Sunday, October 27, 2013

Pengurusan masa menentukan mutu hasil kerja

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan





Selepas mendirikan rumahtangga, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana menjaga ibu dan arwah bapa yang sakit.  Setelah lama hanya duduk di rumah, saya mula rasa bosan tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa.   Saya rasa tidak produktif.

Asalnya saya memang tidak pandai baking, tetapi minat yang mendalam dalam bidang ni membuatkan saya mula mencari tutorial mengenai baking dan belajar secara online. Dengan cara 'hands on', saya belajar dan menimba pengalaman secara 'trial dan error'.

Peluang bisnes bermula pada tahun lepas, apabila saya membuat kek harijadi untuk anak saudara. Ramai yang mula bertanya dan ingin membuat tempahan kek dengan saya. Pada September 2012, saya mula berniaga secara online setelah mendapat keyakinan untuk mula menghias kek tempahan dengan dekorasi fondant dan aising.

Saya sangat bersyukur kerana suami menjadi tulang belakang dan bersedia memberi bantuan tidak kira masa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini kami sekeluarga sedang menanti kehadiran cahayamata yang pertama, suami lah yang akan membantu apabila saya tidak sihat. Setiap kali menerima tempahan, suami akan menolong membuat design template kek dengan menggunakan komputer (kadang kala, design seperti watak animasi perlu ditukar skala mengikut saiz kek yang ditempah).

Pembahagian masa adalah lebih fleksibel berbanding semasa bekerja di pejabat. Dengan bekerja di rumah, saya dapat meluangkan masa bersama suami disamping menjaga ibu yang uzur. Saya juga mempunyai lebih waktu untuk beribadat dan beramal. 

Cabaran yang saya hadapi sebagai baker hingga ke hari ini adalah terpaksa berdepan dengan permintaan yang terlalu tinggi dari sesetengah pelanggan. Oleh kerana saya tidak mempunyai kakitangan,  permintaan untuk tempahan kek yang memerlukan hiasan yang terlalu 'fancy'  sukar untuk saya siapkan. Kek juga tidak tahan lama, jadi setiap tempahan perlu disiapkan dalam  masa 2-3 hari sahaja sebelum hari penghantaran. Bermula dari peringkat membuat kek, persediaan untuk aising dan dekorasi menggunakan fondant, semuanya perlu disiapkan dalam masa tersebut.  Pengurusan masa itu sangat penting supaya kerja lebih teratur kerana ia akan mempengaruhi mutu dan hasil kerja.

Matlamat saya adalah untuk mewujudkan pasukan baking saya sendiri.  Inshaallah selepas itu saya akan mula mengambil tempahan kek perkahwinan bertingkat yang memerlukan tenaga pembantu yang lebih ramai.


Friday, October 25, 2013

Biarlah Allah menjadi Sales Promoterku

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, pagi Jumaat penuh barakoh.  Hujan renyai-renyai di luar.  Tinggal satu minggu lagi ke penghujung Oktober.  25 Oktober, selalunya kalau waktu  bekerja dulu tarikh inilah yang ditunggu-tunggu.  Sebab gaji nak masuk esok, kadang-kadang dah masuk waktu ni.

Tetapi sekarang ini, tidak perlu tunggu tarikh keramat.  Hari-hari adalah hari gaji, jika rajin berusaha.  Itulah nikmat mencari rezeki sekarang berbanding dulu.  Gaji dapat atas usaha sendiri. Dulu kalau usaha atau tidak usaha, gaji tetap masuk.  Sampai hujung bulan sudah beratur kat mesin ATM masuk kad keluar duit.  Tetapi sekarang tiada usaha tiada gaji.

Stres ke.  Inshaallah jika kita doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, janji Allah itu PASTI.  Bohong lah jika saya katakan peniaga online tidak stres.  Tetapi selagi kita letak pergantungan kita kepada Allah, yang negatif akan jadi positif.  Ceritakan kepada Allah segal-galanya, inshaallah Allah akan sentiasa membantu.

Sejak saya bisnes online banyak nikmat dan kejutan yang Allah berikan.  Kadang-kadang saya tidak buat promo di mana-mana pun tapi orang sms atau pm nak beli dan buat bayaran.   Buatlah iklan di mana-mana pun jika Allah tidak izinkan, tidak ada satu sales pun yang masuk.  Tetapi jika kita dahulukan hak Allah, inshaallah Allah berikan lebih banyak rezeki kepada kita.  Disamping berusaha, dekatkan diri dengan Allah dan berserah. Inshaallah DIA akan menjadi "sales promoter" anda.


Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.



Thursday, October 24, 2013

Paru Goreng Berjintan

Teks: Aishah Hussein

Bismillah

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah berikan.  Selamat berpuasa juga kepada yang berpeluang berpuasa sunat Khamis hari ini.

Takziah juga kepada mereka yang diberi ujian semalam.  Macam-macam berita sedih yang dipaparkan di wall facebook malam tadi.  Moga mereka yang diuji diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan.




Hari ini saya ingin berkongsi resipi yang saya masak semalam.  Alhamdulillah angah membantu di dapur semalam memotong paru dan daging.  Daging saya buat masak asas pedas dan paru digoreng berjintan.  Sememangnya tidak elok makan organ dalaman.  Saya sebenarnya jarang membeli organ dalaman, tetapi dek kerana telah diberi sewaktu majlis korban saya masakkan untuk keluarga.  Paru goreng bercili memang disukai anak-anak setiap kali membeli nasi lemak di luar.  Tetapi memandangkan ia tidak elok dimakan, saya jarang sangat membeli untuk masak sendiri.  Sudah rezeki anak-anak, dapatlah mereka merasa makan paru semalam (kesian along dapat tengok gambar aje).

Paru Goreng Berjintan
Bahan-bahan

1/2 kg Paru direbus
4 biji bawang putih - ditumbuk
2 inci halia - ditumbuk
2 biji Bawang Besar dihiris bulat
Cili kering mesin
Jintan Manis
Kunyit
Garam

Cara-cara
1.  Paru yang telah direbus, dipotong nipis-nipis.
2.  Bawang putih dan halia yang telah ditumbuk dicampurkan bersama cili mesin, jintan manis, kunyit dan garam.
3.  Gaul bahan tadi dengan paru yang telah direbus.
4.  Goreng dengan minyak yang panas.
5.  Apabila paru hampir masak masukkan hirisan bawang besar.
6. Goreng sehingga bawang besar layu dan sedikit kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak.

Selamat mencuba :)


Set Berpantang Sunnah 1
RM35+RM25+RM21
RM96 termasuk kos pos

Madu dan estrak jus delima boleh diamalkan sejak kehamilan fasa pertama untuk tenaga. Manakala estrak jus delima boleh menstabilkan darah, membuang rasa loya, menghilangkan pening.

Manakala habbatusauda elok diambil ketika berpantang untuk memanaskan badan dan juga meransang pengeluaran susu ibu.

PM saya untuk dapatkan Produk Sunnah atau klik di sini untuk produk lain

Monday, October 21, 2013

Bisnes katering mula dari rumah

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google

Alhamdulillah syukur di atas segala rezeki dan nikmatNYA.  Semalam biras bertandang ke rumah satu keluarga.  Daging korban dijadikan sup untuk hidangan tengahari.  Masih ada lagi berbaki daging korban, simpan dahulu.  Hari ini perlu tukar menu ikan atau telur.  Bukan tidak bersyukur tetapi bagi lemak-lemak keluar dari badan dahulu :)

Sejak saya menulis di blog, setiap hari pencarian di google yang dicari pembaca yang menemui blog saya adalah bisnes makanan.  Alhamdulillah dengan 2 carian ini di google, blog saya masuk ke dalam senarai carian 10 teratas.  Bagaimana saya lakukannya, saya akan kongsikan di dalam entri yang lain.  Jika berminat, anda juga boleh daftar di kelas asas blog bersama saya.

Berbalik kepada carian pembaca tadi.  Bagi yang tercari-cari bisnes makanan yang mudah untuk dibuat dari rumah, saya sangat-sangat cadangkan bermula dengan apa yang kita selalu buat untuk keluarga atau apa yang kita suka buat sebagai hobi.  Konsep bisnes makanan dari rumah sama sahaja seperti untuk bisnes yang lain.

Mulakan dengan apa yang kita suka
Bagi suri rumah yang jadikan memasak sebagai hobi, amat mudah bagi golongan ini untuk mengubah ia menjadi pekerjaan sampingan yang menjana pendapatan.  Pertama kerana mereka minat dengan apa yang mereka buat.  Walau ada dugaan yang datang, mereka tidak akan cepat mengalah kerana ia berasal dari hobi.  Apabila kita mula bisnes dengan hobi, ia akan jadi suatu yang menyeronokkan.

Kedua, golongan ini sudah biasa dengan memasak.  Jadi mereka ini hanya perlu masak apa yang mereka sudah biasa masak.  Untuk permulaan, mereka tidak perlu buat menu masakan yang tidak pernah mereka masak.  Cukup mula dengan lauk-pauk yang biasa mereka masak untuk keluarga.   Jadi ia akan jadi seperti masak untuk keluarga tapi dalam jumlah yang banyak.


Mula dengan apa yang ada
Mula bisnes makanan dari rumah tidak memerlukan modal yang ribu-riban.  Mulakan dengan modal yang kecil sahaja.  Seperti yang pernah saya cerita dahulu di Bisnes Pack Lunch, untuk menjimatkan modal, anda boleh tinjau dulu kawasan yang ingin bisnes atau jual produk.  Buat tinjauan di kawasan perumahan atau pejabat.  Dan tawarkan menu yang mudah-mudah dibuat dahulu.  Untuk nasi campur, buat pakej ayam goreng/ayam berkuah, sayur dan sambal belacan.  Menu ini sahaja sudah cukup untuk buat pelanggan berulang kali menempah sekiranya masakan itu sedap dan bersih.

Sekiranya ada tapak untuk berniaga, boleh buka meja di mana-mana, goreng ayam di situ sahaja.  Memang akan beratur panjang pelanggan sebab selalunya orang suka makan ayam goreng yang panas-panas.  Tetapi bersiap-sedia untuk dikejar Majlis Bandaraya kerana berniaga seperti itu memerlukan permit.

Semasa saya bekerja di pejabat dulu,  warung nasi kakak ini memang ramai orang.  Kalau pergi pukul 1pm ke atas memang selalu berebut lauk.  Lauk yang dijual memang ringkas, ayam goreng, sayur berkuah, ikan goreng dan sambal belacan. Baru-baru ini juga saya jumpa satu lagi di kawasan belakang bangunan PNB, KL.  Semasa saya pergi ke PNB memang dari jauh kelihatan barisan panjang beratur untuk membeli nasi campur.  Apabila saya tinjau rupa-rupanya ayam digoreng di situ.  Tetapi jika ingin goreng di situ, perlu ada pembantu.  Jika seorang yang jaga, memang akan adalah orang yang makan ayam berdarah kerana kurang masak.

Mungkin ada yang melihat, kalau jual nasi ayam goreng, kuah sayur dan ulam, berapa ringgit ajelah untung yang kita dapat.  Walau untung sedikit tetapi jika banyak tempahan yang kita dapat jual bukankah itu juga akan jadi keuntungan besar.  Cuba anda bayangkan sebungkus nasi campur itu anggaran harga RM5.50.  Jika ada 50 orang dari pejabat-pejabat yang menempah/membeli sudah RM275.00, jika 100 orang sudah berapa.  Baru sehari, kalau 20 hari bekerja cubalah kira sendiri.


Dan jangan lupa dari sini juga boleh bermula bisnes katering.  Apabila pelanggan mula suka dengan lauk yang kita masak, mereka akan mula bertanyakan untuk menempah buat jamuan kenduri atau majlis tahlil.  Ketika itu, usah risau fikirkan modal.  Anda boleh minta wang pendahuluan 50% dari pelanggan untuk membeli bahan-bahan mentah dan kelengkapan lain.  Bisnes katering atau pun tempahan makanan adalah bisnes yang dikira sudah laku dijual.  Kerana pelanggan memang sudah tentu akan mengambil apa yang mereka tempah.  Tambahan wang pendahuluan sudah dibayar.  Selepas selesai penghantaran tempahan atau selesai majlis, anda akan dibayar penuh baki dari harga tempahan.

Secara dasarnya, memang senang untuk bisnes dari rumah sahaja.  Tetapi perlu ada pengurusan dan pembahagian tugas di antara majikan dan pembantu.  Pembantu mungkin pasangan atau adik-beraadik dan anak-anak sahaja untuk permulaan.  Anda mungkin hanya perlu uruskan bahagian memasak, yang lain-lain mesti diuruskan oleh suami dan pembantu.  Tujuan kita adalah supaya dapat bekerja di rumah disamping menjaga anak-anak.  Jadi perlu uruskan pengagihan tugas dengan sebaiknya.

Promosi
Apabila masak-masak untuk keluarga atau jamu kawan-kawan dan saudara, kita boleh promo dan war-warkan tentang bisnes kita.  Beritahu mereka yang kita ada ambil tempahan.  Tidak usah malu-malu.  Bila sudah yakin boleh terus buat bisnes kad dan berikan kepada rakan-rakan dan saudara-mara.

Kalau masakan yang kita masak kepada pelanggan memang memuaskan hati pelanggan, promosi akan berjalan dengan sendirinya dari mulut pelanggan-pelanggan kita ke rakan-rakan mereka.  Inshaallah, dengan niat untuk membantu keluarga dan mendapat rezeki yang berkat, Allah akan menjadi sales promoter kita.



Beli salah satu e-book di bawah:-
1) E-book asas blog 
2) E-book panduan mula bisnes butik. 

Buat ulasan e-book tersebut, hantarkan kepada saya,
Dan anda layak mendapat HADIAH PERCUMA EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
**PROMOSI ->>> sehingga 31 Oktober 2013 sahaja.


Saturday, October 19, 2013

Daging lembu rehat sebentar, sambung dengan kambing

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Syukur walaupun sudah habis Hari Raya Korban, di taman kami meneruskan dengan kenduri aqiqah pada hari ini.  Jadi untuk makan tengah hari dan malam boleh gantung periuk belanga.

Sebenarnya selepas terkena keracunan makanan masa raya pertama, macam sudah trauma hendak makan daging.  Tetapi sebab hari ini menu utama adalah kambing (kegemaran keluarga) jadi minda terus bagi signal pada fikiran, boleh makan :)

Hujung minggu ini tiada apa rancangan.  Hanya dalam perancangan hendak berkemas rumah. Lagipun angah sudah berkali-kali memberitahu dia akan berkemas rumah sebaik sahaja habis PMR.  Angah kini kembali menjadi pembantu saya di rumah setelah along kembali ke bumi anbiya 2 hari lepas.

Lega hati saya apabila along memberitahu keadaan di sana baik-baik sahaja.  Cuma ketiadaan air di rumah mereka sahaja.  Jadi terpaksa makan di luar untuk sementara waktu.  Sedikit ujian akan menjadikan hambaNYA ini lebih dekat dan bersyukur kepada nikmatNYA.  Walau di mana kita berada, jika kita sedar Allah setiap saat, hidup kita akan jadi lebih tenang.  Itu sahaja pesanan saya kepada along.  Moga anak-anak yang berada di bumi Mesir tidak kira mengambil bidang apa, akan berjaya mencapai cita-cita mereka.  Ameen.
-----------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran kelas asas blog dibuka setiap hari, walaupun hujung minggu.

1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. 

2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh PM Aishah Hussein apabila sudah sedia.

PROMOSI Oktober - Percuma ebook 101 Idea Home-based Bisnes 
percuma dengan setiap pendaftaran kelas bermula 13 Oktober 2013.
Selepas ini perlu beli dengan harga RM30.


Thursday, October 17, 2013

Tips menyimpan Muffin agar tahan lama

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google
www.browneyedbake.com




Saya memang suka membuat muffin untuk keluarga saya.  Ketika bekerja bekerja dulu pun saya selalu buatkan muffin untuk rakan-rakan di pejabat.

Muffin sangat senang di buat.  Proses penyediaannya cukup mudah.  Bagi suri rumah yang tiada mixer pun boleh buat muffin. (Di sini ada entri resipi muffin coklat).

Bagi ibu-ibu yang sibuk, boleh sediakan muffin pada waktu malam dan diberikan sebagai bekalan untuk anak-anak bawa ke sekolah keesokan pagi.  Atau untuk kita sendiri bersarapan dengan sebiji muffin setiap pagi. Bagaimana menyimpan muffin lebih lama tanpa ia rosak dan berkulat.

Bagi yang ingin terus makan esok harinya, boleh sahaja letak di atas redai atau bekas yang terbuka dan tutup muffin dengan tuala yang bersih.  Tetapi saya rasa tidak praktikal kerana pada waktu malam banyak "kawan-kawan" seperti semut dan lipas yang merayap-rayap mencari makanan.  Ini seperti menghidangkan hidangan makan malam untuk mereka.

Untuk lebih selamat, boleh letakkan di dalam bekas yang bertutup rapat.  Keesokan harinya, bila anda boleh terus makan atau pun panaskan sebentar di dalam mikrowave.  Cara penyimpanan sebegini akan memerangkap kelembapan di dalam bekas dan menjadikan bahagian atas muffin lebih lembap.

Bukannkah lebih lembap lagi bagus.  Ia bagus jika kita akan memakan muffin tersebut keesokan harinya.  Tetapi jika kita hendak menyimpan lebih dari sehari, kelembapan ini akan membuatkan muffin cepat berkulat.

Cara yang lebih selamat jika ingin menyimpan lebih lama atau perlu dibawa untuk perjalanan yang jauh adalah seperti berikut. Lapik bahagian dalam bekas kedap udara dengan tuala kertas. Kemudian susun muffin dan tutup muffin dengan tuala kertas sekali lagi sebelum menutup dengan penutup bekas kedap udara.  Tuala kertas ini akan menyerap kelembapan yang berlebihan. Ini akan membantu mengekalkan tekstur dan rasa muffin.


Jika untuk simpan lebih lama dan makan di rumah, anda boleh simpan di dalam freezer.  Letakkan di dalam plastik khas untuk freezer atau boleh juga bungkus di dalam plastik wrap dan simpan di dalam freezer.  Esoknya keluarkan lebih awal sebelum hendak makan ataupun letakkan di luar pada malam nya untuk dimakan sebagai sarapan esok pagi nya.  Boleh juga panaskan di dalam mikrowave jika suka muffin yang panas.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

PM di sini Aishah Hussein untuk pendaftaran.


Monday, October 14, 2013

Resipi pengikat kasih sayang

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, cuaca baik setiap hari, panas mahu pun hujan adalah baik juga.  Setiap yang berlaku ada kebaikan di sebaliknya.

Bersyukur kepada yang diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa sunat hari ini.  Bagi yang tidak berpeluang, masih ada peluang untuk mendapat pahala yang sama.

Sediakan keperluan bersahur, keperluan untuk berbuka kepada mereka yang berpuasa juga akan diberi pahala.  Mudah-mudahan akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa.

Inshaallah, esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, iaitu Hari Raya Korban.  Ramai yang sudah pulang ke kampung dan ada juga yang hanya beraya di rumah sendiri.  Bagi kami hanya beraya di sini sahaja.  Pada mulanya berpakat-pakat adik-beradik hendak beraya di kampung (ayah bonda mertua semua sudah tiada, jadi bila hendak beraya di kampung kami akan merancang dahulu).  Tetapi sudah ditentukan Allah, kerana ada komplikasi dengan haiwan yang hendak dikorbankan di kampung, kami menukar rancangan untuk melakukan di KL sahaja.

Lega juga saya dengan perancangan Allah ini.  DIA memudahkan bagi Along juga.  ALong akan berangkat pulang ke bumi Anbiya' raya ke 2.  Moga dengan ini, akan memberi peluang Along untuk berkemas barang dengan tenang, tidak perlu bergegas-gegas.

Hari ini, tiada persiapan masak rendang.  Malam nanti baru bersiap-siap untuk masak Stew Daging, mengikut selera angah dan mungkin masak nasi minyak untuk dimakan bersama stew. Apa-apa hidangan juga adalah rezeki, yang penting adalah air tangan kita sendiri yang sediakan untuk keluarga.   Apa juga yang ibu masak, memang sedap di lidah anak-anak.  Walau ke mana mereka pergi, hidangan yang dimasak oleh ibu juga yang dirindui.

Saya sudah ada anak yang sudah tinggal berjauhan.  Apabila along hendak pulang ke Malaysia, senarai makanan yang hendak dia makan sudah dimasukkan ke dalam blog dia.  Kebanyakannya semua yang saya pernah masak untuk keluarga.  Itu lah tanda yang masakan seorang ibu memang telah memikat perut dan hati anak-anak.  Apa yang orang lain masak tidak sama dengan apa yang ibu sendiri masak.  Walaupun hanya tumis sambal ikan bilis.

Benar lah seperti yang dikatakan  Pn Roza, ia Bukan Sekadar Resipi, tetapi ia adalah pengikat kasih sayang.



Alhamdulillah, pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage untuk mula bisnes

Kelas bersiaran secara online sahaja setakat ini.
PROMOSI Oktober sudah berlangsung bermula 13 Oktober 2013.
Dengan setiap pendaftaran di kelas, akan dapat percuma ebook 101 Idea Home-based Bisnes.
Selepas promosi, ebook ini perlu dibayar.

PM Aishah Hussein untuk pendaftaran

Sunday, October 13, 2013

Hari cuti kita cuti, Hari kerja kita cuti

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, cuaca terang-benderang hari ini.  Ambil kesempatan basuh kain seberapa banyak yang mungkin.

Syukur juga kepada Allah, semakin ramai suri rumah yang sudah mengambil kesempatan untuk belajar di kelas asas blog secara online.  Sebagai seorang wahm, walaupun hari cuti, tetapi mesej dan emel berjalan seperti biasa.  Tiada istilah tutup kedai kecuali bila tiada talian internet.  Tetapi saya tetap ada masa untuk keluarga.  Tetap bercuti di rumah bersama anak-anak.  Sambil masak pun masih boleh menerima soalan-soalan dari pelajar.  Janji saya ada bersama mereka di rumah.


Bagi yang merancang untk bisnes secara online, boleh rancang untuk bekerja dari rumah sekarang. Miliki ebook 101 Idea Home-based Bisnes apabila mendaftar di salah satu kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page untuk mula bisnes

Ebook 101 Idea Home-based Bisnes akan diberi percuma kepada yang mendaftar bermula 13 Oktober 2013.  Usah tunggu lagi kerana bermula 30 november 2013, ebook itu akan dijual pada harga RM30.
PM saya Aishah Hussein sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...