Tuesday, May 7, 2013

Rezeki Allah yang bagi

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah demam pilihanraya sudah pun kebah.  Moga semua redha dengan keputusan.  Apa yang kita boleh teruskan adalah berdoa demi kesejahteraan agama dan perpaduan bangsa di negara kita.

Semalam Selangor bagi cuti pada rakyatnya.  Kami gunakan peluang itu untuk melawat seorang sahabat yang baru memulakan bisnes rumah urut.  Eh bukan rumah urut yang tut, tetapi urut refleksologi.  Alhamdulillah juga, bila dah bekerja sendiri ni, nampak aje peluang berniaga dan peluang bekerjasama dengan sahabat rapat.

Keputusan saya menjadi WAHM ini keseluruhannya saya serahkan kepada DIA.  Sesungguhnya DIA yang menentukan, kita hanya berusaha.  Segala perasaan risau dan takut akan tidak cukup rezeki saya serahkan kepada DIA.  Hasbunallah wa ni'mal wakil. "Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung".

Tawaran promosi masih berjalan sehingga 20 Mei 2013.
Dapatkan segera di Buku Online.

Sila singgah ke kedai-kedai saya:

Untuk mendapatkan buku-buku ilmiah
--> http://www.facebook.com/pages/Buku-Online/465062893560060
      http://buku-online4u.blogspot.com/

Mencari produk sunnah
--> http://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Ingin mencuba sabun untuk kecantikan dan kesihatan
--> http://www.facebook.com/pages/MZSecretSoap/232801930195614

Ingin mendaftar Kelas Asas Blog
--> http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
atau untuk pertanyaan
--> http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/kelas-asas-blog-penulisan.html
 

Monday, May 6, 2013

Ayam Masak Sos Tiram

Teks: Aishah Hussein

Resipi yang ingin saya kongsi pada kali ini ialah Ayam Masak Sos Tiram.  Masakan yang tidak pedas dan sesuai untuk dimakan oleh anak-anak juga.

Jika ingin dihidangkan untuk ibu dalam pantang, bolehlah menggantikan ayam dengan ayam kampong ataupun daging.  Dan abaikan sos tiram dari resipi.  Tambah bawang putih supaya sesuai dengan keadaan ibu dalam pantang.

Ayam Masak Sos Tiram


Bahan-bahan:
10 ketul Ayam 
6 ulas Bawang putih  } ditumbuk
4 ulas Bawang merah} ditumbuk 
Halia 2 inci  } ditumbuk
5 biji Buah pelaga } ditumbuk
2 biji Bunga lawang  } ditumbuk
Kulit kayu manis
Lada hitam
1/2 cawan Sos Tiram

Garam secukup rasa
Air


Cara-caranya:
1. Ayam digoreng dengan minyak sedikit.  Goreng sehingga ayam berwarna kuning sahaja. Tidak perlu sehingga masak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.  Masukkan juga kulit kayu manis.
3. Kacau semua sehingga rata.
4.Masukkan sos tiram dan kacau rata.
5. Masukkan air separas ayam.
6. Masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuah menjadi pekat.
7. Sekiranya ayam masih belum masak tetapi kuah sudah pekat, boleh tambah lagi air dan masak sehingga pekat.

Sunday, May 5, 2013

Sphagetti Daging

Teks: Aishah Hussein

Kali ini saya ingin berkongsi resipi barat yang diubahsuai mengikut citarasa orang Melayu.
Bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati dan boleh dibuat stok di rumah.  Jadi tidak perlu bila nak buat baru nak cari.

Seperti biasa, resipi ini adalah resipi yang mudah dan pantas dimasak.  Hari bekerja juga boleh dibuat.  Semoga suri rumah di luar sana dapat manfaatkan resipi ini untuk dihidangkan menu yang mudah dan enak kepada keluarga masing-masing.


Sphagetti  Daging (Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:
250gm daging kisar
2 ulas Bawang putih  } dipotong dadu atau ditumbuk kasar
2 ulas Bawang Besar } dipotong dadu
2 biji tomtato
1 tin Tomato puree
1 tin cendawan butang
Lada hitam
Lada putih
Oregano
Garam secukup rasa
Gula 1/2 sudu teh
200gm sphagetti


Cara-caranya:
1. Sphagetti direbus bersama air dan diletakkan sedikit garam.
   Untuk kuah:
2. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak. {boleh diabaikan jika tidak suka meletakkan minyak}

3. Tumis bawang-bawang yang telah dipotong daud dan ditumbuk.
4. Setelah naik bau, masukkan daging kisar.
5. Setelah daging sudah berwarna cerah masukkan tomato puree dan buah tomato.
6. Tambah 1 tin air ke dalam periuk.
7. Masukkan garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa, serta masukkan oregano 1 sudu besar.
8. Bila sudah menggelegak, masukkan cendawan butang.
9. Masukkan gula sedikit untuk menghilangkan keasidan tomato di dalam kuah.
10. Biarkan ia mereneh dengan api yang perlahan.  Setelah pekat sedikit bolehlah ditutup api.






Saturday, May 4, 2013

Semangat patriotik sikit hari ini

Teks: Aishah Hussein

Esok adalah hari kita mengundi.  Dalam keseronokan kita untuk memangkah calon-calon yang kita pilih, jangan lupa untuk beristikharah kepada Allah sebelum membuat keputusan.

Hanya DIA yang mengetahui pilihan yang mana yang tepat untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita.

Tetapi jangn langsung tidak keluar mengundi pula kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat kepada negara.

Moga apa juga keputusannya esok, kita tetap bersatu demi ISLAM.

Dapatkan ebook 30 tipssihat ibu hamil & pantang di Buku online 

Friday, May 3, 2013

Projek oh projek

Teks: Aishah Hussein

Malam tadi selesai membakar 6 tray brownies.  Alhamdulillah penghantaran dilakukan oleh en suami pagi ini.  Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu menempah brownies.  Moga kalian (Syaza, Ina dan Kelly) dimurahkan rezeki dan terus menempah brownies dari saya.

Projek untuk cookies akan ditunda ke minggu hadapan, selepas pilihanraya.  Harap kembar saya sabar menunggu.


Sila singgah ke kedai-kedai saya:

Untuk mendapatkan buku-buku ilmiah
--> http://www.facebook.com/pages/Buku-Online/465062893560060
      http://buku-online4u.blogspot.com/

Mencari produk sunnah
--> http://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Ingin mencuba sabun untuk kecantikan dan kesihatan
--> http://www.facebook.com/pages/MZSecretSoap/232801930195614

Ingin mendaftar Kelas Asas Blog
--> http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
atau untuk pertanyaan
--> http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/kelas-asas-blog-penulisan.html



Thursday, May 2, 2013

Masa bergerak pantas

Teks: Aishah Hussein

Masa bergerak begitu pantas.  Sekarang sudah masuk bulan Mei 2013.  Baru 3 minggu saya bergelar seorang WAHM tetapi sudah rasa seperti 2 bulan.  Agaknya sebab banyak aktiviti  berlaku jadi tidak terasa kebosanan.  In shaa allah, en suami akan sampai hari ini.  Moga semua perancangan projek beliau juga berjalan lancar.

Bulan Mei juga merupakan bulan peperiksaan bagi anak-anak.  Mudah-mudahan juga dipermudahkan buat mereka untuk menjawab semua soalan.


Untuk mendapatkn buku-buku ilmiah sila ke http://buku-online4u.blogspot.com/
dan juga http://www.facebook.com/pages/Buku-Online/465062893560060

Untuk dapatkan produk sunnah
http://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Bagi mendapatkan produk kesihatan dan kecantikan
http://www.facebook.com/pages/MZSecretSoap/232801930195614

Wednesday, May 1, 2013

Nasi Goreng hidangan sepanjang hari

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Nasi goreng adalah hidangan yang dimakan tidak mengira masa.  Saya sendiri juga menghidangkan nasi goreng untuk makan malam di waktu sampai lambat ke rumah dari ofis.  Bukan apa, senang untuk dimasak.  Tidak perlu lauk-lauk lain kerana lauk-lauk seperti ayam, udang atau telur boleh terus dimasukkan sekali ke dalam nasi goreng.

Di kedai-kedai yang menjual sarapan,  nasi goreng selalunya digoreng kosong kerana selalunya ada lauk-pauk yang dijual untuk digandingkan bersama nasi lemak boleh dimakan bersama dengan nasi goreng juga.


Untuk hidangan waktu tengahari atau pun malam, kedai-kedai makan selalunya menawarkan nasi goreng yang istimewa sedikit.  Hidangan yang ditempah begini selalunya dimasukkan sayur-sayura seperti, bunga kobis, kangkung, sayur campur atau pun cendawan.

Selalunya di dalamnya sudah ada lauk seperti daging, atau ayam dan ada juga boleh pilihan untuk campuran makanan laut jika suka.  Biasanya harga untuk pilihan bersama makanan laut lebih mahal sedikit.  Jika Nasi goreng bersama ayam adalah RM4.00, untuk makanan laut menjadi RM5.00.

Jenis-jenis Nasi Goreng yang ada di pasaran:
1.  Nasi Goreng USA
2. Nasi Goreng Ladna
3. Nasi Goreng Cina
4. Nasi Goreng Thai
5. Nasi Goreng Kampung
6. Nasi Goreng Pattaya
7. Nasi Goreng Cendawan
8. Nasi Goreng Ayam Kunyit
9.  Nasi Goreng Lada Hitam dan lain-lain lagi.

Nasi Goreng Pattaya








Nasi Goreng Kampong
Nasi Goreng Ladna

















Foto:
flickr.com

lyniey.blogspot.com

Osteoarthritis, hanya satu ujian - 02.04.13

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Tiga tahun dulu sewaktu doktor mendiagnos penyakit yang saya hidapi itu adalah Osteoartritis(OA), saya mencari di internet segala informasi yang berkaitan dengan penyakit itu.

Apa itu osteoarthritis.


Tak banyak yang boleh dicari di dalam artikel bahasa malaysia.  Apa yang saya temui sedikit sebanyak mampu memberi kefahaman kepada saya tentang penyakit ini.

Osteoartritis adalah keradangan sendi yang berpunca daripada kemerosotan rawan.  Rawan adalah bahan protein yang berfungsi sebagai "kusyen" di antara tulang-tulang sendi. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh proses penuaan, keturunan, dan kecederaan dari trauma atau penyakit.  Simptom paling biasa bagi penyakit osteoartritis adalah kesakitan pada sendi yang terjejas selepas digunakan berulang-ulang.
     
Tiada ujian darah diperlukan untuk mendiagnosis penyakit osteoartritis, walaubagaimanapun, ujian darah diperlukan untuk menentukan samada simptom yang ditunjukkan adalah bukan disebabkan oleh penyakit-penyakit lain.  Penyakit yang lebih kurang simptom dengan osteoarthritis adalah rheumatoid arthritis dan gout.

Matlamat rawatan osteoartritis adalah untuk mengurangkan sakit sendi dan keradangan sambil meningkatkan dan mengekalkan fungsi sendi.

Rawatan terakhir saya telah pun berakhir.  Suntikan cecair ke dalam lutut saya telah dilakukan pada 2 April lalu dan diikuti dengan rawatan fisioterapi. (terima kasih kepada sahabat saya yang menemani saya waktu itu kerana en suami berada di luar daerah).


Rawatan yang saya cuba bukan terhad kepada rawatan dari doktor sahaja.  Saya juga mencuba rawatan alternatif.  Baik dari segi pemakanan dan juga rawatan dari ustaz.  Kita hanya mencuba dan mencari rawatan yang serasi.  Sambil memohon petunjuk dari Allah rawatan mana yang serasi yang dapat menyembuhkan penyakit kita.  Selebihnya kita berserah pada Allah.

Alhamdulillah, hari ini lutut saya terasa kurang sakit.  Apa yang saya lakukan adalah beriadah dengan cara yang disarankan oleh ahli fisioterapi.  Mengambil makanan sunnah iaitu habbatus sauda dan madu serta supplemen tambahan dari doktor.

Tidak lupa juga berdoa moga diberi kesembuhan dan juga kesihatan yang baik secara keseluruhannya.  Jika nak dibandingkan sakit lutut saya dengan penyakit orang lain yang lagi teruk dari saya, apalah sangat ujian yang Allah beri kepada saya yang kerdil ini.  Saya sepatunya lebih bersyukur di atas ujian ini ( Teringat pula pada buku Prof Kamil bertajuk "Bersyukur Saat diuji").  Terima kasih Allah di atas pemberian Mu ini.

Moga Allah mengampuni saya di atas keluhan saya sebelum-sebelum ini.















Dapatkan produk-produk sunnah di kedai kami http://www.facebook.com/KedaiProdukSunnahOnline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...