Saturday, September 7, 2013

Pavlova oh pavlova

Teks: Aishah Hussein

Along sibuk nak makan Pavlova.  Ibu pula asyik tunda-tunda, bukan apa cuma tidak pernah ibu cuba buat pavlova.  Pernah rasa sekali aje, itupun satu sudu semasa jamuan di pejabat dulu.

Oleh kerana pavlova termasuk dalam senarai makanan yang dia nak makan sebelum balik ke Mesir, jadi ibu suruh dia buat sendiri.

Apa lagi Along usahakanlah cari resipi, biasalah di google.  Dengan penuh semangat Along siapkan bahan-bahan.  Tetapi yang buat dan habiskan kerja adalah ibu juga.  Biasalah.

Ini dia resipi Pavlova.  Resipi untuk makan 4 orang dewasa, satu hari aje selesai.

Bahan-bahan

4 biji telur putih
1/2 cawan gula (resipi asal 3/4 cawan, saya rasa terlalu manis)
1 sudu teh cuk
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
250 ml krim segar untuk topping pavlova

Hiasan
Blueberi
Kiwi
Apricot dalam tinini dia
Anggur

Cara-cara
1.  Pukul telur putih sehingga berbuih.
2.  Mula masukkan gula, sedikit demi sedikit.
3.  Pukul sehingga kental, untuk tentukan ia cukup kental, cuba angkat pemukul dan bancuhan itu bertanduk dan tidak jatuh, itu maksudnya bancuhan sudah cukup dipukul.
4.  Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka.  Kacau hanya menggunakan spatula.
5.  Bakar di dalam oven dengan suhu 150C selama 15 minit.  Selepas itu turunkan suhu 130C dan bakar selama 1jam. (bergantung pada oven masing-masing)
 6.  Setelah masak, biarkan meringue sejuk.
7.  Pukul krim segar sehingga kembang.  Semasa memukul dengan mixer, set pada kelajuan tinggi.
8.  Tuangkan krim di atas pavlova dan susun buah mengikut pilihan buah yang disukai.  Sejukkan.
                               
Inilah rupa pavlova, tidak begitu menarik tetapi cukup untuk lepaskan selera orang yang mengidam pavlova :






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...