Tuesday, August 27, 2013

Makaroni Bakar (Baked Macaroni)

Teks: Aishah Hussein

Alahmdulillah, cuaca yang terang benderang.  Apa pun yang dikurniakan DIA, bersyukur kerana ada nikmat yang tersirat di sebalik setiap pemberianNYA.

Syukur, rezeki yang Allah berikan setiap hari.  Bagi yang ingin menjadi Stay-at-home-mom(SAHM) atau Work-at-home-mom(WAHM), jangan terlalu risau tentang rezeki.  Semua itu kita serahkan kepada Allah. Banyakkan memohon petunjuk dan berserah.  Selepas itu, berusahalah apa yang kita minat.  Inshaallah, akan dipermudahkanNYA.

Hari ini saya ingin berkongsi resipi Baked Macaroni.

Ya Allah, sudah seminggu lebih rasanya saya buat tetapi agak sibuk nak memuat turun gambar.  Nak kata sibuk, sibuk biasa-biasa sahaja, menyiapkan tempahan brownies rakan-rakan di pejabat lama.  Semalam bila buat untuk kali ke 3 selepas raya, maka hari ini kuatkan semangat untuk berkongsi resipi.

Jamuan open house juga sudah bermula.  Setiap hujung minggu penuh dengan jemputan.  Boleh gunakan resipi ini untuk hidangkan kepada tetamu.  Sesekali selitkan hidangan barat di celah rendang dan ketupat.




Makaroni Bakar/Baked Macaroni


Bahan-bahan:
250gm makaroni atau pasta shell atau spiral
1 biji Bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih ditumbuk atau didadu
1 tin tomato puri
Sos cili
Lada sulah
Oregano
Garam secukup rasa

Sos Putih

3 keping Cheese
6 sudu tepung gandum
6 cawan susu segar kotak

Lada sulah
400gm Daging/ayam kisar 
1 tin Cendawan /cendawan segar (optional)
2 sudu butter
Garam/gula/lada sulah
 

Cara-caranya:
1.  Rebus pasta sehingga 3/4 lembut (al dente)
2. Tumis bawang besar dan bawang putih bersama butter.
3. Masukkan daging/ayam dan tumis sehingga warna putih dan airnya kering.
4. Masukkan cendawan,  tomato puri, sos cili, lada sulah dan oregano.
5. Letakkan garam dan gula sedikit, mengikut rasa.
6. Masukkan pasata dan gaul rata.

Untuk sos putih
1. Tumis butter di dalam periuk.
2. Masukkan kepingan cheese yang dicarik-carik.
3. Setelah cheese cair, masukkan susu segar.  Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air.
5. Masak sehingga pekat.

Untuk membakar.
Letakkan makaroni yang telah dimasak tadi ke dalam bekas.  Saya gunakan tray aluminium dan resipi ini mencukupi untuk 3 tray.  Setelah itu tuangkan sos putih ke atas pasta tersebut.
Tabur cheese cheddar di atas sos tersebut dan jika suka boleh taburkan parsley kering.
Bakar di dalam oven bersuhu 180C selama 35min, bergantung kepada oven masin-masing.  Atau bakar sehingga bahagian atasnya garing berwarna coklat keperangan.

Makan ketika ia sudah suam.  Boleh disediakan siap-siap dan simpan di dalam fridge.  Bila tetamu datang panaskan sahaja.  Tetapi jangan disimpan terlalu lama, bimbang cheese tidak tahan lama.  Mungkin sediakan 2-3 hari lebih awal, inshaallah masih boleh tahan cheese tersebut.


Resipi ini saya cari melalui internet. Terima kasih kepada tuan blog kerana perkongsian beliau.  Resipi ini saya sudah olahkan mengikut selera dan keperluan.
Resipi asal: http://dapur-mamasya.blogspot.com

1 comment:

  1. kalau versi saya tambah telur sedikit, hihihi tapi rasanya resepi ini lagi enak, nanti nak cubalah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...