Tuesday, January 7, 2014

Tambah pendapatan keluarga

Teks: Aishah Hussein

Tahun 2014 adalah tahun yang yang agak membebankan kewangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.  Harga barang keperluan yang dinaikkan mengakibatkan ramai yang mengeluh akan ketidakcukupan wang untuk perbelanjaan keluarga. Allahuakbar. Moga kita semua diberi kesabaran menghadapi dugaan yang mendatang.

Ada juga yang sudah ambil langkah untuk menampah pendapatan keluarga.  Yang pandai masak, mula buat kuih dan jual ke pejabat.  Yang pandai menjahit sudah mula ambil upah menjahit.  Yang penting berusaha untuk mencari rezeki yang berkat dan membantu menaikkan ekonomi keluarga.  Usah berterusan mengeluh kerana keluhan kita tidak ke mana pun.  Mohon kepada Allah agar dibuka jalan bagi kita menambah pendapatan.

Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan

Membuat kek ialah minat saya sejak sekolah rendah. Ia mungkin kerana saya sering menemani ibu ketika ibu membuat kerja-kerja membuat bakeri.  Selepas mendapat keputusan PMR, ibu haidahkan saya sebuah oven. Agak pelik untuk hadiah kecemerlangan peperiksaan kan?

Saya mula mengambil tempahan secara kecil-kecilan dari ibu saudara, kakak dan jiran. Selepas menamatkan pengajian dan mendapat ijazah, saya berkahwin dan suami meminta saya berhenti kerja untuk mengikutnya ke Jepun. Setiap kali ada perjumpaan dengan kawan-kawan saya akan membawa kek. Kawan-kawan juga sudah mula meminta saya membuat kek untuk mereka.

Apablia kami pulang ke Malaysia, saya masih meminati dengan bakeri.  Suatu hari suami saya bergurau  "apa kata kalau awak jual kek yang awak buat, biar saya jadi pembeli pertama". Sejak itu, saya terus mewar-warkan kepada kawan-kawan saya. Agak malu pada mulanya, tetapi saya berpegang kepada kata-kata ayah saya, kalau malu sampai bila?

Saya pernah berjanji, tidak akan keluar bekerja. Syarat suami saya ialah kalau hendak bekerja, biarlah dari rumah dan berada bersama dengan anak-anak.  Cabaran terbesar pastilah anak-anak saya. Bukan mengatakan mereka satu beban tetapi cuma kekangan masa. Waktu untuk memasak, bekerja dan perhatian untuk keluarga.  Syukur sangat-sangat kerana ibubapa dan adik beradik saya sangat menyokong.  Tetapi, mertua agak skeptikal dan memandang rendah kepada apa yang saya lakukan ini. Pada mereka, bekerja sendiri tiada arah tujuannya.
Pengalaman manis ialah apabila seorang pelakon meminta saya membuat kek harijadi untuk anaknya. Beliau pernah merasa kek buatan saya yang ditempah oleh seorang kawan saya yang bekerja di sebuah production house. Dan beliau telah mempromosikan kek saya kepada kawan-kawan beliau pula. Alhamdulillah.

Pengalaman pahit yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika seorang rakan rapat yang juga berniaga, tiba-tiba mendakwa  bahawa saya meniru ideanya. Maka kawan-kawan yang lain juga menjauhkan diri dan tidak menempah dari saya, sehinggala seorang rakan lain berani bertanya kepada saya. Ia hanyalah cabaran biasa bagi peniaga kecil sebenarnya, tetapi ia mengajar saya untuk tidak meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada orang lain.

Saya bercita-cita suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah kafe. Target saya berkala sebenarnya. Dahulu saya sekadar meletakkan target 3 biji kek seminggu. Kini alhamdulillah seminggu sekurang-kurangnya 10 tempahan. Jarang kita jumpa kafe milik melayu Islam yang menjual cheesecake dan juga brownies.  Jika hendak kek sebegini, sentiasa ke Secret Recipes. Jadi saya mahu menjadi pencabar mereka.

Kini saya mempunyai Facebook Page (Luscious Brownies & Cakes) dan pada waktu yang sama, saya juga mempromosikan kek melalui kawan-kawan, guru-guru sekolah anak-anak saya, rakan-rakan pejabat suami dan adik beradik saya. Pemasaran dari mulut ke mulut adalah sangat membantu.


Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.
Miliki pakej asas wahm soho di atas dengan harga RM150.
Untuk pembelian
PM Facebook: aishah.hussein7
atau bayar di sini untuk pilihan kelas http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
**Bagi yuran RM300 untu kelas 5 dan 6 akan diberi PERCUMA kelas urus akaun untuk bisnes kecil.

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...