Tuesday, July 16, 2013

Resipi Ramadhan 5.0

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa dan sudah seminggu juga kita meninjau-nijau di bazaar Ramadhan.  Sudah ada kedengaran suara-suara tidak puas hati di di dinding-dinding muka buku tentang harga mahal dan ada yang merungut belum berbuka lauk yang dibeli sudah basi.

Atas alasan-alasan di atas jugalah saya cuba seboleh-bolehnya untuk masak sendiri sejak 2, 3 tahun kebelakangan ini.  Lebih-lebih lagi tahun ini, saya sudah menjadi suri rumah sepenuh masa.  Tetapi kalau teringin sangat nanti pergi juga cuci mata.  Selalunya pergi sebab nak beli makanan yang saya tidak pandai nak buat.

Jadi rakan-rakan, seelok-eloknya marilah kita cuba masak sendiri di bulan Ramadhan, walaupun hanya 1 lauk untuk berbuka.  Bukan kedekut tetapi berjimat.  Tambahan pula makanan yang dimasak oleh air tangan kita kan lebih sedap walaupun hanya menggoreng telur dadar.

Menu kami berbuka semalam adalah  Asam Pedas Ikan Kerisi, Ikan Goreng Sumbat, Salad dan Sambal Belacan Mangga.



 Asam Pedas

Bahan-bahan
2 ekor Ikan (Ikan apa-apa pun boleh)
Cili kering sudah dimesin (boleh juga gunakan cili besar yang ditumbuk)
3 biji Bawang merah
2 batang Serai
Daun Kesum
Asam Keping
Garam
Air
Buah Tomato

Cara-cara
1.  Didihkan air bersama cili mesin dan bawang merah yang telah ditumbuk.
2.  Bila sudah menggelegak, masukkan ikan.
3.  Masukkan serai, daun kesum, asam keping.
4.  Bila sudah hampir masak, masukkan potongan buah tomato.




 Ikan Goreng Sumbat

Bahan-bahan
2 ekor Ikan (Ikan elok diguna yang bersaiz besar, selalu saya guna Ikan Selar dan Kerisi)
Selalunya ikan kerisi saya tidak buangkan sisik dan dibelah belakang.  Terpulang kepada kalian.
Cili kering sudah dimesin (boleh juga gunakan cili besar yang ditumbuk)
1 inci kunyit hidup
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia
Asam Jawa
Garam
Sedikit gula, jika suka


Cara-cara
1.  Tumbuk bawang putih, bawang merah dan kunyit hingga hancur.
2.  Masukkan cili mesin, garam dan gula serta asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air.
3.  Sumbatkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut ikan serta lumur keliling.
4.  goreng ikan di dalam minyak panas sehingga garing.



Salad

Bahan-bahan
Daun Ketumbar
Kacang Buncis yang direbus sebentar
Daun Mint
Daun selasih (saya tidak gunakan kerana tiada stok)
Buat tomato dipotong / tomato ceri
Cili Padi atau cili merah
Lada Hitam
Limau Nipis/Lemon
Bawang Besar
Sedikit Garam, Gula

Cara-cara

1.  Basuh semua sayur-sayur di atas.
2.  Patah-patahkan daun ketumbar dan mint.
3. Kacang buncis yang telah direbus, dibiarkan sejuk baru dicampurkan dengan sayur lain.
4. Masukkan tomato, cili padi dan bawang yang dihiris.
5.  Simpan di dalam bekas yang telah ditutup dengan plastik wrap dan disimpan di dalam petisejuk.
6.  Bila hampir waktu hendak dihidangkan baru dimasukkan lada hitam, garam, gula dan perahan jus limau nipis.  Gaul rata dan hidangkan.


   Sambal Belacan Mangga


Pencuci Mulut, Bubur Kacang





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...