Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan. Semua persiapan dan kelengkapan raya mesti sudah disediakan. Bagaimana pula dengan persiapan Ramadhan kita. Jom buat senarai semak untuk matlamat mencapai Ramadhan yang lebih baik tahun ini. Bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk kerohanian dan ketaqwaan kita kepada Allah.
Ayuh kita jadikan Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini. Ahlan wa sahlan Ramadhan. Aku ingin menemui engkau Ramadhan. Moga Allah memberi rezeki pada kita untuk menjalankan ibadah di dalam bulan Ramadhan ini dengan lebih sempurna di mata Allah.
Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca andai ada yang saya tulis di sini menyinggung perasaan semua. Saya hanya manusia biasa tetapi saya inginkan pengampunan Allah.
Mari kita juga maafkan dosa orang lain moga dengan itu juga Allah mengampunkan dosa kita kepada Nya.
Tuesday, June 9, 2015
Wednesday, June 3, 2015
Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage - Muhariyanti Che Mat
Teks: Muhariyanti binti Che Mat
Sumber : http://muhariyantichemat.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
DI SINI BERMULA
Minat untuk menulis memang ada. Impian untuk menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan juga ada. Namun, tidak tahu bagaimana dan apakah cara yang mudah dan berkesan untuk seorang suri seperti saya. Justeru, pencarian dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini. Tambahan pula, sahabat baik saya, Kizeewatty Zainal juga merupakan alumni ABDR yang mengambil kelas untuk melancarkan perniagaan online beliau. Melalui email, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Zaila Mohamad. Sangat kagum dengan beliau yang ketika itu mempunyai 4 orang cahaya mata tetapi masih mampu menjadi seorang WAHM dan guru online yang berjaya, saya terus mendaftarkan diri. Alhamdulillah, syukur.
KENAPA PILIH ABDR?
Saya berniat untuk menjalankan perniagaan online. Justeru, dengan bilangan alumni yang sebegini ramai, saya rasa saya mampu membina satu rangkaian network yang sangat baik menggunakan platform ABDR. Lagipun, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan. Dengan pelaburan sebanyak RM200, saya diajar untuk membangunkan sebuah blog dan fanpage sendiri. Menariknya, sebagai keluarga ABDR, saya akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini.
Terdapat pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan oleh ABDR dan tenaga pengajarnya juga ramai, anda boleh memilih guru yang anda suka. Kelas yang terbaru ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage bersama Puan Zaila (fb: Zaila Mohamad). Melalui pakej ini, saya diberikan 4 ebook iaitu:
1. Belajar Asas Blog
2. Super WAHM, Super Mom
3. Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
4. 101 Idea Home-Based Bisnes
PERJALANANKU
Pada permulaan kelas, saya telah disuruh untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya, tanpa paksaan. Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui facebook dan Whatsapp pada waktu pagi ketika anak masih lena diulit mimpi. Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog dan fanpage. Ia sangat berguna kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri tetapi gagal kerana tiada ilmu tentang blog.
Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Zaila dan dapat diselesaikan segera sekiranya beliau sedang online. Jika tidak, beliau akan memberi respon dalam masa kurang 24 jam. Kelas yang sangat fleksibel, bukan? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan yang lebih penting. Tiada paksaan, tiada had masa. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah anda menghasilkan blog sendiri. Sangat menarik!
Sepanjang mengikuti kelas secara online, bermacam yang telah saya lalui. Ditegur, dimarahi, dinasihati, semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang pelajar, tidak boleh melawan cakap gurunya. Namun, puan Zaila sememangnya seorang yang sangat berfikiran terbuka dan memahami pelajarnya. Masakan tidak, mungkin saya satu-satunya pelajar beliau yang sangat liat dan pemalas, sehinggakan beliau selalu mengingatkan saya tentang tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan yang hanya mengambil masa tidak sampai sejam, kadang-kadang seminggu baru saya selesaikan. Walhal sebagai seorang suri yang 24 jam masanya di rumah, saya sebenarnya boleh membuat tugasan pada bila-bila masa sahaja. Inilah yang dikatakan sindrom malas menggunakan komputer riba. Terima kasih buat guru saya puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya.
SEGALANYA BELUM BERAKHIR
Alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya sama ada sebagai WAHM ataupun SAHM yang berjaya. Semoga blog dan fanpage yang dihasilkan mampu mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Kepada sahabat-sahabat yang merasakan terbeban dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya.

Monday, April 20, 2015
Pencuri duit sendiri
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Sejak beberapa minggu ini, inbox saya sering dihujani oleh mereka yang mahu belajar pengurusan kewangan bisnes. Akademi Bekerja di Rumah berkoloborasi bersama 2 orang trainer. Lokasi kelas adalah di sekitar Putrajaya, Bandar Tun Hussein Onn dan juga di Shah Alam.
Saya sangat-sangat cadangkan suri yang terlibat dengan bisnes tidak kira secara online ataupun offline, ambil tahu tentang aliran kewangan bisnes kalian. Walau kalian tidak membuat kerja-kerja mengemaskini akaun tetapi kalian mesti ambil tahu aliran masuk dan keluar. Jika kita lepas tangan pada rakan kongsi ataupun orang lain, kebarangkalian untuk kalian ditipu amat cerah. Sudah ada dua tiga rakan yang berkongsi pengalaman kepada saya.
Bertindak sekarang sebelum terlambat. Bunyi macam remeh tetapi ia adalah langkah keselamatan.
Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer:
Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
Duit personal adalah duit "SENDIRI"
+ Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
+ Jangan Gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
+Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes.
Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang. Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?
Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.
Antara jenis kelas akaun yang ditawarkan:
1. Kelas asas Akuan secara online
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul ini
2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Berminat untuk belajar urus akaun bisnes?
Hubungi saya di fb: aishah.hussein7
atau
Untuk pendaftaran klik sini http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html

Tuesday, April 7, 2015
Berbaki usia
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Sejak ayahanda keluar dari hospital tempohari, keadaan beliau semakin lemah. Setiap hujung minggu kami akan cuba pulang ke Kuantan. Ayah mungkin tidak ada banyak masa lagi. Tetapi Allah bagi masa yang tidak berapa banyak ini buat anak-anak untuk menjaga selagi mampu.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk saya menyuapkan makanan ke mulut ayah. Ayah mungkin tidak punya masa yang banyak tetapi kita yang sihat ini juga belum tentu hidup lebih lama dari ayah.
Semua aktiviti kelab anak-anak saya tukarkan ke hari biasa. Semua aktiviti 'baking' saya pula hanya dibuat pada hari Selasa hingga Jumaat sahaja sekarang. Selagi boleh, kami cuba untuk pulang ke kampung. Berkorban untuk "tokki'. Moga dengan kehadiran kita menggembirakan tokki akan diganti dengan rezeki yang lain.
Aktiviti pendaftaran kelas-kelas online masih dibuka seperti biasa.
Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Personal Coaching
-Grup Coaching
-Kelas Online setiap Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog
*** Bagi yang mahu hadir ke Kelas offline di Shah Alam, boleh hubungi saya untuk tetapkan hari dan tarikh ya.
Sekarang ini jadual saya hanya ada hari Selasa dan Khamis.

Boleh juga sertai kelas secara grup di seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh terbaru 25/4/15
Wednesday, February 25, 2015
Sibuk atau buat-buat sibuk :)
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
"Sibuk ke saja-saja buat sibuk?"
Sudah hampir masuk tahun kedua saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kadang-kadang, terbit di fikiran saya,
"Kalau lah aku berhenti lebih awal, kan seronok"
"Kenapalah aku tak berhenti kerja lagi awal"
Tetapi sebagai hamba Allah, saya wajib percaya bahawa semua ini sudah tertulis di Luh Mahfuz. Tiada kebetulan tetapi semuanya sudah ditentukan oleh Allah.
"Kenapa berhenti kerja, tak sayang ke gaji dah banyak" .
"Kenapa tahun 2013 bukan tahun 2001".
Subhanallah. Semua itu bukan lagi persoalannya. Semuanya saya sudah bertanyakan pada Allah sebelum saya membuat keputusan untuk menghantar surat perletakan jawatan. Malah tarikhnya juga saya tanyakan kepada DIA.
{Bak kata Ustaz Kamal, bukan semua hikmah dari Allah boleh difikir dengan logik akal. Tidak perlu kita persoalkan kenapa. Terima dengan hati yang redha. Siapa kita untuk persoalkan ketentuan Allah sedangkan diri kita sendiri pun kita tidak tahu untuk uruskan.}
Tiada bayaran yang lebih mahal yang dapat menawarkan saya untuk kembali bekerja sepenuh masa. Bukan mendabik dada atau bercakap besar tetapi nikmat yang Allah berikan sekarang terlalu banyak berbanding dengan ketika saya bekerja sepenuh masa dengan wang ringgit yang masuk ke akaun setiap hujung bulan.
Ketika berhenti kerja dulu, hampir semua orang bertanya nak buat apa.
"Do something lah, nanti you will get bored".
Hmm saya hanya tersenyum sebab saya tahu ketika itu Allah yang lebih mengetahui apa yang Dia mahu berikan kepada hambaNya yang tidak punya apa ini.
Niat saya nak berhenti kerja kerana saya mahu berada bersama keluarga di samping pergi ke kelas-kelas agama.
Saya tahu saya tidak akan memiliki wang untuk membeli barang sesuka hati.
Saya tiada kemahiran. Nak baking pun setakat buat Kek Carrot, muffin dan brownies aje.
Nak bisnes online pun tiada produk nak jual. Kemahiran nak bisnes pun tidak ada. (Tetapi Allah juga sudah lorongkan saya bertemu dengan sifu Masayu Ahmad ketika itu, walaupun ketika itu saya belum nampak lagi apa yang saya buat itu akan membawa saya ke alam bisnes online.)
Saya mahu ke kelas-kelas agama tetapi saya tidak ada gaji yang tetap untuk membayar kelas-kelas tersebut. (Ketika itu kelas-kelas baking belum masuk dalam senarai saya :) )
Ketika bekerja dulu, kuliah agama PERCUMA diadakan waktu rehat. Jadi bila sudah berhenti kerja, saya perlu mencari tempat-tempat yang mengadakan kuliah-kuliah sebegini.
Saya hanya mapu berdoa agar Dia permudahkan jalan untuk saya menambah ilmu akhirat. Alhamdulillah, seorang rakan memaklumkan kepada yang Masjid Bukit Jelutong ada mengadakan kuliah-kuliah agama. Allah lorongkan jalan untuk saya dapat menghadiri kuliah-kuliah agama dan ia adalah PERCUMA. Malah setiap hari ada kuliah-kuliah dari penceramah yang bagus-bagus yang tidak pernah saya bayangkan saya akan dapat jika saya berhenti kerja. Sehinggakan saya pernah berkata kepada Along,
"Inilah nikmat keseronokan berhenti kerja sebenarnya Along.
Dapat pergi kuliah agama, belajar tajweed, bahasa Arab, macam-macam lagi lah.
Gaji RM5000 pun belum tentu dapat ganti ilmu yang Allah mahu berikan ni."
Setiap hari diingatkan akan kematian yang bakal datang pada bila-bila masa.
Setiap hari diingatkan, apa yang kita lakukan akan dicatat di kitab amalan kita.
Allahurabbi.
Nikmat mana lagi yang mahu kami dustakan.
Ini belum termasuk lagi kesedaran dan ilmu yang saya terima dari Grup whatsapp Al Quran di Hati(AQDH). Allah lorongkan juga untuk saya bersama mereka yang mengingatkan agar dulu kan hak Allah. Setiap hari pandanglah Al-Quran sebelum melihat facebook atau sebelum asyik dengan kerja-kerja rumah.
"Kalau dulu nak baca Quran 2 mukasurat pun rasa payah, sekarang 10 mukasurat sehari pun rasa mudah". Ini antara komen-komen rakan-rakan di AQDH. Mudah-mudahan berkekalanlah kami di dalam keseronokan membaca kalam Allah. Bukan setakat membaca tetapi juga membaca terjemahannya.
Ya itulah sebenarnya kesibukan yang saya suka. Sibuk dengan ilmu akhirat, sibuk mengejar ambil anak-anak. Sibuk dengan kelas-kelas baking dan juga kelas-kelas blog. Dan juga sibuk dengan tempahan. Itupun jika Allah mahu beri. Hanya DIA yang tahu kemampuan saya.
Atas kesibukan itu juga saya terpaksa menolak untuk kelas offline pada waktu malam. Kerana siang hari saya sudah kesibukan untuk ilmu dan anak-anak. Jadi malam hari adalah untuk saya berehat bersama keluarga.
Mohon kemaafan dari saya yang lemah.

============================================================
Namun kelas-kelas offline saya masih buka untuk hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Dan yang terbaru Kelas offline bersama Ciku Zaila di Shah Alam untuk grup kecil 5-10 orang sahaja buat masa ini.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com
Tuesday, February 24, 2015
Kelas Asas Blog + Instagram secara Offline
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Atas permintaan di luar sana, saya bersama Cikgu Zaila akan mengadakan Kelas Asas Blog dan belajar menggunakan Instagram untuk Bisnes secara offline bagi kumpulan kecil.
Yang berminat dan rasa lebih sesuai untuk belajar secara berdepan berbanding online, boleh mula daftar ya.

Yang berminat boleh pm ke fb: aishah.hussein7
atau wassap ke 013-3837768
Tempat sangat terhad.
Wednesday, February 11, 2015
Ulasan Kelas Blog - Roszila Ibrahim
Bismillah. Alhamdulillah penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur diakses secara online baik untuk umum mahupun peribadi. Blog juga kombinasi sesebuah teks, gambar, video dan link ke satu blog ke blog. Blog juga laman yang menempatkan pelbagai topik samaada berdasarkan minat, kemahiran atau apa untuk dikongsi. Boleh juga dikatakan sebagai diari online. Kini dengan blog juga dapat menjana pendapatan. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja.
Oleh itu, saya mengambil peluang ini tanpa ragu-ragu kerana dengan kelas online blog banyak faedahnya. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pada masa kini seiring perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang semakin meluas. Angan- angan saya memang tinggi dan saya berharap supaya menjadi WAHM yang berjaya seperti yang diharapkan Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.
Niat memang sudah lama untuk belajar blog dan baru sekarang impian dapat direalisasikan.Yang bestnya Kelas Online ini kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan! Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Pada mulanya saya membeli dua ebook dari Anys Idayu untuk bahan bacaan saya, oleh kerana tidak puas membaca ebook jadi saya daftarkakan diri dengan Anys Idayu untuk belajar. Teruja sangat dapat belajar dan berblog kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Yuran Rm 200 dengan percuma 4 ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang berguna.
Kini, saya masih giat menuntut ilmu dan saya berharap supaya dapat menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips dari ahli lain. Oleh itu, mulakan sekarang sebelum terlambat.
sumber : http://roszilaibrahim.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas%20Online%20Blog

Sunday, February 1, 2015
Tips menyimpan sayur dan ulaman dalam petisejuk
Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Ramai yang cuti panjang ya bermula dari Sabtu hingga Selasa, terutamanya orang KL.
Bagi ibu-ibu di Selangor, walau cik abang cuti, anak-anak bersekolah. Jadi tidak ke mana juga lah kami.
Sabtu lepas diberi peluang oleh Allah berjumpa dengan rakan karib. Walau hanya beberapa jam tetapi cukup untuk kembalikan keceriaan dan mengeratkan hubungan. Sesekali perlu ada masa untuk ibu juga.
Hanya buah tangan ini yang dapat saya bawa untuk kami(kenapa kami sebab saya pun nak makan juga :) ) sebiji kek Victoria Sandwich.
Saya menggunakan plastik yang ada seal( stok lama masih ada lagi) tetapi kalian boleh guna plastik biasa juga. Cuma kalau plastik biasa perlu guna getak untuk ikat di bahagian atas. Dan jika menggunakan plastik yang ada "seal", boleh basuh semula setelah habis sayur itu digunakan.
Selamat mencuba.
Alhamdulillah.
Ramai yang cuti panjang ya bermula dari Sabtu hingga Selasa, terutamanya orang KL.
Bagi ibu-ibu di Selangor, walau cik abang cuti, anak-anak bersekolah. Jadi tidak ke mana juga lah kami.
Sabtu lepas diberi peluang oleh Allah berjumpa dengan rakan karib. Walau hanya beberapa jam tetapi cukup untuk kembalikan keceriaan dan mengeratkan hubungan. Sesekali perlu ada masa untuk ibu juga.
Hanya buah tangan ini yang dapat saya bawa untuk kami(kenapa kami sebab saya pun nak makan juga :) ) sebiji kek Victoria Sandwich.
Sebenarnya saya nak kongsi tips menyimpan ulam-ulaman dalam petisejuk. Hari ini adalah hari membeli barang-barang basah. Jadi saya nak kongsikan cara saya menyimpan ulam-ulam supaya segar dan tidak layu.
Selalunya saya akan masukkan dalam bekas plastik khas untuk sayur jenama Tupperware tetapi kalau ketumbar, bila ia sudah lembik akan melekat pada penapis bekas tersebut. Jadi untuk mengelakkan dari terpaksa mencuci dengan begitu teruk sekali, saya menggunakan plastik dan masukkan sayur-sayur ini. Ikat plastik dengan getah dan buat tebukan pada plastik tersebut supaya ada ruang untuk keluar masuk udara. Setelah itu barulah letak plastik-plastik ini ke dalam bekas tupperware tersebut.
Alhamdulillah, sayur-sayur dan ulam-ulama lebih tahan lama dan penapis bekas tidaklah berbekas hitam dengan sayur yang lebam.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Comments (Atom)