Wednesday, January 1, 2014

Pembuka tirai

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Sudah bermula tahun baru.
Ramai yang mungkin bersemangat baru dengan matlamat yang baru. Mungkin masih ada lagi matlamat lama yang belum selesai. Segera kita langsaikan sebelum ia menjadi penghalang untuk kita mencapai matlamat 2014.

Ada kenangan pahit dan maung. Segera kita tinggalkan. Usah simpan kelak ia akan merosakkan diri kita.

Pengalaman lalu mengajar saya untuk terus melangkah ke hadapan. Setiap ujian yang datang adalah ilmu yang baru Allah bagi pada saya.  Bersyukur dan redha.  Lebih cepat kita redha lebih cepat kita tenang. Ketenangan yang kita inginkan. Ketenangan di sisi Allah.

Buat rakan-rakan yang sedang diuji, tidak kira dalam bentuk apa jua.  Saya doakan kalian diberi kekuatan dan ketenangan.  Bukan mudah untuk harungi tetapi percayalah suatu hari kelak kita akan bersyukur dan tersenyum.  Tersenyum kerana ujian itulah yang membuat kalian kuat sekarang.

Moga bermula hari ini hidup kita semua lebih mendapat berkat di sisi Allah.

__________________________________________________________________


Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun,  rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
               Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
               Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan.  Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
               Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.

Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
               Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.
Sumber: http://101ideahomebasedbisnes.blogspot.com/

RM50 sahaja
Beli pakej ebook Bekerja di Rumah atau ebook 101 idea homebased bisnes sebagai persedian untuk menjadi WAHM.

PM di Facebook: aishah.hussein7
email : noraisah.hussein@gmail.com
atau bayar di sini untuk pilihan kelas http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...