Thursday, January 9, 2014

Bisnes di hujung jari

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Hujan sudah mula renyai-renyai di sini.  Mata juga sudah layu.
Dua tiga hari ini sibuk dengan tugasan kerja online.  Mengajar dan belajar.  Masih menambah ilmu walaupun sudah bergelar guru online.

Masa berhenti kerja dulu ingat mesti banyak masa, duduk rumah mesti tiada apa nak buat.  Syukur rupanya Allah bagi saya peluang untuk menambah ilmu dan mencurahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Moga pahala yang sedikit ini dapat membantu saya di alam akhirat kelak.

Bagi yang sedang fikir nak berhenti kerja dan buat bisnes dari rumah.   Jagan berhenti dahulu.  Buat bisnes secara sambilan dahulu.  Cuba dahulu.  Kadang-kadang bila sudah buat baru tahu susah atau senang.  Sekurang-kurangnya masih ada pekerjaan untuk pendapatan sebagai sandaran andaikata bisnes tidak berjaya.   Jika terus berhenti dan bila bisnes yang kita buat tidak berjaya, kita akan kecewa.  Ketika itu perlu mencari pekerjaan lain pula.  Hendak mencari pekerjaan baru tidak semudah dahulu kala.  Jadi seeloknya buat secara suka-suka dahulu.

Bagi yang tidak tahu bagaimana hendak mula, boleh serta Akademi Bekerja di Rumah sebagai Rakan Niaga. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.  Kalian juga kan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Dengan ini anda tidak perlua keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari.  Samad sepenuh masa atau secara sambilan.

Jika berminat hubungi saya:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...