Monday, January 27, 2014

Menerima dan memberi

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Gusi sudah semakin kurang sakit.  Dua hari makan pun perlahan-lahan dan berhati-hati.  Syukur atas ujian yang Allah berikan.  Itu juga rezeki Allah berikan untuk lebih mengingati DIA.  Perjalanan perlu diteruskan.  Masih banyak yang perlu diselesaikan hari ini, esok dan hari seterusnya.  Ilmu masih banyak yang perlu dipelajari dan dicurahkan.  Moga Allah membantu saya dalam segala hal dunia dan akhirat.

Sumber: http://firdaosmohdrawi.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-blog-puan-masayu-ahmad.html
Adat orang yang tidak tahu mestilah perlu berguru. Guru yang  mempunyai kemahiran merupakan satu nilai tambah  bagi seseorang pelajar. Setelah beberapa bulan berguru dengan Puan Masayu Ahmad dalam pembinaan blog akhirnya blog rasmi saya lahir. Mendapat bimbingan secara berterusan walaupun tidak pernah bertemu secara berhadapan.
 
              Medium yang ada pada hari ini seperti internet dan facebook membolehkan kaedah belajar jarak jauh terlaksana dengan baik. Walaupun boleh belajar daripada sifu-sifu youtube tetapi belajar daripada kak MasAyu Ahmad juga menarik.

            Secara keseluruhanya 95% anak murid Puan MasAyu Ahmad adalah wanita. Mungkin tuah saya diterima sebagai murid walaupun saya adalah seorang Adam dan bukan Hawa. Namun begiu melalui kelas asas penulisan blog ini, barulah saya dapat tahu kepentingan penjenamaan nama sebelum menggunakan blog dan sebagainya. Selain itu sedikit sebanyak melalui kelas ini, telah mendorong saya lebih yakin untuk menulis walaupun saya bukan seorang penulis dan buka pelajar sastera Bahasa Melayu tika di bangku sekolah dahulu.

        Adat belajar perlu berguru adalah istilah yang sangat penting agar tidak tersasar. Jika tersasar sudah pasti diulam dengan teguran daripada guru. Permata yang ditabur ketika miskin idea sangat bernilai. Semoga kelas ini berterusan kerana pada pandangan saya yang daif ini ia telah dapat membantu ramai ibu-ibu di luar sana. Dunia yang berbeza ketika ini memberi peluang dan ruang kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa untuk berjaya melalui penulisan blog.

   Terima kasih kepada Puan Masayu Ahmad atas kelas asas yang memberi input yang baik pada diri saya. Semoga kelas ini berterusan memberikan impak positif kepada masyarakat.

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Jika berminat hubungi saya:

Emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7


Pakej 3 ebook.
Harga PROMOSI hanya RM100 (Jimat RM30)
1. Ebook 101 Idea Homebased Bisnes.
2. Ebook 101 Idea Bisens Makanan.
3. Ebook Asas Blog.

PM saya untuk pembelian atau terus KLIK sini => http://aishah-hussein.blogspot.com/p/blog-page_11.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...