Monday, December 16, 2013

Protege Kelas Asas Blog melangkah ke fasa 2

Alhamdulillah seorang lagi protege saya, Suhaila Rahim telah berjaya siapkan blog mengikut piawaian akademi.  Dengan itu beliau kini sudah bersedia untuk melangkah ke fasa 2 iaitu menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online Akademi Bekerja di Rumah.

Suhaila mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk selesaikan semua tugasan. Katanya, "macam lari pecutan 100m nak selesaikan tugasan terakhir" :) mana tidaknya, bergelut dengan tugas seorang SAHM dan beberapa dugaan dengan line internet.



Suhaila Rahim adalah antara pelajar saya yang fokus dan komited dengan tugasan kelas. Ketika ada masalah dengan talian internet, whatsapp adalah penghubung kami. Walau beliau sibuk melayan anak yang masih kecil, beliau masih dapat siapkan blog lengkap dengan entri dan pautan untuk menarik trafik ke blog beliau.

Syukur, kini blog beliau sudah duduk di tangga 10 teratas bagi carian "Panduan Melabur untuk Suri Rumah.

Saya doakan agar semua peserta di akademi terus dengan momentum menulis dan melangkah terus bersama akademi untuk menjana pendapatan dari rumah.

Saya juga berdoa agar diberi peluang untuk membantu suri rumah di luar sana yang ingin belajar membina platform sebagai persediaan untuk menjana pendapatan dari rumah sahaja.  Tidak perlu keluar untuk membuat penghantaran produk.

---------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan
Teks: Suhaila Rahim
Sumber:  http://suhailarahim.blogspot.com/2013/12/ulasan-kelas-belajar-asas-blog.html

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan untuk menamatkan 44 entri yang ditetapkan dalam kelas Online. Syukur kerana perjalanan yang berdingkit-dingkit ini sampai juga ke matlamat yang ditetapkan walaupun mengambil masa dua bulan. Terima kasih pada Cikgu Online saya, kak Aishah Hussein yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk terus mencapai matlamat walaupun agak merangkak di awal perjalanan kelas. Namun saya rasa gembira mengikuti kelas ini kerana masa kelas yang fleksibel dan pengajaran guru yang mudah difahami dan kesediaan guru yang mahu berkongsi pelabagai ilmu dalam blog.

Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam penulisan di blog. Tetapi saya suka melayari pelbagai blog untuk mencari pelbagai maklumat yang saya inginkan. Kecanggihan IT sekarang, semua perkara boleh dicapai di internet. Pakcik 'Google' sedia menanti pelbagai persoalan yang terlintas difikiran. Cuma terpulang pada diri sendiri untuk mencari yang baik atau sebaliknya. Dalam pada itu, terdetik juga dalam hati alangkah baiknya jika saya memiliki satu blog sendiri sebagai ruang untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki.

Namun pada mulanya, pertemuan saya dengan blog Puan Masayu bukan lebih kepada untuk membuat blog. Saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan dengan konsep mengajak untuk suri rumah untuk 'bekerja dari rumah'. Saya merasakan tawaran itu sesuatu yang lain daripada yang lain yang pernah saya tahu, walaupun kita sedia maklum dengan bermacam-macam tawaran di internet. Syukur, Allah mempertemukan saya dengan peluang ini. Keinginan untuk mencari peluang unttuk bekerja dari rumah, di beri sekali peluang untuk belajar dan memiliki blog. Selepas membaca entri dalam blog tersebut saya terus dapatkan Puan Masayu dan Kak Aishah di facebook. Alhamdulilah mendapat balasan mesej daripada Kak Aishah tentang pakej bagaimana untuk bermula dengan kelas Online.

Secara jujur saya bukan insan yang pandai menulis dan hanya 'silent reader' di facebook. Tetapi semangat yang kak Aishah bagi untuk terus berkongsi menaikkan keinginan saya supaya rajin menulis. Setiap hari saya paksa diri sendiri untuk berfikir entri-entri yang bermanfaat untuk saya kongsikan di blog. Setiap hari saya positifkan diri walaupun dengan kekangan intenet yang perlahan dan perlu menaip sambil menyusu baby dipangkuan, saya kena teruskan juga. Saya seperti merasakan balik 'mood' semasa bekerja sepenuh masa dahulu. Kalau dulu kena fikir yang berkaitan dengan kerja dan lebih kepada 'manfaat untuk boss', tapi kali ini saya berfikir untuk manfaat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Dan yang paling saya seronok sebab kerja saya tiada had masa dan boleh bekerja bila-bila masa. Oleh itu saya usahakan entri-entri yang boleh memberi ilmu, walaupun bukan untuk di manfaat sekarang tapi mungkin diperlukan oleh orang lain pada masa hadapan. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi. In shaa Allah..

Kepada mereka yang tercari-cari platfom untuk bekerja dari rumah ini, sertailah kami sebagai peluang menambah pendapatan di samping niat untuk menimba dan berkongsi ilmu. Selain itu dengan menyertai kelas ini kita boleh mengenali rakan-rakan baru yang berlainan bidang dan dalam masa yang kita juga berjemaah dalam membantu antara satu sama lain.

Wassalam

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka. Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Guru Online Bertugas:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Sunday, December 15, 2013

Zaman dah berubah mak ngah

Teks: Aishah Hussein

Bulan Disember semakin banyak jemputan kahwin yang perlu dihadiri.  Saya sendiri ada dua jemputan kenduri kahwin sanak saudara di sebelah utara.  Semalam sudah selesaikan satu jemputan di Kedah.

Mengimbau kembali zaman kita dulu-dulu kawin, setiap tetamu yang datang akan diberi bekas telur.  Kadang-kadang diletak dalam kotak.  Kalau yang ada bajet lebih maka lebih cantik bekas telur yang disediakan.

Kini zaman sudah berubah.  Boleh dihitung dengan jari majlis kenduri yang masih memberi bekas telur kepada tetamu.  Ramai yang sudah menggantikan telur ayam dengan benda lain sebagai buah tangan untuk dibawa pulang antaranya gula-gula, bahulu ataupun cawan-cawan tembikar mengikut kemampuan masing-masing.  Buah tangan ini akan dimasukkan ke dalam bag kertas ataupun dipanggil "goody bag".

Yang terbaru saya terima bekas tin yang diisi dengan telur puyuh  berlapik dengan tali-tali menyerupai sarang burung dan diberi bekas kaca untuk hiasan yang cantik.  Ringkas tetapi menarik.  Bagi yang tidak mampu mungkin boleh cari idea-idea yang menarik tetapi murah harganya.  Jika pergi ke Nilai 3, banyak barang-barang yang boleh dijadikan buah tangan untuk dimasukkan ke dalam bag "goody".  Yang penting majlis walmatul urus berjalan lancar.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagi yang berminat menyumbang berapa sahaja, untuk kelengkapan berikut buat mangsa banjir :
Telekung solat, kain pelikat, kain batik.
(Penghantaran akan dibuat pada hari Rabu inshaallah).

Salurkan derma ikhlas kalian ke akaun ini :
Maybank (114115128467 NOR AISAH HUSSEIN) Atau
CIMB (14240016233520 NOR AISAH HUSSEIN)

Terima kasih atas sumbangan kalian.
Ihsan kasih : Akademi Bekerja Di Rumah.




Friday, December 13, 2013

Nasi Goreng Kampung Tok

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi Peribadi

Selpeas saya sembuh dari demam, angah pula yang demam.  Sejak angah demam, nasi putih pun asyik banyak aje lebih dari makan malam.  (Selalunya dia yang makan banyak).  Kalau ikut petua orang tua-tua, jangan makan nasi sejuk.  Kata mereka nanti sakit urat.  Itu kalau makan nasi sejuk.  Kalau dibuat nasi goreng inshaallah tiada masalah, dari kita membazir.  Itu petua orang tua-tua.  Dan resipi ini juga adalah resipi orang tua-tua, resipi mudah dan menjimatkan.

Untuk pagi ini, saya gunakan nasi sejuk untuk membuat nasi goreng.  Ikan goreng pun ada lebih dari lauk semalam.  Gunakan apa yang ada di rumah.

Nasi Goreng Kampung Tok

Bahan
Nasi Sejuk lebih kurang untuk 4 orang makan
5 biji Cili Padi Merah + Hijau
3 ulasBawang merah
2 ulas Bawang putih
Ikan goreng yang tidak habis (boleh gunakan ikan bilis)
** Boleh juga diletakkan serbuk kunyi untuk memberi warna kuning kepada nasi.  Saya selalu letak kunyit jika hanya menggunakan cili padi hijau.
Jika suka boleh pecahkan telur.

Cara-cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang merah dan bawang putih.
2. Nasi putih digaul dengan garam.
3. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi.
4.  Setelah naik bau, masukkan nasi dan kacau rata.
5. Goreng sehingga nasi masak dan garing jika suka.

Nasi goreng sedia untuk dimakan.




Thursday, December 12, 2013

Peluang perniagaan bersama Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Minggu ini sudah masuk 8 bulan saya bekerja dari rumah.  Bermula hanya sebagai peserta kelas asas blog kemudian menjadi pembantu kelas kepada Puan Masayu sebulan kemudian.  Alhamdulillah 3 bulan kemudian sehingga ke hari ini berjaya menjadi seorang guru online di akademi.

Kini Akademi Bekerja di Rumah sudah membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi rakan niaga kepada produk akademi.  Peluang ini dibuka bagi membantu suri rumah di luar sana yang ingin mula bisnes online tetapi tidak ada produk sendiri.  Ingin menjana pendapatan tetapi tidak dapat keluar rumah untuk membuat penghantaran produk kerana anak-anak masih kecil.

Dengan mendaftar sebagai rakan niaga, anda mempunyai 2 pilihan:

1. Membina satu Blog Bisnes dan fanpage yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Yuran untuk pilihan ini adalah RM200

2. Tidak ada masa untuk membina sendiri blog dan fanpage tetapi tahu bagaimana menggunakan blog.  Saya akan bina blog dan fanpage untuk anda.
Yuran untuk pilihan ini adalah RM300.

Sebagai rakan niaga, anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Anda hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Apa yang kalian dapat ialah satu Blog tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Yang membantu menjana pendapatan anda TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH!

Mahu menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah? Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Guru Online Bertugas:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7


----------------------------------------------------------------------------------------------------

EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

PM saya Aishah Hussein atau terus bayar di sini

Beli ebook/buku/CD Quran: http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor


Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:

Tuesday, December 10, 2013

Tips mudah menyelamatkan wang apabila membeli barangan elektrik

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Sewaktu diuji dengan demam, saya juga diuji dengan mesin basuh yang rosak.   Mesin basuh yang baru dibeli tidak sampai setahun sudah rosak.  Memang hangat hati tetapi sebab dalam keadaan demam, hanya biarkan perkara itu.  Tetapi pembantu saya yang setia, angah terpaksalah membasuh kain dengan tangan dan hanya boleh keringkan sedikit demi sedikit kerana mesin tersebut tidak boleh terima lebih dari 5 helai pakaian sewaktu spin.  Sabar ya angah melayan kerenah ibu dan adik di rumah.  Moga Allah membalas budi angah dengan rezeki yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat.



Semasa demam, tidak berdaya hendak mencari di mana saya simpan resit pembelian.  Hanya mampu berdoa dan berzikir agar Allah menemukan saya dengan resit tersebut.  Akhirnya setelah kepala pun dah stabil barulah terjumpa.  Mujur tarikh di resit tersebut memang menunjukkan yang mesin basuh masih dalam tempoh warranty.  Ahad petang terus pergi ke kedai di mana saya beli mesin tersebut dan membuat lapuran.  Hari ini baru technician Samsung datang dan baiki terus.  Syukur sangat-sangat sudah boleh meneruskan kegiatan membasuh kain secara besar-besaran.  Namun, technician sudah pesan siap-siap tidak boleh membasuh lebih dari muatan yang dibenarkan.  Dan jangan basuh terlalu kerap dalam sehari untuk menjaga jangka hayat mesin basuh.

Tips mudah tetapi penting:
Bagi yang membeli barang elektrik, pastikan anda menyimpan resit pembelian sehingga sekurang-kurangnya selepas tamat tempoh warranty kerana ia dapat menyelamatkan wang anda.  Jika dahulu kala, perlu mengisi borang bagai untuk mendapat warranty tetapi sekarang janji ada resit yang dapat membuktikan tarikh kita membeli produk tersebut.

Tanpa resit tersebut, saya sudah tentu perlu membayar caj untuk mereka datang dan juga untuk harga bahagian yang mereka ganti.  Hari ini, Allah telah selamatkan saya.  Terima kasih Allah.

Malam ini perlu menguji kelasakan mesin basuh dengan kad otaknya yang baru.  Moga Allah panjangkan umur mesin basuhku untuk tempoh yang lebih lama.


Sunday, December 8, 2013

Nostalgia muda belia

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google

Bismillah pembuka kata.

Kemaafan saya pohon kerana begitu lama tidak mengemaskini blog.

Alhamdulillah.  Selepas 4 hari diuji dengan demam panas dan lengkap dengan pakej selsema dan batuk, hari ini baru diberi rezeki kesembuhan.  Walaupun belum sembuh sepenuhnya tetapi cukup untuk memberi tenaga bagi saya menaip beberapa patah di sini serta hadirkan diri ke rumah seorang rakan yang sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa.  Rakan yang sudah menetap dan bekerja di USA selepas hari graduasi dan kini inshaallah kembali ke Malaysia untuk meneruskan dengan perjalanan hidup baru.

Apabila kami bertanya "apa yang membuat you nak balik ke Malaysia?".
Dia sendiri tidak tahu kenapa tetapi katanya "tiba-tiba hati rasa rindu sangat-sangat dan nak balik Malaysia".  Ya, mungkin itulah berkat doa ibu agar dibukakan pintu hati anak-anak mereka untuk pulang.  Tetapi untuk berapa lama, hanya Allah yang menentukannya.

Untuk sis Niza, semoga beliau dapt sesuaikan diri kembali dengan kehidupan dan suasana di Malaysia kembali.  Hujan emas di bumi orang, hujan batu di negeri sendiri:)

Tempat jatuh lagi dikenang
Apabila sudah berjumpa dengan rakan-rakan lama satu universiti, kebah demam, hilang sakit sebentar.  Memori masing-masing kembali bertaut ke 23 tahun dahulu sewaktu masih muda belia. Membongkar kembali kotak hitam di fikiran kami, segala kenangan bersama rakan-rakan di universiti. Masing-masing membuka kembali simpulan lama. Simpulan yang dulu mungkin satu kepayahan dan keperitan tetapi kini kami sudah dapat menoleh ke belakang dan melihat ia sebagai satu kemanisan pada hari ini.  Kenangan manis yang membuat masing-masing gelak apabila dikenang kembali.

Setiap insan di dunia diduga dengan pelbagai musibah dan saat ditimpa dengan musibah, berbagai persoalan keluar dari benak hati kita.  Kenapa kita?  Tetapi sebagai hama Allah, itulah percaturan hidup kita yang Allah sudah tentukan.  Doakan dan usahakan yang terbaik agar kita mendapat yang terbaik di sisiNya.  Bukan semua yang kita kehendaki adalah yang terbaik buat kita.   Bukan buat masa kini mungkin untuk masa akan datang.  Inshaallah.

Foto: www.tamuk.edu
-------------------------------------------------------------------------------------
Pre oder sekarang

PM saya Aishah Hussein atau terus bayar di sini
http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Beli ebook/buku/CD Quran: http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Untuk belajar kelas asas blog: http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Wednesday, December 4, 2013

Kejayaan bukan datang bergolek

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Tengahari tadi selesai sudah kelas offline.  Lewat petang badan sudah seram sejuk, tekak mula perit memberi tanda untuk berehat sebentar.  Terima dengan redha segala pemberianMU wahai Allah.

Bagi yang ingin mula bisnes dari rumah secara online, boleh mula dengan apa yang ada.  Bina blog dan fanpage untuk permulaan dan promo produk.  Apabila sudah pulang modal, tambah ilmu dengan belajar teknik pemasaran dari pakar IM yang lebih hebat.

Kejayaan bukan datang dalam sehari dua. kadang-kala makan tahun.  Perlu usaha dan istiqomah.  Jika cepat mengalah memang akan cepat ketinggalan di belakang.

Ada yang berharap apabila siap bina blog dan fanpage, jualan akan melantun-lantun.  Mungkin juga tidak mustahil jika produk kita memang produk yang laku keras.  Tetapi bagi yang baru menapak dan menjual produk yang banyak dijual oleh orang lain perlu lebih menonjol untuk menarik minat pelanggan. Blog perlu diisi dengan perkongsian yang menarik agar dapat menarik pembaca yang juga akan menjadi pelanggan kita suatu hari nanti, inshaallah.  Tidak semestinya gambar produk sahaja tetapi berkongsi tips dan kebaikan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah pembaca.


Bagi yang ingin mula bisnes online tetapi tidak tahu bagaimana hendak mula, boleh sertai Akademi Bekerja di Rumah dengan mendaftar di salah satu kelas berikut:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

PM saya di Aishah Hussein atau emel di noraisah.hussein@gmail.com untuk keterangan lanjut.

------------------------------------------------------------------------------------------------
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
SUDAH TERBIT
Dapatkan segera dengan harga RM50 SAHAJA

atau PM saya Aishah Hussein



EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Tuesday, December 3, 2013

Kelahiran baru di hujung tahun

Teks: Aishah Hussein

Bagi ibu-ibu yang bakal menyambut kelahiran bayi tidak lama lagi, pasti sudah sibuk membeli segala kelengkapan pakaian bayi.

Terkenang kembali ketika saya terpaksa berpantang tanpa emak di sisi saya.  Alhamdulillah ketika itu saya sudah ada pengalaman dengan dua anak yang pertama.  Namun kerana kelahiran anak ketiga adalah melalui pembedahan, ia sedikit berbeza dan memerlukan sokongan yang lebih dari ahli keluarga.

Alhamdulillah, kini buat ibu-ibu muda sudah ada banyak info di internet, buku dan ebook yang berkongsi pengalaman suasana berpantang ibu-ibu di Malaysia.

Terima kasih kepada penulis Puan Masayu yang berjaya menerbitkan ebook Panduan 44 hari Pantang Tradisional & Moden untuk rujukan semua di luar sana.

Ebook ini dijual dengan harga pre oder sekarang.  Hanya perlu bayar RM30 jika anda melakukan tempahan sebelum 15.12.13.  Anda hanya ada 13 hari untuk rebut peluang ini.




Bukan itu sahaja, peluang untuk dapatkan ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu juga diberikan bagi yang menghantar ulasan eBook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden sebelum 30.12.2013.
Selepas ini harga pakej 2 ebook ini akan dijual dengan harga RM60. Rebut peluang dalam masa 13 hari ini untuk miliki 2 ebook ini dengan penjimatan sebanyak RM30.

PM saya Aishah Hussein atau terus bayar di sini
http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Beli ebook/buku/CD Quran: http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah: http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Untuk belajar kelas asas blog: http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...