-bila masa sahaja boleh.  Kalau dulu, walaupun cuti sekolah nak kena semak jadual mesyuarat dulu, ada kerja urgent ke tidak, baru mohon cuti.  Tapi sekarang, bila en suami whatsapp jom ikut pergi utara, terus balas ok.  Itu keistimewaannya bekerja sendiri.  Cuma kena pastikanlah tiada tempahan oleh pelanggan.  Lain-lain kerja online tiada masalah, janji ada talian.

Tetapi sebenarnya dalam dok bercuti pun, saya asyik menghitung hari juga.  Banyak benda yang saya sedang siapkan dan juga sedang menunggu.

Masa berlalu begitu pantas sekali.  Sedar tak sedar sudah masuk bulan Jun dan 2 minggu lagi insyaallah along akan sampai.  Itu salah satu yang saya tidak sabar menunggu, anak dan juga kawan tempat saya berkongsi cerita dan juga kawan pergi shopping akan balik ke Malaysia.

Dalam keseronokan saya menunggu kepulangan along, saya juga risau tentang dateline saya untuk siapkan 2 tugasan utama saya:
1. Projek doorgift
2. Ebook 101 Idea Bisnes Makanan

Kedua-duanya perlu disiapkan dalam lingkungan waktu yang sama.  Kebetulan along juga sudah sampai waktu itu, jadi saya ada pembantu untuk projek no. 1 saya.

Moga Allah memberi kekuatan untuk saya menyiapkan kedua-duanya dengan sempurna. Ameen.

Insyaallah bakal terbit tidak lama lagi.

Saturday, June 1, 2013

Nasi Ayam Bakar

Teks: Aishah Hussein

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.  Semalam, tiada banyak aktiviti, cuma habiskan tugasan dan membuat penghantaran ke pos laju sahaja.  Masak pun malas, lagipun angah pergi ke rumah penjaga kerana untuk habiskan projek dia.  Petang baru akan diambil.  Bila tinggal berdua dengan adik, semalam makan lauk orang yang memang-memang betul pemalas.  Nasi dan telur goreng, lauk kegemaran adik.  Layankan sahajalah.  Petang pun saya hanya beli di pasar malam.

Tapi hari ini saya kongsikan juga resipi yang mungkin semua orang sudah tahu.   Mungkin ada juga sahabat-sahabat yang masak lain caranya.  Ini cara saya, dan saya rasa cukup mudah untuk menyediakan walaupun sampai lewat dari pejabat.  Tetapi kali ini  saya gunakan cara membakar ayam untuk mengelakkan dari asyik makan makanan yang berminyak.

Nasi Ayam















Bahan-bahan:

Nasi
4 cawan beras
4 1/2 cawan air
Daun pandan
 
Sup 
Ayam 1/2 ekor 
Air untuk merebus
Buah pelaga
bunga lawang
kulit kayu manis
2 ulas Bawang merah }  ditumbuk
3 ulas Bawang putih  }  ditumbuk
1/2 inci Halia            }  ditumbuk
sedikit garam
daun sup dan daun bawang 

Sos
cili merah 4-5 biji
cili api 5 biji
2 ulas bawang putih 

Ulam
Timun
Tomato
Salad

Cara-caranya:

1.         Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk dan juga rempah-rempah tadi.
2.         Masukkan air untuk merebus ayam. Setelah menggelegak rebuskan ayam di dalam sup tersebut. Masukkan garam.  Tidak perlu lama kerana ayam tersebut akan digoreng/dibakar.
3.         Keluarkan ayam dan diperap bersama sos tiram, kicap dan madu.
4.         Masak beras yang telah dibasuh bersih menggunakan sup rebusan ayam tadi.  Masukkan daun pandan.
5.         Ayam yang telah dikeluarkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas membakar dan bakar dengan suhu 180C selama 30 min atau sehingga masak.
6.         Ayam tersebut juga boleh digoreng di dalam minyak yang panas sehingga masak.
7.         Untuk sos cili.  Tumbuk cili besar dan cili api bersama 2 ulas bawang putih.  Boleh juga campurkan sedikit sos cili.  Campurkan sedikit sup ayam ke dalamnya dan masak sebentar di atas api yang kecil. Boleh tambah garam atau garam dan cuka jika untuk mendapat rasa yang sesuai dengan kesukaan masing-masing.
8.     Hias nasi dengan ulam-ulaman ketika hendak makan.

Bakal terbit tidak lama lagi!






















Thursday, May 30, 2013

Niat ikhlas seorang WAHM

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan Khamis pagi ini.

Setelah 2 hari tidak produktif dan bermalas-malasan akibat demam, maka hari ini perlu kuatkan semangat.  Ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Insyaallah, hari ini membuat sampel cookies untuk doorgift yang bakal diserahkan pada Jun nanti.  Selesai itu nanti, perlu fokus untuk ebook yang sepatutnya disiapkan Mei.   Sudah tersasar sebenarnya.

Masih lagi bersyukur dengan apa juga rezeki yang datang walaupun tidak mencurah seperti waktu bekerja dulu.  Niat saya untuk berhenti kerja adalah untuk berada bersama keluarga.  Dan semua kerja saya hanya mampu melakukan secara online.  Jika saya perlu keluar untuk berjumpa pelanggan adalah setakat menghantar produk.  Saya tidak mempunyai masa yang lebih untuk melepak di kedai-kedai makan bersama orang yang saya tidak kenali, lebih-lebih lagi di waktu malam.  Melainkan mereka memang sudah lama saya kenali.  Dan saya akan keluar jika perlu menghadiri bengkel-bengkel kemahiran.

Saya harap jangan ada yang salah faham konsep WAHM yang kami ibu-ibu yang bekerja di rumah sedang lakukan.  Walaupun kami juga ada melakukan kerja secara offline tetapi semuanya ada batasan.  Kami ada anak yang perlu dihantar dan diambil dari sekolah.  Saya tidak tahu tentang WAHM yang lain tetapi bagi saya, tujuan utama saya untuk menjadi WAHM adalah kerana anak-anak dan keluarga.  Jadi saya tidak boleh tersasar dari tujuan itu.

Saya harap Allah sentiasa membantu saya untuk menjana pendapatan tambahan untuk keluarga saya kerana niat saya yang ikhlas untuk bersama keluarga.  Terima kasih Allah.

Wednesday, May 29, 2013

Chewy Brownies

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, hari ini sudah beransur pulih .  Tetapi mulut masih lagi payau-payau, jadi tengah hari tadi sepakat dengan anak-anak untuk membuat nasi bubur sahaja dimakan dengan ikan bilis goreng ditumbuk bersama cili padi.  Baru berselera sedikit.

Hari ini saya nak berkongsi resipi brownies yang selalu saya buat untuk kawan-kawan.  Resipi dan caranya memang cukup mudah tetapi rasanya memang digemari ramai (mengikut maklum balas dari rakan-rakan, saya sendiri memang tidak menggemarinya kerana terlalu manis).  Budak-budak memang suka kerana rasa coklatnya.  Kalau dilihat rupanya memang tidak menarik, tetapi memang selalu ditempah.

Jadi cuba dulu, baru tahu. Selamat mencuba.



Chewy Brownies 
250g butter
400g coklat masak

6 biji telur
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g coklat emulco

80g tepung gandum
60g serbuk koko
140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional)-bakarkan sebentar

1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11.
2. Double boil butter dan coklat masakan hingga cair, ketepikan dan biarkan ia suam sikit.
3. Campurkan telur, gula, esen dan coklat emulco ke dalam satu mangkuk, guna hand whisk kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan butter dan coklat tadi kedalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum dan serbuk koko, jika bubuh kacang, masukkan dan gaul. Tuang tepung kedalam mangkuk diatas, gaul hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman supaya ia lebih lembap.

Monday, May 27, 2013

Apabila angah ke dapur

Teks: Aishah Hussein

Malam tadi pulang dari Kuantan, badan rasa lain macam.  Sampai terus bersihkan diri, lepas mandi rasa sejuk sangat.  Terus cari selimut dan tidur terus.  Bila adik rasa dahi, "panas lah badan ibu".  Sudah lama tak demam sebenarnya.  Sebenarnya demam itu ada kaitan dengan sakit kencing kotor.  Pagi tadi jumpa doktor, sudah diberi segala antibiotik dan ubat-ubatan.  Harap-harapnya semua selesai dalam 2,3 hari ini.

Bila ibu demam, chef no. 3 (gelaran yang diberi oleh adik) akan mengambil alih.  Angah akan mengambil alih tugas ibu.  Jadi inilah menu tengah hari tadi, ikan kerisi masak singgang, ikan selar goreng dan sambal tempoyak.   Alhamdulillah, walaupun ikan terlebih garing,  semuanya makan dengan selera.



Untuk makan malam, chef no. 1 sudah sihat kembali, jadi menu malam ini adalah laksa kuah putih (terengganu).  Gambar tidak diambil kerana ulam-ulaman semua tak cukup, hanya ada timun.  Menu bidan terjun sebab chef tiada selera nak makan nasi.

Tetapi laksa ini sudah masuk dalam senarai along, makan yang dia nak makan apabila pulang ke Malaysia nanti.  Jadi in shaa allah jika ada peluang, saya akan masukkan gambar laksa.

Sunday, May 26, 2013

Jam oh jam


Teks: Aishah Hussein

Bersiaran dari Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan awal dari Kuantan berjalan lancar, walaupun kereta banyak di atas lebuhraya.

Sebentar tadi jam sebelum tol Karak, selepas bayar tol kereta bergerak laju. Tetapi selepas beberapa km sambung semula jam. Rasanya sampai tol Bentong lah nampaknya ni.

Adik sudah gelisah, jemu duduk lama dalam kereta. Nak main game bateri dah habis.
Sempat layan adik main Bingo sebelum maghrib nak hilangkan kebosanan dia. Maghrib dah masuk kena cari surau untuk solat.

Saturday, May 25, 2013

Kenduri kahwin penggal kedua bermula

Teks: Aishah Hussein

Semalaman cuba menyiapkan bab-bab untuk ebook sulung saya.  Dengan pengalaman yang cetek dalam penulisan ini, saya rasa begitu kerdilnya untuk menulis.  Masih tertanya-tanya ada ke orang nak baca ebook saya nanti.  Apa-apa pun, saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk menghabiskannya secepat yang mungkin.  Doakan saya.

Hari ini bercuti ke Pahang menghadiri kenduri kahwin.  Masih dalam perjalanan, alhamdulillah trafik berjalan lancar.  Mungkin di sana untuk dua hari, tetapi kedai saya masih beroperasi.

  Itulah satu kelebihan bisnes online.  Segala urusan pertanyaan dan tempahan boleh berjalan seperti biasa, janji ada talian dan peralatan.  Cuma urusan penghantaran sahaja akan bercuti.  Apa-apa pun pelanggan harus diberitahu keadaan sebenar, kerana mereka tidak suka apabila mereka terpaksa tertunggu-tunggu untuk mendapat barang yang mereka oder.

Selamat berhujung minggu.

Sila singgah di https://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline
dan 
https://www.facebook.com/BukuOnline4U
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...