Tuesday, January 21, 2014

Layak kah saya bekerja di rumah?

Teks: Aishah Hussein

Ketika membuat keputusan untuk berhenti kerja, memang ada terfikir juga hendak buat apa di rumah.  Kemampuan untuk memngambil tempahan memang sudah kurang.  Kepandaian dan minat hanya pada menggunakan internet.  Sambil sentiasa memohon kepada Allah, mengintai-intai di google mencari apa yang boleh dibuat untuk menjana pendapatan di rumah.

Terima kasih Allah kerana membuka jalan dan memudahkan segala urusan.  Dan memberi peluang kepada saya pula untuk membantu suri rumah lain untuk menjana pendapatan dari rumah hanya di hujung jari.


Perkongsian dari Pn Masayu Ahmad

Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah? Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.

Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?
Ok, semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan
Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.

Kembali bekerja
Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.

Sasaran dalam jangka masa pendek
Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Jika berminat hubungi saya:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...