Thursday, October 17, 2013

Tips menyimpan Muffin agar tahan lama

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google
www.browneyedbake.com




Saya memang suka membuat muffin untuk keluarga saya.  Ketika bekerja bekerja dulu pun saya selalu buatkan muffin untuk rakan-rakan di pejabat.

Muffin sangat senang di buat.  Proses penyediaannya cukup mudah.  Bagi suri rumah yang tiada mixer pun boleh buat muffin. (Di sini ada entri resipi muffin coklat).

Bagi ibu-ibu yang sibuk, boleh sediakan muffin pada waktu malam dan diberikan sebagai bekalan untuk anak-anak bawa ke sekolah keesokan pagi.  Atau untuk kita sendiri bersarapan dengan sebiji muffin setiap pagi. Bagaimana menyimpan muffin lebih lama tanpa ia rosak dan berkulat.

Bagi yang ingin terus makan esok harinya, boleh sahaja letak di atas redai atau bekas yang terbuka dan tutup muffin dengan tuala yang bersih.  Tetapi saya rasa tidak praktikal kerana pada waktu malam banyak "kawan-kawan" seperti semut dan lipas yang merayap-rayap mencari makanan.  Ini seperti menghidangkan hidangan makan malam untuk mereka.

Untuk lebih selamat, boleh letakkan di dalam bekas yang bertutup rapat.  Keesokan harinya, bila anda boleh terus makan atau pun panaskan sebentar di dalam mikrowave.  Cara penyimpanan sebegini akan memerangkap kelembapan di dalam bekas dan menjadikan bahagian atas muffin lebih lembap.

Bukannkah lebih lembap lagi bagus.  Ia bagus jika kita akan memakan muffin tersebut keesokan harinya.  Tetapi jika kita hendak menyimpan lebih dari sehari, kelembapan ini akan membuatkan muffin cepat berkulat.

Cara yang lebih selamat jika ingin menyimpan lebih lama atau perlu dibawa untuk perjalanan yang jauh adalah seperti berikut. Lapik bahagian dalam bekas kedap udara dengan tuala kertas. Kemudian susun muffin dan tutup muffin dengan tuala kertas sekali lagi sebelum menutup dengan penutup bekas kedap udara.  Tuala kertas ini akan menyerap kelembapan yang berlebihan. Ini akan membantu mengekalkan tekstur dan rasa muffin.


Jika untuk simpan lebih lama dan makan di rumah, anda boleh simpan di dalam freezer.  Letakkan di dalam plastik khas untuk freezer atau boleh juga bungkus di dalam plastik wrap dan simpan di dalam freezer.  Esoknya keluarkan lebih awal sebelum hendak makan ataupun letakkan di luar pada malam nya untuk dimakan sebagai sarapan esok pagi nya.  Boleh juga panaskan di dalam mikrowave jika suka muffin yang panas.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

PM di sini Aishah Hussein untuk pendaftaran.


3 comments:

  1. hi.. klu muffin diletak dlm rak display yg mempunyai haba, cmne?

    ReplyDelete
  2. hi.. klu muffin diletak dlm rak display yg mempunyai haba, cmne?

    ReplyDelete
  3. sy nk tnya boleh ke klau kita buat muffin awal smghu sblum majlis, letk dlm peti sejuk beku jgk ke..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...