Thursday, August 29, 2013

Kelas Asas Blog

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, saya rasa seronok melihat blog protege-protege saya yang sudah semakin rancak membuat entri.  Masing-masing dengan ilmu dan pengalaman hidup dan kerjaya.  Semoga kami sama-sama dapat berkongsi ilmu di Akademi Bekerja dari Rumah.



Ramai suri rumah yang masih tidak tahu dan tidak pandai membina blog ataupun fanpage.

Dengan niat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dari rumah melalui blog, kini
pendaftaran masih dibuka untuk 2 kelas di bawah:
1.  Kelas Asas blog dan penulisan - Belajar menulis blog yang disukai pembaca.
2.  Kelas Asas Blog dan Fanpage - Khusus buat surirumah yang mahu bermula, kita ajarkan permulaan asas, sebelum kalin boleh berlari dan menyertai lain-lain seminar yang hebat di luar sana. 

Kami menyediakan trek pemula. Jika tidak ada produk, kami sediakan produk.
1. Produk fizikal, produk sunnah, buku
2. Produk digital-ebook
3. Agen periklanan
4. Produk runcit dan borong


Kami kini di akademi bekerja di rumah, menerima pendaftaran hampir setiap hari. Uniknya kelas ini adalah fleksibel, secara online, pendaftaran juga online. Alhamdulillah atas rezeki ini yang kami kongsi bersama.

Mengapa perlu ada blog
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.  Ini adalah pendapatan pasif.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.

 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.


Bagaimana kelas diadakan?
-Kelas adalah secara online
- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.

Berminat?
pm saya di Aisah Hussein

Dua Kelas dibuka sekarang:
1. Kelas asas blog dan penulisan (bagi yang ingin berkongsi kepakaran), atau
2. Kelas asas blog dan fan page (bagi yang mahu mula bisnes)


Boleh terus daftar di http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html  

atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com.

Ada banyak teknik mudah untuk pasak di tapak pemasaran facebook dan blog. Kalau mahu yang berbayar boleh sahaja ke seminar pakar IM. Kelas ini bagi kalian yang mahu belajar asas sahaja, blog, fan page dan juga penulisan iklan.

Tips sasaran pelanggan di facebook.
1. Menggunakan fb profile sama ada khusus nama sendiri atau nama kedai tarik 5k pertama sasaran pelanggan.
2. fanpage-tiada had sasaran pelanggan.
3. Gabungkan facebook, fanpage dan blog untuk sasaran pelanggan maksima dan tapak awal kedai.


Blog pengasas di Harian Metro 11.1.2013
Boleh baca di sini 
Blog Pn Masayu Ahmad di Utusan Malaysia
Baca di sini
 

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Berani untuk Berubah
Teks : Saniah Mat Sanat
Sumber: http://saniahmatsanat.blogspot.com/2013/08/berani-untuk-berubah_24.html


Assalamualaikum.

" Berani Untuk Berubah " slogan yang secara spontan keluar dalam minda saya semasa berbual dengan guru online, Puan Aishah Hussein.   Malah saya lebih teruja apabila turut serta dalam kelas online ini berdasarkan konsep ayat sebelas surah Ar- Rad yang bermaksud " Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya " .


Semasa menerima tugasan untuk mengulas tentang kelas online ini dari Puan Aishah Hussein, saya masih tercari-cari apa yang ingin saya tuliskan.  Setelah membaca ulasan-ulasan dari alumni penulis dari rumah, saya tahu perlu menulis dari hati.  Itulah juga tips yang saya baca dari ebook belajar asas blog dan penulisan.  Saya masih tidak percaya sebenarnya saya boleh menulis walaupun saya amat meminati aktiviti membaca buku.  Dorongan dari Puan Aishah Husein dan Puan Masayu Ahmad (pengasas Akademi Belajar Dari Rumah ) amatlah saya hargai.


Kelas yang santai dan mesra sangat membantu saya, tambahan pula saya bukanlah berpendidikan tinggi.  Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan berkahwin semasa muda, saya sebenarnya juga berasa rendah diri.  Melalui kelas ini saya membina keyakinan, tiada yang mustahil apabila kita berusaha.  Terima kasih banyak-banyak buat Puan Aishah Hussein dan Puan Masayu Ahmad.  Allah sajalah yang dapat membalasnya.

Semoga ada manfaatnya.  In shaa Allah.  Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Sumber: http://monalitamansor.blogspot.com/2013/09/entri-no-44.html#more

Nama Pelajar: Monalita Mansor
Guru Online: Aishah Hussein

Teks   :  Monalita Mansor

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

MasyaAllah.  TabarakAllah.  Ini entri saya yang ke 44 secara rasminya.  Maka berakhirlah tugasan saya di dalam kelas Asas Blog, yang saya namakan langkah pertama ini.  Selama 17 hari, rasanya saya melepasi sasaran.  Saya menyasarkan akan menghabiskan entri dalam masa 22 hari.  Alhamdulillah.


Apa yang saya dapat daripada kelas ini?

1.  Sillaturrahmi - itulah rahmat dan rezeki yang tidak ternilai.  Guru dan sahabat sekelas merangkap kakak dan adik-adik yang sangat bermotivasi.  Sangat merendah diri, sentiasa berkongsi maklumat dan tidak kedekut ilmu.

Saya bertemu dengan khalayak rangkaian yang lebih besar, yang saling bahu-membahu di antara satu sama lain.  Ya, pada asasnya kami bersaing.  Cuba memberikan yang terbaik.  Tetapi teknik persaingan dengan merapatkan saf sillaturahmi dengan mengenepikan segala perasaan negatif itulah menjadi harapan semua orang.  

Persaingan yang menjadikan kita sentiasa sayang-menyayangi seperti keluarga.   Persaingan yang perlu dikukuhkan kerana di sini saya menyaksikan para peniaga Cina berjaya merealisasikan impian mereka dengan bersatu.


2.  Keyakinan diri - entah, ini juga rezeki batin yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.  Saya merasakan aura Pn. Masayu Ahmad sudah meresap sedikit demi sedikit.  Selama ini saya mengintai dari jauh kekuatan semangat wanita Kelantan ini. (ini bukan bodek, meminjam semangat!)

3.  Peluang perniagaan - pernah saya katakan pada cikgu saya.  Saya memang  fobia dan trauma untuk berniaga lagi.  Saya begitu takutkan rejection.  Saya takut gagal!  Tetapi, memasuki kelas Asas Blog ini memberitahu saya, untuk berjaya harus bersabar.  Kesabaran daripada berniaga itu ada ganjarannya. 


Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?” Beliau jawab:
عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور
“Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628)

5.  Ilmu  -  saya mempunyai blog sebelum ini.  Bagaimanapun tidak mempunyai ilmu khusus melainkan dengan melihat-lihat dan bertanya-tanya pada sesiapa yang sudi menjawab.  Di kelas blog ini, segala persoalan saya dijawab oleh guru yang berpengalaman dan mahir dengan selok belok penghasilan blog.
Sebelum ini saya umpama Kak Aishah dengan anaknya di depan bangunan KLCC, lihat blognya di 
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/gajet-dalam-hidup-seorang-wahm.html

tersenyum seorang diri saya membacanya.  Sekarang, saya boleh menjawab dengan yakin, kau tahu buat blog?  Tahu!
http://online.wsj.com/media/mbh_02.jpg

 













Selain itu, rangkaian guru-guru dan sahabat-sahabat di dalam jaringan Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai blog-blog yang hebat yang boleh dipelajari.  Penting sekali, ada masa untuk bersiar-siar di blog.  Whoops, jangan sampai anak menangis kita biarkan.

6.  Masa  -  Masa yang sangat fleksibel.  Ketika memasuki kelas ini awalnya, saya merasakan sangat tertekan.  Laptop rosak.  Komputer rosak.  Saya hanya ada Blackberry yang saya gunakan untuk melayari FB.  Setiap hari, saya terkocoh-kocoh ke PPAS.  Membina blog, mencantikkannya ditambah pula pada ketika itu ada manuskrip yang perlu saya kemaskan untuk dihantar kepada editor.

Menggunakan BB untuk memasukkan entri memang menyakitkan hati, malah menaikkan angin kumulus nimbus tertimbus!  Saya gunakan pula telefon jenama  Samsung milik anak, alhamdulillah.  Entri boleh diposkan tetapi siksanya menaip umpama menggunakan batang balak sebagai pen di atas sekeping kertas A4!

Gambarnya pula lintang pukang sehingga saya ditegur cikgu.  Tertekan sungguh.  Masuk minggu kedua, omak pulang ke kampung.  Si kecil dua orang tiada pula pengasuh.  Separuh hari saya digunakan pula mengasuh anak saudara yang keletah dan manja itu.  

Begitupun, oleh kerana tiada kekangan masa, semasa mereka tidur lebih kurang dua jam, saya bergelut menaip entri sambil memasak.  Tanyalah cikgu saya.  Sambil mengupas kunyitpun saya masih berada di kelas Asas Blog.  

Kerana itu, saya merasakan kelas ini sangat istimewa.  Selain daripada idea spontan saya menghantar mesej kepada Puan Masayu bertanyakan tentang kelas ini, saya rasakan mereka yang ada di sekeliling saya sekarang membawa rahmat dengan izin-Nya.

Kalau anda belum menyertai kelas ini dan inginkan pengalaman senyaman dan seindah ini, tangan saya sentiasa terbuka menyambut kedatangan anda.  

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan - Fadhlina Yaacob

Sumber: http://fadhlinayaacob.blogspot.com/2013/09/bermulanya-proses-pembelajaran.html

Nama Pelajar: Fadhlina Yaacob
Guru Online: Aishah Hussein

Assalamualaikum wbt,

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.

Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SOHO ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe

Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar :D

Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya :)

Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak :D

Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik :D Terima kasih Kak Aishah.

Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami :)

Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.

Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini :)

Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.

Wassalamualaikum :)

Teks: Fatin Farhana


Assalamualaikum saya ucapkan.

Blog? Tidak pernah terlintas difikiran untuk membuat blog dan tidak pernah sedar, yang sebenarnya, setiap hari saya mencari maklumat serta membaca perkongsian masyarakat di internet itu, rupa-rupanya, blog namanya.

Setelah mengetahui fungsi serta kelebihan blog, apabila Belajar Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad, gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Tidak pernah disangka-sangka yang saya akan terlibat dengan pembuatan blog ini.

Pada suatu hari, saya membelek-belek akhbar Utusan, bahagian Gaya Hidup Keluarga Moden [mode] bertarikh 14.02.2013, akhbar itu telah menjadi koleksi terbaru saya. Tiba-tiba mata saya tertumpu pada tajuk Panduan ibu bekerja dari rumah. Saya memang peka jika ada cerita tentang wanita didalam akhbar.

Dengan fokus dan terujanya saya membaca, terus cari di internet Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO), ketika itu saya belum tahu linknya, lagi bertambah teruja apabila gambar blog di akhbar itu terpampang di skrin komputer, waktu itu juga saya Bookmark dan mencari lagi, tentang pengasas blog tersebut Puan Masayu Ahmad. Selepas membaca beberapa entri dalam blog beliau, di sudut kanan blog terdapat link facebook beliau. Kerana perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang beliau, saya jadikan kawan.

Tidak disangka-sangka pula, saya terlihat post beliau tentang Kelas Belajar Asas Blog, setelah PM dan membuat bayaran, pada hari itu juga kelas bermula. Ya Allah, teruja yang melampau saya pada waktu itu. Alhamdulillah, Puan Masayu Ahmad dikenali sebagai kak Mas, telah mengajar saya dari A-Z tentang asas blog, apa sahaja pertanyaan yang diajukan, segera dijawab, dari tidak faham langsung, sehinggalah saya faham penggunaan blog ini. Yuran yang dikenakan amat berpatutan, tidak ternilai ilmu dan masa yang dicurahkan, dengan wang ringgit.


Belum pun sampai sebulan berguru dengan kak Mas, pelbagai ilmu baru yang telah saya perolehi. Bukan sahaja saya tahu tentang blog, malah pencarian gambar, maklumat untuk entri, link-link yang berkenaan, serta hobi-hobi saya yang telah lama dilupakan telah pun dihidupkan kembali, seperti membaca, mengkaji, menulis, dan banyak lagi. Minda semakin kreatif, semangat ingin berjaya membuak-buak. Selain itu yang gembiranya, sesama rakan blog juga, dapat saya belajar perkara baru daripada mereka, pengalaman mereka  menjadi motivasi dan sumber rujukan bagi saya.

Seronok sebenarnya belajar beramai-ramai, dan belajar di alam maya ini. Tidak perlu berkejar-kejar, tidak membuang masa, setiap masa terluang saya, akan diisikan dengan pencarian maklumat dan banyak pembacaan.


Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar bagi anak muda yang tiada pengalaman dalam penulisan, saya cuba dan terus mencuba, belajar terus menerus bersama guru yang tidak pernah jemu dengan pertanyaan saya, yang bagi saya amat sukar untuk berkenalan serta berguru seperti beliau pada masa kini.

Terima kasih yang tidak terkira kepada kak Mas kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika kita lihat, blog memang mudah dibina dan sesiapa pun mampu membuat blog, tetapi untuk mencipta blog yang menarik serta berpengaruh amat sukar jika tiada guru untuk membimbing, bila-bila masa sahaja kita akan ketandusan idea, serta tidak fokus dan akhirnya, blog itu akan terbiar sahaja tanpa entri baru serta penambahbaikan. Banyak juga blog-blog yang saya lawati, terhenti sekerat jalan.


Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat blog yang berpengaruh, dan idea yang tidak putus-putus untuk menulis, carilah guru yang boleh dan ingin membimbing kita. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.

Untuk pendaftaran kelas asas blog
pm saya di Aisah Hussein




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...